Roti canai banjir !

Tuesday, September 02, 2014 PCL 15 Comments


Menyorok apa? *bahasa orang utara

Okay, assalamualaikum ! , sarapan apa pagi ni? , aku teringin lama dah nak makan roti canai Melayu kuah banjir, selalu mamak aje.

Masih lagi harga Rm1 sekeping dan
Kalau nak yang harga 0.80 sen pun ada
 (kedai Melayu kampung)


Pagi semalam bersama mamaD, roti banjir kuah dal campur sambal, memang mengenyangkan sampai ke tengahari.

Makanan orang Malaysia , dulunya pagi saja sekarang ni tak ikut masa, bila-bila teringin pergi je restoran mamak insya Allah tak menghampakan.

Nak sedap lagi, makan kat kedai jangan tapau. Makan masa roti masih panas dan sila amalkan minum air suam perahan limau selepas itu.

Menu terbaik selain nasi lemak, tetapi berwaspadalah jangan diamalkan setiap hari, sebulan sekali memadai untuk melepaskan rindu tekak sendiri.







15 comments:

  1. Perghh.... up citer roti canai pepagi ni... grrr... nak g cari laa..

    ReplyDelete
  2. tu yang sedap PCL>..Makan panas-panas dengan disirami kuah sampai banjir...best2,,

    ReplyDelete
  3. Perghhh! roti banjir di pagi hari hehehe tapi betul kata PCL, roti banjir terbaik dimakan ketika panas. Bila dah sejuk roti dah kembang ngan kuah tak berapa nikmatnya kan hehe :D

    ReplyDelete
  4. Sy suka roti canai dimasak garing..hehe

    ReplyDelete
  5. alamak teringin roti telur banjir kuah melayu cenggini...sekarang ni susah nak dapat kuah cenggini pcl...

    ReplyDelete
  6. Kalau Fuza..dah bukan menyorok lagi dah...roti canai biasa tu mau 2-3 keping.
    Kari Ikan wunek!!
    Nalarekek!!!!

    ReplyDelete
  7. Area mana pcl? Ada member buat roti canai gak area sana, tapi tak ingat. Nama dia Zul orang utara

    ReplyDelete
  8. baru je makan roti canai banjir..hehe

    ReplyDelete
  9. Saya cuma hadkan makan roti canai sebulan sekali, maklumlah usia semakin menghampiri senja takut pula penyakit tak diundang tiba....

    ReplyDelete
  10. sib baik baca sambil makan nasi ayam .. xde terliur sangat! HHAHAHHA

    ReplyDelete
  11. dah lama benar gua tak makan roti canai rasanya nih.

    ReplyDelete
  12. tengok orang makan sedapppppp je roti banjir ni, mungkin kena dengan kuah dia laa... kalau kuah tak sedap, sha makan rasa muak aje.....

    kena dengan teh tarik... perghhh

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.