Santai dengan T-shirt Hitam .

Sunday, September 07, 2014 PCL 5 Comments


Suatu masa dulu menyarung t-shirt  lalu bergerak dalam sesebuah kumpulan, ianya boleh dikaitkan dengan Black Metal iaitu suatu kumpulan anak-anak belia remaja yang mengamalkan budaya songsang lagi menyesatkan akidah .

Kalau mengikuti sejarahnya. Fenomena
Black Metal ini terhasil dari pengamal muzik keras negara barat yang disebut Heavy Metal dengan suatu perjuangan mereka :

Awal 80-an dulu, band2 yang bercorakkan black metal ini buleh dikatakan mula muncul di area2 cam Norway, Scandinavia, Finland dan adek bradek depa la. Orang yang paling bertanggungjawab dalam memulakan scene black metal neh tak lain tak bukan Øystein Aarseth (Euronymous), gitaris band Mayhem. Dia neh buleh dikatakan bapak kepada muzik black metal. Scene black metal di sana memang betui2 anti-Kristian, dan menyatakan matlamat depa untuk mengusir pengaruh agama Kristian dan juga lain2 agama non-Scandinavian daripada rakyat Norway.

Kalau nak baca selanjutnya boleh refer kat sini.

Okay tu sejarah dia, kurang pasti kebenarannya dan hanya merujuk di carian google jer. Buat apa aku dengan t-shirt hitam?, bukan aku nak membudayakan Black Metal itu sebaliknya bila ber t-shirt warna hitam ni, penampakan jiwa muda dari usia terserlah dan ia juga boleh sembunyikan 'aset' dan lagi satu hitam itu sangat menawan sebenarnya dalam keadaan santai mahupun formal juga.

exclusive t-shirt pcl blogger.

Warna hitam kini telah menjadi pilihan ramai pengusaha t-shirt kecil tempatan/ penjual t-shirt kaki lima memperagakan design/jualan yang lebih kepada tema perpaduan, penyatuan dan kata-kata bermotivasi. T-shirt printing memang mendapat sambutan dari masa ke semasa.

Exclusive t-shirt Kelab Blogger
Projek Kaki Lima sahabat, Djepoi .
Kalau kita ni seorang yang yang jenis tidak mementingkan sangat soal brand dan lebih kepada simple , santai dan selesa aku syorkan pilih t-shirt di sini.

Santai dengan t-shirt, sangat serasi dengan gaya hidup simple dan ianya tidak mengira usia si pemakainya.





5 comments:

  1. Setuju...hitam itu sesungguhnya sgt2 menawan...

    ReplyDelete
  2. Kalau PCL nak buat GA bagi t-shirt, KM nak join... mana tau ada rezeki dapat sehelai boleh bagi kat pakwan pakai.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Saya juga suka t-shirt hitam, seluar hitam. Senang jaga, kotor pun payah dikesan....

    ReplyDelete
  4. hitam warna kegemaranku...sebab tu ana pun ada 4 helai je t shirt warna lain yg selebihnya hitam...lgpn hitam kan salah satu warna kegemaran nabi Muhammad

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.