Seronok bila sahabat lama datang berkunjung..
Kalau kita di alam maya seperti di blog contonya ; menerima kunjungan pelawat atau sahabat maya adalah sangat dinantikan. Mungkin juga tidak bagi semua penulis blog tapi aku dapat rasakan kebanyakkan blogger adalah bersetuju dengan pendapat tersebut.
Di luar blog juga sama keadaannya, aku sangat menantikan kehadiran sahabat terutamanya sahabat² lama zaman sekolah dulu.
*Pls alert ya kepada sahabatku semua :)
Rindu nak jumpa korang bertambah bila sudah bertemu jejak melalui fb ke group whatsaap.
Kisahnya :
Kelmarin dan hari ni, kami mendapat kunjungan sahabat lama bersama keluarganya ; Anie Hamid sahabat exSMSP '86
Katanya datang ke Banting adalah perancangan last minute, nak bawa anak² bercuti dekat kawasan dan di luar KL. Tujuannya nak santai² di Morib.
Perancangan saat akhir memang kalut jadinya, mana nak cari hotel@ homestay tempat bermalam. Semunya fully booked di musim cuti sekolah.
Tak sangka, kebetulan ada kosong di Mes tempat kerja aku. Syukur alhamdulillah boleh bantu kawan dalam keadaan memerlukan. Dapatlah satu bilik untuk dorang.
Kedudukan Mes tu dalam kawasan kuarters kediaman aku, maka kami sekeluarga jadi tuan rumah lah kepada tetamu ni.
Banyak perancangan dan semuanya menjadi..alhamdulillah.
Suka aku bila sahabat lama datang berkunjung ke rumah dan buat aktiviti sesama..
Yang paling best, suaminya juga ada minat sama dengan aku ; layan gambar..
![]() |
Orang dah minat mancing, kena la ajak ke tempatnya..@Sg Langat. |
![]() |
Pagi , sarapan di warung D'Bunga Emas Cafe |
![]() |
Bertandang ke rumah di malam hari Sabtu. |
![]() |
Gambar kenangan sebelum balik Ampang, pcl jadi cameraman nya. |
![]() |
Dengan bantuan monopod, kami selfie |
Sentisa memelihara hubungan baik sesama insan , silaturrahim terjaga insya Allah kita juga di dalam pemeliharaan Allah swt.
Kelab Blogger Ben Ashaari
Tweet
alhamdulillah... semoga ukhwah terus terjalin... seronok tau macam ni...
ReplyDeleteas salam. bagus tu dpt jumpa kwn2 lama esp masa sek dulu... nantikan entri baharu abe kie pd jm 9am, 22 sept ni. tq
ReplyDeleteSeronokkan dapat jumpa kawan lama.. nak jumpa memang kena buat reunion... baru meriah hihi..
ReplyDeleteSeronok bila sahabat lama datang melawat kan.. tetiba deno teringat BFF deno.....
ReplyDelete