Sudah la berdiri, kencing tak basuh pulak !

Friday, September 26, 2014 PCL 10 Comments


Istinja' (istinjak) tahu?
~ bersuci menghilangkan najis dengan air bersih (air mutlak) sekiranya air tiada, benda kesat pun boleh digunakan.

Ramai kot orang Islam tergesa-gesa dalam bab bersuci , memganggap mudah masalah menghilangkan najis yang akan mengakibatkan badan dan pakaian masih kotor.

Nampak ramai juga muslim menyerupai orang bukan Islam dalam masalah kencing yang mana sebahagian tandas yang di dalamnya terdapat tempat-tempat buang air di dinding dan terbuka. (selalunya kita nampak di kebanyakan tandas awam).

Setiap mereka yang kencing dengan tanpa malu berdiri (tandas lelaki) dengan disaksikan orang yang lalu lalang keluar masuk tandas. Selesai kencing ia mengangkat pakaiannya dan memakainya dalam keadaan najis. Kalaupun ada air di situ jelas perbuatan kencing berdiri tidak mengikut cara Rasulullah saw kebiasaannya.

Namun ada juga keadaan dalam darurat dibenarkan (kencing berdiri)  ~ tidak menjadi kesalahan tetapi jika difikirkan , diperhalusi kenapa tidak dibenarkan melakukannya ?
Sebenarnya kalau diteliti kembali dari sudut kebersihan,  kencing berdiri dikhuatiri air kencing tepercik atau terkena pada pakaian tanpa  disedari...jika begitu, bagaimana dengan solat yang bakal kita lakukan kalau kita menggunakan pakaian yang sama?  Kotor kan.

Lagipun memang kita disuruh untuk menjaga air kencing agar tidak terpercik di mana-mana bahagian anggota dan pakaian yang kita bawa dalam solat. Ingatlah, dalam antara hadith menyatakan ; manusia akan diazab dalam kubur kerana tidak menjaga air kencingnya.

Hadith riwayat al Bukhari, Fathul Bari 1/37
Hadith riwayat Ahmad 2/236, Sahihul Jami': 1213


Jangan buat macam tu ;
Sudah la berdiri, kencing tak basuh pulak ! ..hurmm


Kelab Blogger Ben Ashaari



10 comments:

  1. mungkin ia dianggap remeh,tetapi dalam islam bab bersuci sangat dititik beratkan

    ReplyDelete
  2. betul tu ...
    kalau dah kena kat pakaian cam ner
    nak solat....

    ReplyDelete
  3. Org kita byk ikut barat dah...huhu..

    ReplyDelete
  4. salam jumaat PCL....perkongsian yang baik..

    ReplyDelete
  5. betul tu En. Nazlee... ramai yg tak beratkan hal bersuci ni

    ReplyDelete
  6. orang aggap perkara tuu sebagai perkara yang mudah. tak sangka yg mudah tuu sgt di ambil berat dlm pandangan islam. Allahu, Dia sebaik perancang.

    ReplyDelete
  7. Pernah terbaca di Barat sekarang ini dah ada alat khas untuk wanita yang ingin kencing berdiri. Gila betul!!

    ReplyDelete
  8. memang orang lelaki ni kencing berdiri aje ke?
    malunya..huhuhuhu..
    kotornya.. huhuhu..
    moga2 sedar la kesemuanya umat islam lelaki yg kencing berdiri tu..

    ReplyDelete
  9. Kencing duduk air kencing tak terpercrik ke

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.