Ada waktunya ia berlalu begitu sahaja.
Sebelum solat jumaat berlansung tadi, jemaah masjid di sini dimaklumkan oleh nazir masjid bahawa petang ini jam 6.30 pm akan diadakan bacaan doa akhir tahun sempena berakhirnya kalender Islam tahun Hijrah 1435H dan selepas solat maghrib diteruskan dengan bacaan surah Yasin serta doa awal tahun (1436H).
Rata-rata masjid/surau seluruh negara akan melakukan perkara yang sama, Alhamdulillah. Kalau di sini , ia sudah menjadi kelaziman saban tahun.
Dulu mungkin kita jahil, tidak diberitahu , tidak dikhabarkan dan mungkin kita sibuk dengan pekerjaan, permainan, aktiviti petang kita sampai ada waktunya ia berlalu begitu sahaja.
Yang kebanyakan hanya orang kita tahu adalah sambutan awal tahun kalender Masihi.
Pengisian Hijrah dalam diri ~ patut kena ada penghijrahan , kalau dulunya jarang sekali ke masjid , sekarang semakin dekat, rajin dan istiqamah mendekatkan diri kepada Allah swt.
InsyaAllah semoga diberi kekuatan dan kesihatan dalam mencari kebahagian ;
Kebahagian adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya.
Kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat hasil daripada amalannya dan
Nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya.
Salam Maal Hijrah 1436H
Salam Maal Hijrah utk PcL sekeluarga
ReplyDeletesalam.maal hijrah
ReplyDeletedan umur pun makin bertambah..Salam Satu Muharram 1436H :)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah, semoga semua kita akan sentiasa berubah setiap masa dari yang baik kepada yang lebih terbaik...
ReplyDeleteSalam maal hijrah PLC..lama x singgah sini
ReplyDelete