Anak-anak susah nak kawal bila dirumah.

Friday, October 31, 2014 PCL 12 Comments






baru tadi, mamaD mintak aku hubungi penyelia asrama SMKTD , sekolah Hanis...nak confirmkan dia dapat ke tidak kemasukan ke asrama tahun depan, hurmm ..puan yang berkenaan tu cakap susah sikit la sebab jarak rumah dekat dan cuma diutamakan kepada pelajar yang jauh jaraknya dan lebih memerlukan.

kisahnya kami sebagai ibu bapa pun mahukan anak ditempatkan di sana, tapi lebih memahami kehendak pihak sekolah tersebut. Kata puan tu lagi kalau tak dapat tahun depan cuba tahun yang satu lagi..dan lagi, insyaAllah akan dipenuhi.

Mungkin ada yang kata sebab apa aku beria-ria nak masukkan anak ke asrama.
walhal duduk dengan emak bapak lagi mudah untuk diawasai kehidupan anak tersebut?

Anak-anak kami susah nak kawal bila dirumah..lagi-lagi bab ulangkaji pelajaran.

itu je masalahnya bukan nak mendera atau nak jauhkan diri, cuma nak disiplinkan kehidupan dorang supaya jadi lebih bagus dan berdikari.

Kakak Nina , sekarang ni dah 2 tahun di asrama, nampak perubahan dan disiplin dia..alhamdulillah.
lagi pun bila berjauhan boleh rindu-riduan baik adik-beradik maupun emak bapak dia jugak..kan !

#tapi nampaknya ~ peluang Hanis nak berpisah sementara tu macam jauh jer..
#hanis OKje mana-mana yang kami aturkan.

Hari ni, hanis kena hantar buku teks...berat usung bag . Mintak aku hantar ke sekolah tapi saja aku tak layan..biarlah . Budak lain pon sama jugak lagi pon naik van sekolah bukannya berjalan kaki dari rumah.

Tapi, petang dia mitak jemput...katanya nak ikut jemput kakanya di asrama. Suka la dia ada geng malam boleh tengok Running Man sampai lewat malam. hurmm.



12 comments:

  1. Biasa la tu, dah anak namanya kan..

    ReplyDelete
  2. PCL punya anak perempuan kakak pun sama 3 perempuan. Tapi kakak rasa duduk di rumah atau asrama lebih kurang aje. Anak kakak dari tadika sampai tahun 6 duduk sama bila masuk tingkatan 1 baru berpisah. Tapi kakak yg sedih sebenarnya. Makan tak ada masalah tapi bab sarapan, cuci baju, mandi yg ramai-ramai tu macam kesian kan...

    Belajar di rumah kita kena duduk sama PCL. Dia duduk belajar kita pun duduk belajar (walau kakak ni kadang muka tengok macam baca buku tapi mata pejam hihi.... janji tunggu mereka). Jgn buka tv. Sama-sama kena berkorban. Insya-Allah anak perempuan lebih mudah ikut kata kakak rasa sebab mereka tak suka keluar rumah kan... Jgn suka marah anak remaja sebab mereka dah besar. MamaD mesti pandai tackle akak percaya. Jgn bimbanglah PCL.

    ReplyDelete
  3. Duduk asrama memang boeh disiplinkan anak2 terutama bila bab ulangkaji sebab di asrama tv pun limited tapi bagi Aina inilah masa kita nak duduk dengan depa bila masing2 dah kolej kemudian kerja kemudian kahwin dan masa itu sudah tidak berulang lagi. Pendek je masa kita bersama depa.

    ReplyDelete
  4. asrama ni ada kebaikannya yang tersendiri kan PCL? In Shaa Allah, mungkin ada rezeki hanis tu...

    ReplyDelete
  5. Hihi....alahai uncle.,tak pe layan je karenah bebudak tu..hihi..

    ReplyDelete
  6. Uncle...mamaD lama tak up entri eh...rindu nak dengar celoteh mamaD Pula eh...hihi...mamaD cantik...manis je.suka cik akak tengok...nanti uncle soh mamaD up entri eh..hihi

    ReplyDelete
  7. untung dapat manfaat dari entri PCL dan komen2 rakan blogger, untuk remaja beri petunjuk dan suruh ja apa yang patut buat tak perlu larang, dan check buku kerja dan bila baca, minta cerita balik apa yang dibaca atau dipelajati, inshaAllah. sweet dua2.

    ReplyDelete
  8. Anak-anak saya bila mereka masuk universiti baru tinggal di asrama. Saya lebih selesa mereka tinggal berdekatan, senang diawasi. Lagi pun mereka lebih suka duduk di rumah. Bila dah masuk IPTA, tiada lagi pilihan, agaknya kalau ada pilihan, mereka tentu nak berulang dari rumah ke IPTA. Sebenarnya duduk di rumah atau asrama sama saja. Asalkan dapat kawan-kawan yang baik dan persekitaran yang baik. Jangan jadi seperti anak kawan saya anaknya belajar hisap rokok bila tinggal di asrama...

    ReplyDelete
  9. Hehehe keciann Hanis..papa tak latan ..tak baik tau keciann ..

    ReplyDelete
  10. baru perasan si nina ikut muka mamaD, hanis ikut muka PCL :) duplicate...
    seronok tinggal asrama.... suka hanis bila kakak dia dah balik... yela, dua beradik je :)

    ReplyDelete
  11. Anak dara saya dulu tsk suka duduk asrama... sampai masuk U baru lah berpisah dgn kami

    ReplyDelete
  12. Tak boleh bayangkan kalau anak saya duduk asrama...mesti setiap hari rindu rinduan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.