Bila susah baru nak ingat cari sejadah !

Thursday, October 02, 2014 PCL 9 Comments


Puan Z berasal dari Pahang telah mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli perniagaan, perkahwinan mereka pada mulanya amat bahagia. Mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Puan Z bersyukur kerana mereka dikurniakan dengan harta yang berlimpah ruah, di samping suami yang sangat menyintainya dan punya zuriat yang comel.

Ini menjadikan rumahtangga Puan Z, 33 tahun bertambah serinya. Tetapi memang menjadi lumrah manusia bila mereka hidup dalam kesusahan, keinsafan selalu menempati diri mereka tetapi apabila mereka  berada dalam kemewahan selalu hilang pedoman sampai lupa daratan.

"Sejak perniagaanya bertambah maju, suami saya mula ramai kenalan. Dia bercampur dengan semua golongang berbagai latar belakang, tempat perjudian dan maksiat menjadi tempat kunjungan biasa bagi suami saya"

Berikutan  perangai suaminya yang semacam tu, perniagaan mulai merosot hinggalah mereka jadi muflis. Segala harta yang ada terpaksa dilelong untuk membayar hutang yang berkepuk.

Hidup tanpa berkat dan keredhaan Allah swt keluaga Puan Z diduga.

"Kerana itu kami mula merasa kepahitan hidup, perbelanjaan harian selalu saja tak dapat dipenuhi oleh suami. Oleh kerana tekanan keadaan dan perasaan, kami sering bergaduh".

Dulunya suami seorang yang lemah lembut dan pengasih tetapi sejak kemerosotan perniagaan, Puan Z kini jadi sasaran melepaskan geram dan sering juga dipukul hingga menimbulkan kesan pada badannya.

Puan Z tidak tahan tersiksa lalu mengadu di pejabat kadi untuk mendapatkan nasihat. Namun dalam kegundahan itu suaminya sangat berang dan memarahi Puan Z.

 "...dia telah menceraikan saya talak tiga" Puan Z menjelaskan dengan sedih.

Memang amat menyedihkan bila berlaku demikian ~ Apabila manusia lupa daratan maka hilanglah pertimbangan tanpa memikir risiko yang akan dihadapi.



Kelab Blogger Ben Ashaari



9 comments:

  1. allahuakbar... talak 3 :(

    ReplyDelete
  2. kalo dia ceraikan blh la mulakan hidup baru, ni ada jenis yg xmau ceraikan.nak gunakan isteri utk ape pn xthu la..nak seksa isteri bagai huhu

    ReplyDelete
  3. Takutnya kalau diuji dengan kemewahan dan kita makin jauh dengan Allah....moga semakin senang, semakin bertambah rezeki semakin dekatlah kita kepadaNya

    ReplyDelete
  4. Allah menguji kita dengan pelbagai rupa.. jadi jangan mudah lalai bila senang.. sebagai renungan bersama..

    ReplyDelete
  5. Sanggup suami Puan Z buat begitu ya... Moga Puan Z tabah

    ReplyDelete
  6. saya sudah melihat perkara seperti itu di depan mata saya .wpun sud kembali pulih n brharta , sejadah tetap mrk lupa ...

    ReplyDelete
  7. bagus jugak la kena talak 3 dari dibelenggu dengan suami yang sebegitu :) buat apa nak siksa diri dalam rumahtangga yang tidak harmoni?? pengalaman keluarga sha sendiri, cuba untuk baik-pulih, makin teruk jadinya...

    akhirnya, kembali kepada fitrah :)

    ReplyDelete
  8. Ingatlah Allah di kala kita senang supaya Dia mengingat kita di kala kita susah...

    ReplyDelete
  9. kekayaan juga satu ujian..muhasabah diri kathy...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.