Cinta sejati itu tak pernah tua, yang tua hanyalah usia .
Salam,
Ramai percaya bahawa cinta adalah sesuatu yang perlu untuk menentukan jodoh seseorang. Ada yang bercinta dulu sebelum kahwin dan ada juga yang jatuh cinta selepas perkahwinan.
Dalam apa pun keadaan, satu yang nyata ; cinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Berbagai rintangan akan ditempuhi dalam mengharungi lautan cinta.
Berjaya atau sebaliknya percintaan sesorang bergantung kepada mereka menghayati cinta. Dan semua perancangan dan harapan sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
Bagi pasangan yang berjaya memetarai cinta dengan pernikahan akan mula era baru yang seterusnya dalam hidup bergelar isteri/suami. Tugas mencari bahagia bukanlah suatu perkara yang mudah seperti ketika dilamun cinta.
Bila kenduri kendara telah selesai, akad nikah telah dijalankan kewajiban malam pertama sudah dilalui. Adakah kita menjadi suami/isteri yang sempurna?
Kami belum cukup sempurna, tapi kami saling melengkapi .. syukur alhamdulillah.
Terlalu jauh perjalanan, pulau harapan masih samar dalam penelitian, keibubapaan pun tidak pernah dipelajari sejak dilahirkan, jadi kearah manakah tujuan?
Masa-masa ini lah perlunya kerjasama, toleransi keduanya perlu ada. Belajar cinta mencintai dalam suasana romantis.
Kalau masih baru rasa semuanya manis, biarlah manisnya berterusan.
"Cinta sejati itu tak pernah tua, yang tua hanyalah usia "
Cinta akan pudar, namun kasih sayang akan kekal selamanya.. Insyaa-Allah..:)
ReplyDeletecinta sejati sampai mati. sampai hayat kita terputus.
ReplyDeleteCinta tidak perlu disakiti..
ReplyDeleteSetuju sekali - cinta sejati tidak pernah tua :-)
ReplyDeleteagree.. cinta takkan tua.. :) nice sharing :)
ReplyDeleteyes! ni lah yg kita cari... ada jual kt mana2 tak? hehehehe :)
ReplyDelete