Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan !

Tuesday, October 21, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments


Lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kebiasaan apa yang berlaku, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (kifarah).

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan ;
  1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
  2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. (Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya).
  3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
  4. Suami kena bagi nafkah pada isteri.
  5. Haram bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
  6. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Beratkan !!

Tetapi orang lelaki ada keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.

Aku?, anak dah besar-besar...anak perempuan pulak tu, risau sangat kadang boleh buat hati resah.

(Semoga kita semua dipermudahkan dalam mencari keredhaan Allah swt.
~Sentiasa membimbing dan mahu dibimbing, insyaAllah.)




9 comments:

  1. fair and square, sama2 menanggun dan menggalas tugas yang berat ^^

    ReplyDelete
  2. Berat tanggungjawab lelaki. Kalau betul cara didikannya in shaa Allah, dia dapat membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan Allah.

    ReplyDelete
  3. nice info,betul pcl, kalau buat silap je satu kat opis, suami yang tanggung semua dosa tu. berat tanggungjawab yang dipikul

    ReplyDelete
  4. lelaki n perempuan sama besar tanggungjawab mrka..

    ReplyDelete
  5. Suka sgt dgn perkongsian ni. Saya nak share dlm blog sy boleh tak?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana memberi peringatan kpd manusia lemah yg sering alpa. Terima kasih juga kpd PCL yg sering menjenguk dan sudi berkongsi entri saya...

    ReplyDelete
  7. http://madey09.blogspot.com/ salam kenal blog dah lama follow kat sini ya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.