Jangan menunggu terinspirasi baru menulis .

Wednesday, October 08, 2014 PCL 5 Comments


"JANGAN MENUNGGU" yg perlu dihindari:

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka. akan dipedulikan .

5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, t√Ępi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang utk bersama Tuhan, Tapi luangkanlah waktu utk bersama Tuhan, maka dirimu akan rasa Tuhan sentiasa bersama.

Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal… Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama.

Dari group whatsapp ex skool.

Sila berkunjung ke laman web ;
Kelab Blogger Ben Ashaari

5 comments:

  1. very good entry...
    rasa terinspirasi plak..
    mekaseh :)

    ReplyDelete
  2. No.6 sangat menginspirasikan sha :)

    ReplyDelete
  3. jangan tunggu... ya betul tu, klu tunggu kita yang akan rugi.. KM dpt rasa huhu terima kasih pcl, rasa terbangkit baca entry ni..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.