Kuarters ni dah lama tak ngusik ?

Thursday, October 16, 2014 PCL 9 Comments



hari ni jadi pengasuh,  kesian mamaD.. aku EL.

mamaD kurang sihat, badan rasa letih, sakit urat dan rasa nak demam. Aku rasa suhu badannya panas sikit.

awal subuh lagi dah terbangun kejutkan aku mintak tolong picit kaki tangan , lenguh katanya.
sepanjang 5 tahun tinggal kat sini tak pernah lagi demam teruk.

kisahnya ; semalam waktu maghrib mamaD kata dia ada dengar suara memanggil namanya dua tiga kali dari dalam bilik tidur bawah, masa tu mamaD berada dalam bilik air di bilik yang sama.

mamaD sahut panggilan tu, pada masa sama Hanis masuk bilik tersebut, bila mamaD tanyakan abah mana? Hanis jawab abah pi masjid.. dan tanyakan Hanis ada dengar suara abah panggil mama? ..tak dengar kata Hanis.

aku balik lepas Isyak dan terus mamaD bukak cerita...rumah kuarters ni dah lama lama 'tak ngusik'..

Kisah terkini; pekerja kontraktor bukan islam diganggu tidur mereka , bila bangun pagi mereka tidur di bawah pokok! ..

9 comments:

  1. terus meremang dengar cerita PCL nie...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...wah !! seram juga ni..:)

    ReplyDelete
  3. mistik??....moga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  4. seramnyee.. penah kena dulu mse dekat hostel.. demam jugak.. semoga mamaD cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. Seram jugak tu ...Huhuhu PcL semalam balik sekolah Akif pon terkena jugak ..Bawak pergi umah Ustaz baru Ok ... Siang2 haripon ada ...Takut la jugak bila tgk Akif camtu huhuhu..Moga MamaD kuat ya PcL...Banyak2kan berdoa moga dijauhakn benda2 yang tak baik tu..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.