Situasi bila anak ramai memang meriah ?

Monday, October 27, 2014 PCL 12 Comments


Zulaikha ; aka laikha memang suka bergambar, suka ambik gambar guna henfon mama ...dan masa aku balik lunch tadi, dia dah ready dengan henfon , nasib baik la henfon jenis ni tahan lasak...jadi mainan bebudak dalam rumah ni.


...kejap-kejap Syafi rebut kat laikha, bergaduh  dan nangis...lepas tu baik semula. dapat kat Mea pulak...buat gaya hallo..hallo kat ummi dia, pastu ambik baling kena kat laikha...nangis lagi.

dah senyap semua , Syafi pulak nak tengok gambar dia dalam henfon tadi, laikha tak bagi ..Syafi buat dek jer. Laikha ni 'kakak' yang  baik , pegasih dan penyayang. Tapi sesekali tu 'naik angin' jugak mana boleh tahan.

maka terjadilah 'perebutan kuasa' ...haha.

Laikha Jerit !
Syafi pon Jerit ! ...dua-dua menjerit sambil nangis.

Mea jadi takut , dan terus nangis cari mama nak peluk .

Bila semua buat perangai, mesti ada sebab lah tu... okay masa dah time !
selalunya budak-budak kalau meragam menandakan waktunya sudah tiba. ; biasanya mamaD mandikan dorang dan bagi susu sorang-sorang terus lena.




 p/s ; nampak mudah jer jaga anak ramai ni kan?  , tapi..tu lah susah nak cakap kalau main agak-agak dari jauh je .



12 comments:

  1. kelakar pula bila membayangkan situasi tu
    time terjadinya keadaan tu memang bingit
    tapi kalau diorang takde, kita pula yang cam orang tak keruan =)

    ReplyDelete
  2. Begitulah adatnya. Bayangkan kalau ada anak 10 orang..hehe

    ReplyDelete
  3. nak melayan mereka nie kekadang pening kepala,tapi bila dah takde depan mata,rindu pulak.

    ReplyDelete
  4. hehehe masa dah time,,, lama xdgr ayat tu,,kikik

    ReplyDelete
  5. hehe btl lah tu, klo dh semua meragam, mmg waktu utk tido la jwbnya...budak2 mmg gtu.hehe.anak sy pon kalo tetbe buat peel serba x kena, petanda nk tido lah tu hehe

    ReplyDelete
  6. kah2..tambah2 klau anak2 tu jarak dekat..mmg perang la jadinya..hihi..timm tgk ank sedara sendri gado pun pening..huhu..

    ReplyDelete
  7. Anak ramai memang meriah, saya suka sangat sebab saya pun adik-beradik ramai. Tapi cabaran la ckit nak besarkan anak ramai ni

    ReplyDelete
  8. sama lah dgn anak2 saya..asyik berebut hp je. pening rsnya...kdg2 tu rs menyesal pulak beli hp canggih ni. baik pakai 3310..konpem x de org nak rebut..haha

    ReplyDelete
  9. Mujurlah anak saya cuma 6 orang, tak lah begitu pening kepala masa mereka kecil, kalau kena 16 orang anak memang pening rasanya...

    ReplyDelete
  10. Eh? Anak-anak siapa ni Cik Li?

    ReplyDelete
  11. sumbat susu jer terus tido yer ... dah time tido tu yg memasing buat perangai ...

    ReplyDelete
  12. OOO SAMA LE KITA.... BKN MUDAH.... KEKDG MAK NYER CAM TARZAN... BYGKAN KEKDG KITA DOK SIBOK NGAN ADIK YG SI ABG MELOMPAT DARI ATAS TANGGA... AKAK NI BOYS RAMAI, KEKDG GADOH SAMA DEPA PUN CAM NAK PECAH UMAH..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.