Akak bosan la mama !

Friday, November 14, 2014 Nazlee Ismail 3 Comments


ceria bila bersama ; Hanis & Nina 

petang ni lepas je jam 5 pm nak kena bergegas ke stesen KTM, nina balik naik tren hari dengan kawan dia..ingatkan dia nak stay kat hostel 2 minggu lagi..

hurmm..macam² alasan dia bagi, bosan la.. "mama abah takmau ambik, tak rindu kat akak ke.."

selalu aku drive kereta je ambik dia terus kat hostel tapi harini nina tak ada kelas petang pulak dan dibenarkan balik awal.

mulanya mama'D sengaja usik dia kata abah ada kursus kat luar, Sabtu Ahad tak ada kat rumah..so tak ada sapa nak jemput dia..

Nina ; hurm..dia buat suara sedih pulak masa cakap dalam fon dengan mama semalam , kata nina lagi mintak tolong lah sesapa , mintak pakcik jiran sebelah datang jemput dia..

"Akak bosan la mama"

...kesiannya dengar. Itu yang buat abah dia ni cair. Sanggup cancel pergi kursus kalau anak punya pasal.

3 comments:

  1. hmm anak2 mmg bosan di asrama tapi seronok bersama keluarga...

    ReplyDelete
  2. Hahaha....siapa tak sayang anak kan uncle.....cik akak nie syg sgt kan anak sedara..hihi

    ReplyDelete
  3. hehehe..memang gitu kalau nad buat dekat ayah..hehee

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.