Bikin Cemas ; Kuatnya Pengaruh Tv !

Wednesday, November 05, 2014 PCL 7 Comments


Maaf ya, aku tidak menujukan kepada sesiapa tapi secara menyeluruh kepada umum sekeliling kita.

Kuat sungguh pengaruh TV , bukan baru sedar tapi itulah hakikatnya melanda manusia yang boleh jadi lalai terutamanya menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya kepada Yang Maha Esa, kepada keluarga dan sebagainya.

Kita ambil contoh sesuatu siaran yang ditayangkan di skrin TV adalah di antara waktu-waktu solat (kebanyakan cerita bagus/sedap yang waktunya petang membawa ke maghrib) , sampaikan ada manusia yang bertangguh, terlengah solat maghribnya...masyaAllah.

Berusaha sedaya mungkin tidak mahu terlepas babak-babak menarik, berbelah bahagi masa , berebut masa dan berprang dengan masa.

Sebelum siaran kegemaran bermula, ambil wuduk dulu, sambil menonton sambil bersiap solat, bentang sejadah tapi mata tetap pandang TV, kemudian tunggu iklan pertama baru nak solat...solat cepat-cepat elok-elok habis iklan solat pun habis terkejar-kejar tanpa sempat berdoa apatah lagi berwirid terus mata terpaku ke skrin TV. Kuat sungguh pengaruh TV .

Nak selamat godaan Tv , terus jemaah di masjid..tapi nak buat tu payah ada saja 'magnet' , daya tarikan yang menghalang istoqamah sang manusia ini.

Pesanan untuk diri, keluarga dan sahabat pembaca di sini;

Hijrah  kita tak perlu jauh sampai ke negara luar, hijrah kita istiqomah perbaiki kehidupan dan sikap sendiri, mudah-mudahan kita selalu terbuka untuk mendapatkan Hidayah dariNya, Allah swt.

Riasu aku dibuatnya .

Cemas guwe ! bak kata Erra Kyra

7 comments:

  1. sama lah dengan sha, sampai mama dulu kekadang bising je... mata nak ke TV je... adoi... kuat sangat godaannya... bak kata hasben sha... tv ni "dajjal kecil" jugak.... hehe

    ReplyDelete
  2. sori, mama off tv.. lepas isyak berjemaah baru on semula!..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rumah kakak tak ada masalah addict tv sebab mungkin dari baby kakak dah didik. Sebab tu org sibuk astro rumah kakak tak ada pun PCL. Walaupun boleh pilih program yg baik tapi kami semua tak kisah pun. Memang bahaya apabila dah ketagih apa lagi yg bersiri.. Apa lagi bila masuk maghrib aje anak-anak yg nak mengaji dah masuk rumah memang tv tak adalah masa nak on...

    Melentur buluh biar dari rebungnya - mak/ayah kena jadi contoh dulu.

    ReplyDelete
  4. Assalam abag nazlee,
    betui3
    itu saya...tu DULU naaaaaa, zaman dok sekolah lagi
    Alhamdulillah sekarang mamang dah TAK LAYAN langsung ceritera2 TV time2 Maghrib
    Sebabnya lebih banyak komitment lain nak kena layan bila balik dari koje
    Layan anak, masak, mandi, solat, layan keluarga lagi kan3
    lagi paedah he3

    ReplyDelete
  5. Sangat setuju. Kekadang sampai habis air wudhu baru nak solat.Ini pengaruh dari pihak kafir yang memang nak sangat la benda ni diterapkan dalam jiwa orang muslim. Kerajaan pun patut berubah la, buat sesuatu dengan sistem komunikasi ni. memang menyedihkan

    ReplyDelete
  6. btl tu pcl.. pengaruh tv mmg kuat sgt2 utk zmn skrg..risau dgn perkembangan ni

    ReplyDelete
  7. haha baru bace PCL..ending xle bla.tersengih guwe. why la u so cute!haha like ur doter^^ moga happy selalu ya PCL.. btw sebaik i xminat tgk tv. lelagi sinetron arghh tensen!;P

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.