Syabas dan Tahniah AEON Jusco Bukit Tinggi, Klang menyediakan kemudahan Surau yang terbaik .
Sudah lama sangat rasanya tak pergi jalan-jalan cari makan di AEON Jusco Bukit Tinggi Klang..ya memang lama sejak tak ada keperluan nak kesana. Kalau dulu asyik melayankan kesukaan Hanis dengan makan Big Apple Donut di situ, selalu lah kami, sebulan beberapa kali.
![]() |
keluarga pcl, ..gambar sengaja dikaburkan :) |
Petang tadi singgah sekejap, Hanis nak makan Tako pulak, nama makanan Jepun apa tah?..singgah sebelum hantar kak Nina balik ke asrama.
Okay sebenarnya pcl nak kongsi cerita pasal benda lain, ..tadi terperasan masa solat di surau dalam AEON Jusco tu nampak sudah banyak kelainan dari segi rekabentuk dia, cantik dan kemas sangat selepas pengubahsuaian besar dilakukan.
![]() |
Pintu Surau AEON Jusco Bukit Tinggi, Klang |
Masuk ke dalamnya, nampak sungguh selesa dengan kemudahan yang tersedia, ia telah memudahkan pengunjung Muslim untuk menunaikan kewajiban mereka kepada Allah swt. Surau yang selesa sebegini akan menarik minat mereka dari tidak melalaikan waktu dengan khusyuk membeli belah serta makan-makan sahaja. (rasanya semua Surau cawangan pusat membeli belah AEON seluruh negara sudah dinaik taraf).
![]() |
Ruangan Wuduk yang luas dan cantik |
![]() |
rekabentuk dengan konsep moden dan terkini |
![]() |
dekorasi yang begitu menarik lengkap dengan kemudahan asas yang selesa |
![]() |
Lantai formika menggantikan karpet yang menyamankan suasana |
p/s : Kepada Muslimin dan Muslimah yang berkunjung ke AEON Jusco , gunakanlah kemudahan yang tersedia dengan penuh rasa syukur.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK-PIHAK BERKENAAN.
Alhamdullillah, ada gak surau yang cantik gini
ReplyDeleteAlhamdulillah, cantik betul surau tu kan. Good job AEON! :-)
ReplyDeletedah lama x pergi AEON Bukit tinggi.. padahal 15mnt jer dr rumah.. x sangka byk perubahan.. huhu..^_^
ReplyDeletetahniah !
ReplyDeletecantik surau :) harap sentiasa dalam keadaan bersih kan PCL?? baru boleh bertawaduk dengan sempurna, insyaAllah.
tu la kebanyakan surau aeon dah cantik2 belaka,tapi pegi mid valley alahaiiii sempitnya padahal dah tau tempat memang always ramai org ermmm....
ReplyDeletealhamdulillah.. *thumbs up* AEON.. mmg dah banyak perubahan yg dilakukan..
ReplyDeletehopefully AEON di mana2 pun camni jugak la.. :)
Saya baru terbaca dalam laman FB Sahabat Halal, Eon Big mana ntah yang campurkan makanan tin yang hala dan tidak halal.. Huh, kontra pulak dengan entri PCL ni..
ReplyDeleteManagement yg peka ni PCL
ReplyDeleteGunakanlah sebaik-baiknya. Kemudahan ada depan mata..
Sepatutnya surau yang disediakan di shopping complex memang patut selesa macam ni. Selain shopping kita juga tak perlu nak terburu2 mengejar solat di tempat lain. Pelik di Malaysia ni, shopping complex besar tetapi jarang nak jumpa surau sebesar dan seselesa macam ni
ReplyDeleteTak pernah sampailagi..
ReplyDelete