Belajar untuk menghargai bukannya dengki !

Monday, December 15, 2014 PCL 7 Comments


"Belajar untuk menghargai bukannya dengki , belajar untuk memuji bukannya mengampu,
biar orang lupa kita jangan kita lupa orang , ingat kebaikan orang berusaha lupakan kesilapannya, hidup kita kena ada sikap banyak memberi kurangkan meminta dan hidup akan sentiasa akan lebih bererti jika kita saling menghormati..."

"Jangan sedih bila orang suka berbicara tentang dirimu ,yakin dan percaya dia berbicara banyak tentang dirimu itu hanya kerana hidupmu jauh lebih baik dari dia.."

"Kalau tidak mana mungkin dia suka berbicara tentangmu hanya melihat kejatuhanmu.."

itulah kata-kata Abah kepada anak-anak gadisnya..


Semalam ke IOI City Mall, Putrajaya sekali lagi...kali ke 2 sejak dibuka. MamaDiana menemani anak-anaknya 'jalan-jalan'.

Hanis tak suka jalan-jalan saja kalau tak beli apa-apa barangan, selalunya dia nak shopping pakaian laa..dan makan-makan sebab perut anak dara cepat je rasa lapar.. :)

Budak dah besar , selera dorang lain sikit..kalau nak beli pakaian harus yang branding dan tranding...wah ! pening kepala abah n mama.

Kakak dah beli adik nak jugak, dan bila adik beli kakak pon sama... bukan faham sangat dorang ni tentang 'penjimatan' .

dah pandai jelous memasing... hurmm.









7 comments:

  1. setuju dengan kata kata abah tu. heheh :)
    singgah pagi isnin :)

    ReplyDelete
  2. betul2, kena buat pedoman kta2 PCL ni :)
    bebudk prempuan yg dah beso, biasalah tu..org kta tgh nk up..hihi..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak baca kata2 best macam ni....
    salam isnin PCL :)

    ReplyDelete
  4. Salam
    Cuba kita revese kembali. Selalu kita puji pada yang berjaya . Contoh usahawan hebat atau ahli perniagaan ternama. Kagum pada KETABAHAN fakir miskin mengharungi hidup dalam kesukaran.Bagaimana tabahnya mereka menghadapi cabaran hidup.
    Jika kita selalu membandingkan yang tinggi , maka pelahan pelahan sifat syukur akan kian mengurang. Kita tiada masa untuk membahagiakan mereka disamping kita.Maka kagumilah mereka yang tidak punya kaki,tapi mampu bergerak.Dia yang tiada tangan tapi mampu makan dan minum.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya mereka belum paham apa erti jimat, PCL kenalah terangkan dengan lebih terperinci supaya mereka paham.. :)

    ReplyDelete
  6. Indahnya kehidupan yang sentiasa merasa cukup dan bersabar..

    ReplyDelete
  7. dengki dengan orang yang slalu sangat update blog...kita tak..uwaaaa....dengki dengan orang yang sentiasa boleh blogwalking,tapi kita tak boleh...ai is jeles.... :(

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.