Dipanjangkan kepada sesiapa yang sudi membantu : Pondok Pengajian Al-Quraan .

Friday, December 05, 2014 PCL 0 Comments

Perkongsian dari seorang penulis blog dan juga aktivis masyarakat melayu islam selatan Thailand ;

Sebuah pondok Tahfis Al Quran di Kampung Guar Ban Khuan Satun,Thailand. Pondokyang usang dan tidak terus kerana kekangan kewangan dari pihak pengurusan.






Di pondok ini murid di ajar untuk menghafal Al Quran . Sukatan pelajaran yang disusun walaupun tampak macam simple tetapi sangat berkesan untuk mengajar anak anak , menghafal Al Quran dengan berkesan

Nama Pondok                        : Tahfis Al Quran Masohihul Uloom
Nama Pengasas dan pengajar  : Ustaz Yusri ( Baba Yusri )
Jumlah Pelajar                         : 40 orang
Umur Pelajar                           : dari 13 tahun hingga 17 tahun ( Tidak dihadkan umur)
Bayaran Sebulan                     : THB1000 ( RM100 )
Keberkesanan dan Pencapaian:  paling cepat 2 tahun boleh menghafal Al Quran
                                                  paling lambat 5 tahun
Kemudahan                             : Tempat tinggal dan makan disediakan

Jika dimbil perbandingan matematik 40 pelajar didarab THB1000 bersamaan THB40,000 ( RM4000) pendapatan sebulan. Pelajar disediakan makan dan minum juga tempat tinggal.

Bolehkah anda anggarkan gaji atau sumber pendapatan Ustaz Fauzi dan dimana sumber beliau untuk menyara anak dan isterinya ?

Saya kagum dengan keikhlasan Ustaz Fauzi dan ketabahannya dalam mengembangkan Agama Islam. Janji Allah pasti, ada rezeki bagi pejuang agama Allah .

Kalau di fikir tidak masuk akal , tapi ini adalah hakikat yang penulis alami didepan mata.

Jika anda BERSIMPATI DAN SUDI MENGHULUKAN BANTUAN
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI . Kami akan mengatur lawatan ke Pondok tersebut

Email : karlisahalim@gmail.com
FB    : Karlisa Latisya
IDD : +66943160495 Th

sumber : http://satunsiam.blogspot.com/2014/12/pondok-tahfis-al-quran-satun-thailand.html

Keprihatinan, sumbangan dan bantuan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah swt membalas jasa baik tuan/puan di dunia dan akhirat. Mohon bantu sebarkan.

Nota ; Kepada pihak yang memerlukan hebahan berkenaan sesuatu yg tidak berunsurkan keuntungan sendiri sila email kpd nazli.angkasa@gmail.com

0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.