Handphone awak dah charge ke?

Friday, December 12, 2014 PCL 5 Comments


Apa yang aku perhatikan sekarang ini tentang kehidupan duniawi kita, ia boleh diibaratkan sama  dengan sebuah telefon pintar/ smartphone.

Kalau dulu suatu masa mula-mula diperkenalkan telefon bimbit/handphone tidak banyak aplikasi yang disediakan oleh pengeluarnya. Dulu hanya telefon bimbit keluaran biasa-biasa dan belum tahap pintar, setelah beberapa tahun kemudian barulah semakin maju dengan teknologi tinggi.

Bila dikaitkan kehidupan manusia dan smartphone kini, kita melihat dari segi ketahanan kuasa bateri dan aplikasi yang disediakan itu.. lebih mudah memahami apa yang aku nak kongsikan di sini iaitu kuasa bateri itu umpama sokongan kepada keilmuan dalam diri seseorang dan aplikasi adalah cabaran/dugaan semasa.

Telefon bimbit dahulu/model lama, bateri boleh terus bertahan  kadang boleh sampai beberapa hari baru akan dicaj semula sebab tak banyak aplikasi yang nak guna cuma satu dua saja selebihnya buat atau terima panggilan/sms.

Banyaknya aplikasi yang tersedia dalam smartphone kini, banyak jugalah penggunaan yang dilakukan maka akan berkuranglah kekuatan kuasa bateri tersebut dan cepat habis . Bila kuasa bateri habis maka kena caj semula. Kadang ada yang sampai dua tiga kali recharge !

Hidup kita dalam dunia semakin maju ini, ilmu agama perlu dicari dan ditambah setiap hari sepertimana kita amalkan penggunaan smartphone kita.

Banyak guna applikasi, caj pun kena selalu , siap ada pengguna yang bekalkan power bank lagi ke mana-mana saja.

Datanglah  ke majlis-majlis ilmu untuk 'caj semula' ilmu agama. ilmu kebaikan yang ada, kita tambah lagi dan lagi selagi kita hidup, jangan nanti dah tua/selepas bersara baru nak mulakan...takut tak sempat pulak!

wallhualam.

"bila melihat ketenagan, baru timbul rasa keinsafan dalam diri~ carilah  tempat yang tenang dari hiruk pikuk dunia,.mungkin anda juga akan merasai"


5 comments:

  1. Nasihat yg baik buat kita manusia biasa yg sering alpa ini...

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH. perkongian hebat. keep it up pcl. nanie suka entry yg buka minda mcmni

    ReplyDelete
  3. makanan jiwa, wajib di charge setiap hari. apatah lagi bila zaman sekarang yg sangat akhir zaman...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Bagus peringatan ini..

    ReplyDelete
  5. peringatan yang tidak terduga... charger phone jadi "prop" untuk topik... terima kasih PCL !

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.