Hipokrit ; Selagi mana ada manusia serupa ini Dunia tidak akan aman tenteram.

Tuesday, December 23, 2014 PCL 5 Comments


Ramai manusia berbagai ragam, yang paling ketara ialah sifat munafik !

Sifat munafik terkandungnya sifat-sifat hipokrit, kalau umpamakan seekor binatang/serangga ia seperti sifat sejenis binatang yang dikenali dengan nama Sesumpah atau sifat Benda seperti talam dua muka atau Perumpamaan seperti musang berbulu ayam atau Manusia yang hidupnya berpura-pura jujur.

Seorang yang munafik selalunya berpura-pura baik dan jujur, telunjuk lurus kelingking berkait. Dia bercakap manis mulut tapi hakikatnya berbohong. Dia juga pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, pandai berjanji tapi mungkir, bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila dia berbalah pasti nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia.

Orang yang pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafik juga ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup, suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Empat ragam sifat munafik :

1. Khianati amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.



5 comments:

  1. manusia yang pelbagai ragam...
    kekadang tak sedar mereka telah melakukan kemunafikan... macam umat akhir zaman ni... bercerita tentang agama, tapi diri sendiri lakukan dosa besar... hurm

    ReplyDelete
  2. Ramai manusia yang terpaksa bersikap hipokrit untuk kepentingan diri, keluarga dan kadang-kadang untuk kepentingan negara. Tapi untuk tujuan apapun kehipokritan itu sepatutnya dihapuskan dalam jiwa kita kerana mereka yang melihat tidak menyukai sesuatu yang mempunyai maksud terselindung...

    ReplyDelete
  3. mudah mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang munafik :)

    ReplyDelete
  4. Emmm...memang tak boleh nak kata lah uncle...biar jelah mereka

    ReplyDelete
  5. kalau nak org jujur dgn kita, 1st kita kne jujur dgn org
    tapi bila kita dh jjur ttp org khianati
    anggapla tu ujian kecik dariNYA .

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.