Kolam Air Panas Ulu Legong, Kedah ; Nampak gayanya tu ada harapan la untuk Hanis ..
Baru dalam perancangan jer , belum lagi...nak ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Kedah.Semalam pcl dah bagitau yang kami sekeluarga akan cuti balik Sungai Petani 25hb ni .
Kebetulan dah cuti lama tu teringin la pulak nak mandi manda beriadah dah kat kolam ayaq hangat ! , mesti sempoi buat aktiviti reramai dengan famili.. Hanis yang sebenarnya beria-ria sangat nak mandi kolam air panas tu Kolam Air Panas Ulu Legong, Kedah.
Baru-baru ni cuti balik kampung tak cukup masa nak ke sana-sini. Asyik kena book time untuk penuhi minat memancing, kesian kat Hanis...hurm.
Lama dah rasanya tak ke sana, ingat-ingat lupa ...masa pcl pergi lebih 10 tahun dulu memang belum ada lagi chalet-chalet dan homestay di kawasan sekitar, dengar cerita Kolam Air Panas Ulu Legong dah semakin berkembang maju dan terkenal?
Sebelum pi sana, buat carian di google dulu apa yang best ada kat sana ... masuk blog Blogger Dura, dia cerita aktiviti menarik kat sana siap ada tips lagi dia bagi. Terima kasih Dura, dapat jugak pcl gambaran,takda main terjah je. Kami plan nak ke sana awal sikit boleh dirikan khemah berhampiran kolam, pcl memang suka konsep terbuka lagi santai macam berkelah la kaedahnya.
Penjimatan tu penting, kena beringat walau untuk bersukaria, lagi pon keluarga pcl semuanya okay..layan ja tidoq khemah. Dalam masa sama pcl pon ada buat preparation takut la kalau hujan lebat..nak bermalam di mana, so pcl telefon pihak pengurusan Kolam Air Panas tu nak tanya chalet., sudahnya memang fully book ! Pcl mintak homestay kalau ada, so dapat la nombor telefon Pakcik Yaakob pengusaha homestay. Ok settel book 2 bilik. murah jer...boleh la.
Nampak gayanya tu ada harapan la untuk Hanis .. kesian kat anak aku nih :)
seronok lah anak anak pcl dapat bercuti :)
ReplyDeleteHappy holiday!nanti cerita selepas pergi lak..hehee...jom singgah rumah saya lak:
ReplyDeletedanishdamiadaris.blogspot.com
Best nya gi bercuti..
ReplyDeletesama laa ada plan nak bawak anak2 ke sana.. kesian kat diaorang cuti sekolah nih asyik terperuk kat umah jer..
ReplyDeletejue ni nama jer orang kedah. tapi air panas lenggong tu pun tak pernah sampai lagi tau.. hahaha teruk kan,.,. kekkeke
ReplyDeletewah.. best tu lma x pi sana...
ReplyDeletealhamdulillah.. tercapai juga hasrat Hanis.. selamat bercuti PCL.. selamat pegi dan selamat balik
ReplyDelete