Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak.

Wednesday, December 24, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments


Makan tom yam thai beramai-ramai dengan anak isteri dan anak sedara, order 3 mangkuk share 5 orang makan. (meehoon tom yam 2, koewteow tom yam 1)

Kuah tom yam asli dari siam yang masam pedas sesedap rasa menggamit kami sekeluarga untuk makan lagi di sini.

Setiap kali ke Seri Kembangan mesti singgah South City Plaza semata-mata nak cari tom yam.
Ada sebuah gerai dalam plaza tu jual.. milik orang Siam asal . Halal .

Malam malam makan masam dan pedas boleh tahan pulak perut diaorang, ikutkan ajelah..dah selalu sangat ke kedai mamak, sesekali ubah angin pulak.


 

Suka tengok anak-anak menikmati makanan ikut selera mereka, Nina asyik bercerita pasal kawan dia.., sambil makan bergilir hirup kuah kami dengar apa Nina cakapkan.


Menjadi pendengar setia dan kawan kepada anak-anak ; kalau boleh dipraktikkan selalu dalam usaha mencari sebuah keluarga bahagia..insya Allah.





p/s .. Aku bahagia cara sebegini..

7 comments:

  1. Tengok kuah pun dah menyelerakan...feveret sy ni makanan thai...betul tu kalau jadi pendengar setia anak2 rasa diperlukan n dihargai...

    ReplyDelete
  2. Saya juga begitu sentiasa jadikan anak-anak sebagai kawan walaupun kadang-kadang kita agak keliru dengan pemikiran mereka yang jauh lebih kreatif dari kita seusia mereka dulu...

    ReplyDelete
  3. Be parent to them also be their friend too. Baru best.

    ReplyDelete
  4. Tom yam memang fav cik akak uncle....alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa tomyam :) nani pun kalau balik rumah abah dengan ibu semua benda yang jadi nak kongsi kan :)

    ReplyDelete
  6. dlm south city plaza ? blh cari nanti . dekat jer dgn umah ... saya memang peminat tom yam . cuma berhati2 dgn pes tomyam asli dr thai ni sbb ada campuran darah ...

    ReplyDelete
  7. Tengok kuahnya pun nampak pekat dan penuh kick tu. :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.