Pas Sempadan ( Malaysia -Thailand)

Friday, December 12, 2014 PCL 4 Comments


Jika anda ingin memasuki Thailand anda perlukan dokumen perjalanan seperti Border Pass atau Passport.

Pas Sempadan / "Border Pass" adalah layak seperti syarat berikut ;


BORDER PASS ( Malaysia )
1.       Negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand sahaja .
·         Perlis , Kedah , Perak dan Kelantan

2.       Pemilik hanya dibenarkan menyeberang Thailand ke Wilayah-Wilayah (Negeri-negeri ) yang bersempadan dengan Malaysia sahaja.
·         Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat

3.       Begitu juga dengan pemilik Border Pass (Thailand), hanya dibenarkan di negeri-negeri Malaysia yang bersempadan dengan Thailand sahaja.

4.       Syarat Syarat memohon border Pass
·         Dilahirkan di negeri-negeri seperti di atas.
·         Pemastautin dan beralamat di negeri negeri sempadan
·         Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
·         Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negeri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan.
·         Membawa 2 keping gambar berukuran passport dan berlatarbelakang putih.
·         My Kad
·         Wang RM10.00
·         TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS ( black list bank ,boleh)
5.       Setiap Border Pass Baru ( berwarna biru,saiz Passport antarabangsa) luput 1 tahun dari tarikh dibuat.
6.       Biasanya mendapat kebenaran untuk tinggal 30 hari di WILAYAH BERSEMPADAN MALAYSIA.
7.       Dilarang digunakan untuk tujuan bekerja.


buku pas sempadan baru berwarna biru ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.


sumber dari : http://satunsiam.blogspot.com/2014/12/border-pass-atau-passport-ke-thailand.html

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI SATUN
1.Manang White Water Rafting
2.Jelajah Gua Phu Pha Phet
3.Mo Ko Phetra National Park
4.Staurday Night Market Satun Town
5.Lipe Island 

4 comments:

  1. Jadinya kena bawak passport yg merah jugak ke PCL?

    ReplyDelete
  2. luar dr negeri tu kena guna passport juga lah ni ...

    ReplyDelete
  3. X perlu. Bawa ic je. Hanya layak untuk org yang lahir di 4 negeri tu saja.

    ReplyDelete
  4. Perak lyk utk semua atau daerah hulu perak shja

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.