RESTORAN NASI PADANG LANGKASUKA, Sungai Petani Kedah.

Monday, December 15, 2014 PCL 6 Comments

RESTORAN NASI PADANG LANGKASUKA

Sebuah Restoran yang satu-satunya menyediakan pelbagai masakan menu popular Indonesia . Saya dan keluarga berkesempatan pada cuti baru-baru ini untuk singgah merasi menu-menu yang terdapat di sini.

Kalau diikutkan selera Orang Utara kebanyakannya mereka lebih menggemari Nasi Kandar Mamak, tak hairanlah restoran nasi kandar tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Restoran Nasi Padang Langkasuka, lokasinya di Taman Ria Jaya Sungai Petani dan sangat berdekatan dengan Cinta Sayang Golf & Country Resort dan The Carnival Water Park .

Jika anda sudah berada di kawasan berdekatan kenapa tidak langsung singgah.  Melihatkan suasan dan persekitaran yang selesa, ia sangat sesuai untuk menerima pelanggan dalam jumlah berkumpulan di samping anda juga boleh datang sendiri atau seisi keluarga.

Luas Dan Selesa

Restoran Nasi Padang


Antara Menu Nasi Padang Langkasuka terdapat pada menu di atas., menariknya ialah setiap menu di sini disediakan menggunakan bahan rempah ratus asli diproses sendiri oleh chef yang didatangkan khas dari negara seberang.

keting
Gulai Urat/keting 


Dari KL lagi saya dok teringatkan gulai urat keting lembu, makan bersama nasi putih akhirnya tercapai juga setelah 'mengidam' sekian lama. Anda mungkin di antara ramai yang tak biasa makan, saya boleh beri gambaran sedikit bagaimana rasanya..,, "orang kata lidah tak boleh bohong tentang rasa.." , rasanya kenyal tapi lembut mudah dihadam..bila makan berkuah gulai memang terasa enak sekali., anda jangan risau pasal kolestrol ..sebenarnya ia bukan lemak tepu yer. Boleh cuba try tengok !.

menu nasi padang
antara menu nasi padang Langkasuka


Set Ayam Penyet Special ;

ayam penyet langkasuka

Menu baru diperkenalkan di sini, ada kelainannya dari segi rasa , tak sama dengan tempat-tempat lain yang saya pernah makan nasi ayam penyet. marveless !!

Kami sekeluarga menikmati hidangan sambil bersembang-sembang dengan owner restoran yang juga sahabat saya semasa kami sama-sama bekerja di sektor perkilangan suatu masa dulu. Encik Mohd Jamil Bin Mat Rejab atau lebih mesra dengan pangillan (Abg Men) .

cari makan

cari makan

cari makan


Alhamdulillah...syukur menu yang diidamkan sudah merasainya di sini, Sebelum beredar, saya dipelawa Abg Men untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu Teh Telur ! , ya dengarnya macam tak lalu nak minum sebab mengenangkan bau hanyir telur ayam kampung mentah dipukul bercampur teh pekat !

teh telur

Tertunggu-tunggu jugak sebab lama baru muncul TEH TELUR di atas meja, ambil masa juga nak sediakan ni rupanya sebab menurut Abg Men, proses pukul telur dilakukan sebaiknya supaya rasa/bau hanyir tidak menyerlah.

Sekadar mencuba, satu gelas untuk round table kami malam tu..sekeluaga kami merasai nikmatnya. Terima kasih Abg Men.

Sila berkunjung ;

RESTORAN NASI PADANG LANGKASUKA

Alamat : HSD 18176, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani. Kedah.
Tel : 04-4412175 , Hp ; 013-5264980

Pemilik : Mohd Jamil Bin Mat Rejab

Facebook : https://www.facebook.com/NasiPadangLangkasuka

Kemudahan : Surau, Wifi percuma, Parkir yang luas dan keluasan yang sesuai untuk gathering dan seumpamanya.







6 comments:

  1. cantiknya tempat nie... wahh bestnya makan-makan

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa ayam penyet tu. tapi tapi jauh sangat. T.T

    ReplyDelete
  3. Assalam abg nazlee,
    waaaaaaaaaaaaaaa
    nak kena try
    tetiba rindu MEDAN sob3

    ReplyDelete
  4. Teh Telor? erkkkkk..anyway..thanks review restoran ni..boleh tryyy

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  5. wahhh terliuq tengok...
    patutnya review sini awal2.. dapat terjah time holiday awal Mac hr tu....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.