Stuck at Slim River, Perak.

Tuesday, December 30, 2014 PCL 5 Comments



alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku di hiway PLUS tadi semasa kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke Banting dari Parit Buntar.

Allah masih sayang kami sekeluarga setelah perjalanan melepasi 3 jam, kereta yang aku pandu ni tiba-tiba berbunyi di bahagian tayar belakang. Terasa macam sesuatu tersangkut ...sedangkan pada masa tu dalam kedudukan memotong sebuah trailer panjang.

Allhuakbar..syukur sempat juga aku nekad tekan padel minyak dan menyusup ke tepi jalan dalam keadaan cemas..alhamdulillah tayar tak 'stuck' masa tu..kalau tak, tak tau lah apa akan jadi.

Di tepi jalan, aku periksa kesemua tayar.., tayar belakang dah nampak geris terkeluar ; dah syak memang bearing ada masalah. (Confidence driving sebab pagi dah check dan ganti bearing oleh adik mekanik). Benda nak jadi , tak nak salahkan sesiapa...syukur alhamdulillah kami selamat.

Tunggu bantuan Plusronda, tapi kami tak berani nak jalankan tayar tersebut takut jammed dan kemungkinan bahaya tayar boleh tercabut keluar.

Tunggu kereta penunda, towing sampai ke luar hiway. Kami di bawa ke bengkel berdekatan..malangnya workshop tu 'cekik darah' huh..tau ler kita ni dalam kecemasan nak caj harga melampau. 

Memang melampau betul dan sombong ChaYaNunAlif tu !

Aku sanggup bermalam di hotel bajet, keesokkannya cari mekanik lain.

Semogga dipermudahkan olehNya.


Lepaklah semalaman kami di Slim River...tambah cuti...cuti yang penuh makna (ada lagi kisah tragis).



5 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semua baik2 saja.

    ReplyDelete
  3. Dalam perjalanan balik dari Puchong ke Alor Setar minggu lepas kereta saya juga mengalami masalah atas highway bila terlanggar besi. Saya ada ceritakan hal ini dalam entri hari ini.
    Syukur kerana Allah masih mengasihani kita dan mendengar segala doa kita....

    ReplyDelete
  4. Dalam keadaan macam tu pun masih ada yang cuba mengambil kesempatan.. tak patut sungguh.

    ReplyDelete
  5. berhati-hatilah dan sentiasa beringat....
    slalunya memang kita akan ditekan bila dalam kesusahan...

    pilih dan buat keputusan terbaik....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.