Stuck at Slim River, Perak.
alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku di hiway PLUS tadi semasa kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke Banting dari Parit Buntar.
Allah masih sayang kami sekeluarga setelah perjalanan melepasi 3 jam, kereta yang aku pandu ni tiba-tiba berbunyi di bahagian tayar belakang. Terasa macam sesuatu tersangkut ...sedangkan pada masa tu dalam kedudukan memotong sebuah trailer panjang.
Allhuakbar..syukur sempat juga aku nekad tekan padel minyak dan menyusup ke tepi jalan dalam keadaan cemas..alhamdulillah tayar tak 'stuck' masa tu..kalau tak, tak tau lah apa akan jadi.
Di tepi jalan, aku periksa kesemua tayar.., tayar belakang dah nampak geris terkeluar ; dah syak memang bearing ada masalah. (Confidence driving sebab pagi dah check dan ganti bearing oleh adik mekanik). Benda nak jadi , tak nak salahkan sesiapa...syukur alhamdulillah kami selamat.
Tunggu bantuan Plusronda, tapi kami tak berani nak jalankan tayar tersebut takut jammed dan kemungkinan bahaya tayar boleh tercabut keluar.
Tunggu kereta penunda, towing sampai ke luar hiway. Kami di bawa ke bengkel berdekatan..malangnya workshop tu 'cekik darah' huh..tau ler kita ni dalam kecemasan nak caj harga melampau.
Memang melampau betul dan sombong ChaYaNunAlif tu !
Aku sanggup bermalam di hotel bajet, keesokkannya cari mekanik lain.
Semogga dipermudahkan olehNya.
Lepaklah semalaman kami di Slim River...tambah cuti...cuti yang penuh makna (ada lagi kisah tragis).
semoga dipermudahkan segala urusan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah semua baik2 saja.
ReplyDeleteDalam perjalanan balik dari Puchong ke Alor Setar minggu lepas kereta saya juga mengalami masalah atas highway bila terlanggar besi. Saya ada ceritakan hal ini dalam entri hari ini.
ReplyDeleteSyukur kerana Allah masih mengasihani kita dan mendengar segala doa kita....
Dalam keadaan macam tu pun masih ada yang cuba mengambil kesempatan.. tak patut sungguh.
ReplyDeleteberhati-hatilah dan sentiasa beringat....
ReplyDeleteslalunya memang kita akan ditekan bila dalam kesusahan...
pilih dan buat keputusan terbaik....