Untung Bila Ada Adik Sendiri Jadi Mekanik !

Tuesday, December 30, 2014 PCL 6 Comments

alhamdulillah, kami sekeluarga sudah tiba di rumah dengan selamat..mujur adik pcl seorang mekanik kereta, boleh juga minta bantuan dalam keadaan kecemasan.



malam tu, adik pcl tiba depan hotel kami menginap pada jam 4 pagi. Datang bersama isterinya sebagai peneman setia di sisi. Dia buat operasi tanpa henti sampai jam 11 pagi...gigih sungguh dan kami puji dengan ketekunannya. Selagi tak siap dia tak mengalah untuk rehat dan makan.


Kereta aku tu...bearing di bahagian tayar belakang sebelah kanan dah melekat tak boleh tarik keluar dengan cara biasa..jadi terpaksalah kena kerah tenaga.
Kalau guna khidmat formen bengkel 'towing' semalam tu memang cekik darah..dorang nak Rm1k  dalam tangan..huhu. Kadar tak munasabah tu buatkan aku minta bantuan adik sendiri.


Kesian adik dan iparku ...tak tidur seharian semata-mata nak tolong abang...semoga mereka diberikan rahmat dan rezeki melimpah ruah oleh Allah swt di atas kebaikan mereka.


P/s... rela bagi harga berkenaan kepada adik sendiri dari kena "sembelih" huhu kan..tapi adik pcl tu tak nak ambik upah pulak.. / dan aku paksa dia ambik duit tambang.

6 comments:

  1. Untung lah uncle..hihi...

    ReplyDelete
  2. Kemahiran baiki kereta ni bukan semua orang mampu. Bertuah PCL punya adik yg ada kemahiran ini...kalau tak, byk juga kena tu!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...ada adik yg sedia membantu..

    ReplyDelete
  4. sama mcm my abg ipar . keta meragam kat seremban , sanggup panggil mekanik peribadi dr puchong dtg ...

    ReplyDelete
  5. Moga dimurahkan lagi rezeki adik PCL tu..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.