Peranan suri hati hamba ..

Friday, February 28, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

....jangan tak sangka pcl ada peminat cilik, bersama Mea ada lagi...Aqeela, Afni zulaikha dan Syafi .

Tiap petang mereka menanti di rumah...jam 5 pm dah minta keluar rumah untuk didukung, bermain-main di luar... kadang mamaD dah tak larat melayan ,...dah sakit-sakit pinggang katanya.

...aku take over sekejap sementara menantikan mereka dijemput balik oleh ibu memasing. , melayan celoteh zulaikha  kekadang buat aku gelihati sendiri dengan kepetahannya bercakap macam orang dewasa.., Mea pula bertubuh gempal...tak ada langsung mewarisi ibuayah dia..:))..memang lenguh tangan dukung  sekejap aje.. , lengan dah naik muscular..haha tuu !! ,

Syafi ..yang tak banyak karenah, senang jaga dia ..tersenyum simpul aje kerjanya.. dan Aqeela dah jadi 'ketua' dalam reramai tu...boleh diharap juga tengok-tengokkan adiknya si Mea ...tapi mama tetap tak berani nak tinggal jauh sikit, biasalah budak-budak mana reti nak jaga betul-betul walaupun adik sendiri...

waktu aku rehat tengahari (lunch )..sempat mama bersolat , begitu juga petang...begitulah rutinnya kecuali hari sabtu dan ahad..

Pcl bersama Mea..

...mereka berempat itu lah peneman mamaD dikala sunyi (..ketika kakHanis bersekolah petang dan kakNina tinggal di asrama).

 #sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti selain membantu ekonomi keluarga ; itulah peranan suri hati hamba...terima kasih mamaD....terima kasih sangat-sangat .

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Telekung Solat Sara'Khadeeja.

Thursday, February 27, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

Sara'Khadeeja menyediakan Telekung Solat dari kain jenis Lycra 100%!

Kini kain sembahyang jenis ini semakin menjadi pilihan ramai kerana kainnya jenis lembut, berat, tidak jarang, sejuk serta selesa untuk digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebelum ini Telekung Sara'Khadeeja telah mendapat permintaan tinggi di kalangan kenalan Sara'Khadeeja sahaja.

 SaraKhadeeja

Justeru itu, kini page Sara'Khadeeja diwujudkan supaya orang ramai di luar dapat sama-sama merasai kualiti terbaik Telekung Solat Sara'Khadeeja.

Ingin diberitahu bahawa Telekung Lycra yang dijual ini bukanlah diambil secara borong oleh pembekal luar tetapi kain Lycra yang dijadikan telekung ini dibeli serta dijahit sendiri oleh pihak Sara'Khadeeja.
Beli sepasang rasai keselesaannya serta jahitan yang kemas.

Sebarang pertanyaan hubungi secara inbox/Sms whatsapp 0192608392

 SaraKhadeeja

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Srii Tahfiz Darul Ulum ; Sedang Mencari Dana dengan IKS ..anda berpeluang mengembangkan perniagaan .

Wednesday, February 26, 2014 Nazlee Ismail 2 Comments

Assalamualaikum wbt ;

..sepertinya ada sesuatu yang ingin ditunjukkan oleh yg Maha Kuasa, aku dipertemukan dengan hamba Allah yang bernama Haji Hamdan di tepi sebatang jalan kampung berdekatan sini (Kanchung, Banting) bertanya kepada ku ke mana arah jalan balik ke Seremban..

Dalam pada masa sama juga beliau memaklumkan yang dia sedang mencari dana , bukan meminta derma..
katanya lagi beliau sedang menguruskan projek mencari pengusaha industri kecil berupa produk makanan untuk dibeli secara terus..

dan beliau ada agenda ...agenda untuk memajukan Srii Tahfiz Darul Ulum .

kepada sesiapa Pengusaha Makanan IKS, (pembuat kuih/kek/kerepek dirumah secara kecilan dsbg-nya..) anda dialu-alukan untuk bekerjasama;

anda boleh whatsApp saya di no ini ; 0174009726 - nazli

[sila berikan alamat dan jenis produk (makanan) beserta gambar produk untuk tindakan seterusnya oleh pihak berkenaan]

p/s saya yang menyampaikan hajat Tn Haji Hamdan.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rm300! Jimat Terselamat. ..

Tuesday, February 25, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

..hemm dengan rasa konfiden meredah road block polis tanpa rasa cuak sikit pon tengahari tadi..baru 'cucuk' atm keluar duit gaji hari ni..

Aku naik motosikal standard dan semuanya lengkap..no worry lah.
Nak tahan pon aku tak kisah...

Polis : incik keja angkasa ye..lawa uniform.. Ramai ke staf sana? bla..bla..
Aku : (ramah giler polis ni) ..ye incik, staf dekat 100 org..
Polis : mintak ic, lesen..
Aku : ni dia incik
Polis :  mana roadtax? ...masuk tepi, panas ni...
Aku : ada...ada..tggu jap ea saya cari.
Polis : cari..cari....saya tggu.
Aku : alamak incik tak perasan la roadtax dah mati.
Polis : ...dah mati Jan 2014 lagi! , ni dah terlebih ni.. Saya keluar surat saman. ..kalau beza 2,3 hari ok lagi..
Aku : ..maaf incik, saya tak perasan langsung la, .. terselit dalam wallet saya... lama x bukak. Kalau saman  berapa kena bayar incik?
Polis : Rm300 max.

.... Tiada pujukrayu. ..hanya penantian dalam proses, lama juga aku tercegat menanti keputusan. Sambil tu..
(15 minit tengok gelagat orang lain kena saman dan proses pujuk dan rayu...saman tetap saman).

Entah apa mimpi mamat polis muda tu ; apa pon aku panjatkan rasa syukur Alhamdulillah sebab dah selamat duit poket rm300 akuuuu..

Polis : pegi renew cepat..jagan tunggu lagi..
Aku : betul ni..tak kena saman :)) ..terus berlalu pergi sambil ucap t.kasih.

...masa atas motor dok fikir..

#..aku rasa lah...aku tak kena saman sebab 'kek SR' dalam bakul motor yang dibelikan khas untuk isteri dirumah..

Ada kemungkinan tak?

# Kalau itupun suatu kebetulan...alhamdulillah, mungkin ada kebaikan dalam niat yang kita tidak sangka.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Gaul Dua Tangan..

Monday, February 24, 2014 Nazlee Ismail 10 Comments

Insiden berlaku depan mata bila aku beratur nak belikan anak-anak ayam goreng di sebuah premis restoran makanan segera petang semalam.

Orang belakang aku masa tu,  seorang suami bersama isterinya dan anak mereka sedang bercakap-cakap sesama mereka sambil menunjuk ke arah tukang masak. Isu gaul ayam pakai tangan...itu yang aku terdengar di telinga ku..

Melihat kejadian tersebut..ada juga beberapa pelanggan lain turut geli geleman bila melihat tukang masak menggaul masakan mereka dengan kedua-dua belang tangan tanpa berlapik  sarung tangan plastik khusus seperti kebiasaan yang kita nampak...Mereka terus berlalu pergi meninggalkan que..

Geli...yeah geli sampai menggeletis badan..., tapi aku okay jer !

#Alasan ; bagi aku, daripada dapur yang tak nampak (tersorok dibelakang ) lebih baik nampak terang-terangan tukang masak buat kerja depan mata..sebab aku yakin dengan kebersihan yang ditunjuk secara terbuka .. walaupun tak pakai sarung tangan...

hemm yes , customer always right.. masing-masing boleh buat pilihan.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Segmen Review DJH Sampai Lebam.

Saturday, February 22, 2014 Nazlee Ismail 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kalau Sabtu bila kerja...

Saturday, February 22, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

..terasa hati nak melabuhkan tali pancing hari minggu begini tapi apakan daya aku dikehendaki standby kerja..

Nampak jauh lubuk tilapia merah di taman larangan.

Semoga ada masa kelapangan di waktu petang-petang nanti..
Sudahku risi-risik dengan penjaganya.. Katanya kalau nak jadi rezeki incik..boleh bawa balik sebaldi penuh ibu tilapia.

hah...tunggu lah ku bawak joran ! !

InsyaAllah..

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kayu Kemuning Hitam

Friday, February 21, 2014 PCL 8 Comments

Kemuning Hitam

Kayu ni memang susah nak jumpa sebab ianya adalah teras pokok kemuning yang tertanam dalam batu sekian lama. Bukan calang-calang orang boleh mendapatkannya, kalau dapat boleh buat duit ; ramai yang hendak memilikinya dari berbagai tujuan dan khasiat. Kemuning Hitam berkhasiat merawat pelbagai penyakit

Aku tertarik dengan warna dia, hitam menawan cantik kalau nak buat batu cincin,  buah loket dan sebagainya bagi perhiasan wanita, memang cantik kalau rajin untuk mengilatkan atau membentuknya menjadi sesuatu yang menarik dipandang 

Aku membelinya semasa Ustaz Sharhan datang ke Masjid At-Taqwa berceramah di Banting baru-baru ni..
Selain tu, kayu kemuning hitam  boleh juga direndam dalam air panas untuk mendapatkan airnya yang kekuningan nampak semacam minyak petrol.

Kemuning Hitam berkhasiat merawat pelbagai penyakit

Khabarnya ada khasiat-khasiat tertentu. ..boleh google bagi sesiapa yang mahu tau lebih., ramai orang dah bagi testimoni namun aku membelinya sebagai bahan koleksi sahaja.

Aku nak tanyalah kepada pembaca di sini kot-kotlah siapa yang pernah mengamalkan minum air daripadanya...boleh la kongsikan juga apa khasiatnya. Suatu yang baik-baik tak perlu dirahsiakah dan jikalau berlaku sebaliknya pun bagus juga untuk kita sebagai panduan dan nasihat.
 kayu kemuning hitam
 kayu kemuning hitam

Antara penyakit yang menunjukkan kesan terbaik adalah kecing manis ; caranya hanya meminum air rendaman dari kayu kemuning hitam ini setiap pagi sebelum sarapan sehingga bacaan menunjukkan kadar gula dalam kencing turun kepada tahap yang dikehendaki.

Boleh baca info sini untuk lain-lain kegunaan.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Masih dalam simpanan. ..

Wednesday, February 19, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

Siapa ?

Siapa ?

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sirkit Pancing Putrajaya 1/2014

Wednesday, February 19, 2014 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam ;

 ..makluman kepada yang berminat untuk memancing dan beraktiviti bersama keluarga di Sisiran Tasik Presint 1 dan Taman Wawasan, Putrajaya pada 02 Mac 2014 (Ahad) (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari) sila merujuk kepada banner di bawah ;

#Percuma 1000 T-Shirt (500 untuk daftar online dan 500 untuk daftar kaunter) ; www.ppj.gov.my , www.putrajaya.gov.my

Sekian dimaklumkan... , Terima kasih.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ustaz 'Jin' di Banting malam ini (18/2/2014)

Tuesday, February 18, 2014 Nazlee Ismail 4 Comments

Assalam  ;

...aku pernah dengar di tv, Ustaz Sharhan sendiri mengatakan beliau sering digelar sebagai "Ustaz Jin" ...lantas aku tak ragu-ragu untuk meletakkan gelaran tersebut sebagai tajuk entri kali ini.

Tak perlu diperkenalkan lagi, memang sudah ramai yang tahu siap dia Ustaz Sharhan Shafie. ...sebagai info kepada yang tak berapa mengikuti perkembangan beliau ; Beliau ialah seoarang Ustaz Pengamal Perubatan Islam dan sering muncul di rancangan tv malaysia dan memberi ceramah di ceramah-ceramah jemputan seluruh negara..

...sebagai hebahan kepada mereka yang selalu megikuti perkembangan mengenai cara Perubatan Islam yang diperdengarkan oleh penceramah terkenal melalui slot Tv9 dalam Program Tanyalah Ustaz yang besiaran secara langsung di waktu pagi kebiasaanya.

Kini khususnya bagi masyarakat yang berdekatan dengan kawasan Banting, Selangor.. satu sesi ceramah yang dijadualkan  pada malam ini bertempat di Masjid At-Taqwa Jalan Sultan Abdul Samad, Taman Setia Jaya, Banting, Selangor , waktunya adalah selepas solat maghrib (malam ini, 18/2/2014) .

Info ; ...terkini, masyarakat Banting khususnya di kawasa Kampung Sungai Lang  telah digemparkan dengan penemuan demi penemuan makhluk yang diberi nama 'pocong' , hanya orang-orang terpilih saja bertemu 'jodoh' berdepan dengan makhluk tersebut.. kesahihanya belum terbukti namun hangat diperkatan di fb..sampai ada yang melancarkan gerakan 'menangkap' makhluk tersebut...wallhualam , kesahihan info belum terbukti... boleh percaya ke? ...atau betul ke kampung ni ada pocong ?? , ..jalan-jalan pintas untuk ke pekan Banting (jalan tali air -pasar-mcD) telah menjadi buah mulut sejak pertama kali 'mangsa' menunjukkan wajahnya..

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tips Permulaan Bertudung Labuh Bagi Muslimah

Tuesday, February 18, 2014 Nazlee Ismail 3 Comments

Post by P.C.L.

....tersentuh dengan apa yang dientrikan oleh blogger Maria Firdz di sini ; inilah cabaran sebagai suami dan ayah , insyaAllah sentiasa berusaha dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan olehNya.

#Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah agungnya ilmu itu yang dapat meninggikan darjat, sebaik-baik rumah adalah yang memberi keselesaan ahlinya dan sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda.

like myFb Page P.C.L

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Semoga pejuangan hari ini lebih HEBAT dari semalam.

Monday, February 17, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

Salam pagi...

Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita.

Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang molek-molek ... Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:

 “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia......

Mulakan langkah dengan penuh ceria dan kesyukuran. Untuk rakan-rakanku dan sahabat semua semoga pejuangan hari ini lebih HEBAT dari semalam.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Resipi Ikan Patin Bawang Hangus !

Sunday, February 16, 2014 PCL 9 Comments

...biasanya 'orang dapur' akan  goreng ikan patin tu berasingan. ..selepas tu baru la goreng dia punya hirisan bawang dan cili tuuu..barulah aroma dia menaikkan nafsu makan, ...mamaD kata nak try n test.....kita goreng kan sekali gus.

nah...tengok saja hasilnya, sebelum digoreng dan selepas digoreng., ...kalau nak rasa yang terbaik kena goreng berasingan supaya bawang tak akan terebih hangus semasa digoreng.

aku tak pasti apa nama menu ini, dah pernah buat 2, 3 kali sebelum ni  tapi masih tak ingat apa namanya. Dan untuk resipi  ini aku namakan ; Resipi ikan patin bawang hangus ! ...ingat eh, hangus tapi jangan sampai bawang dan cili rentung habis .. hokayyy!

#Resipi Ikan Patin,  Orang Jerantut  Pahang!
#gambar sebelum dan selepas digoreng ..

bahan yang mudah dan ringkas ; isi ikan patin , bawang dan cili...sedikit garam  serta minyak untuk menggoreng.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Spontan saya bertempat kot..... ! hahha, insyaAllah.

Sunday, February 16, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

...kami laki bini memang biasa....., makan sarapan kat luar setiap hari cuti Sabtu dan Ahad....sedang makan-makan sarapan di sebuah warung kesukaan ramai warga Banting kat sini khususnya di Jalan Kanchung Darat-Morib ..kedengararan bunyi kuat "perrrap !!" memecah kekhusyukan para pelanggan yang sedang makan.

Semua orang kat situ memandang ke arah meja sebelah kami, masa yang sama kami sedang menikmati nasi kerabu dan koeytiau goreng sambal sotong .. begitu juga dengan yang lain-lain dengan menu pilihan masing-masing.

Spontan ! ... sebelah tangan aku menahan badan seorang lelaki yang sedang memangku anaknya yang masih kecil sambil kedua-dua mereka terkial-kial mengimbangkan badan dari atas kerusi plastik  yang merapuh.

"..terima kasih...terima kasih yer... " , sebelah tangan si ayah menampan lantai sambil mengucapkan terima kasih kat aku...

...dah balik rumah ; dengan spontan juga mamaD bertanya  "kalau yang jatuh tu perempuan...camana tu bangg ?"

#.. Spontan saya bertempat  kot..... ! hahha, insyaAllah.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Marilah kita renungkan bersama tentang Bahagia ...

Saturday, February 15, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki

.....Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..'

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia?
Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ? Marilah kita renungkan bersama.....

# terima kasih cikgu Laniaz Nadiba ...

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kehinaan dalam perhubungan.

Friday, February 14, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments

...sesorang itu tidak bahagia jika anaknya derhaka, isterinya selalu membantahnya, jiran tetangganya selalu membuat resah...

...dalam lain keadaan pula, punya teman sekerja tapi tidak mahu bekerjasama, jiwanya tidak mahu tunduk kepadanya dan hawa nafsu amarahnya selalu diturutkan.

 # Sering kali satu kata-kata yang keluar dari mulut boleh merampas nikmat dan sering pula sebuah kekhilafan boleh mendatangkan satu kehinaan dalam perhubungan.

Situasi  semasa ; ...ikut perasaan boleh pengsan, ikutkan hati boleh mati oOO..

...sarapan nasi ambang pepagi tadi mamaD panaskan balik...berkat daripada masjid (*semalam baca Yassin)...tp serius tak dapat habiskan , bapak punya besar bungkusan dia...!!

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kalau aku....

Thursday, February 13, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments

Salam; ..bila taraf hidup semuanya naik! Susah nak fokus dengan kerja hakiki. . . .

. . ehh, kalau aku jadi nelayan kan bagus...nelayan kecil-kecilan pon jadilah.

...tetiba dalam meeting pagi ni teringat nak pi menjala/ menjaring dan pancing udang galah...

 Dapat info...udang galah tengah mengamok.!! Emmmm..

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com

Wednesday, February 12, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MamaD tersenarai sebagai pemenang Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda .

Monday, February 10, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam ;

http://www.mialiana.com/2014/02/pemenang-fasa-kedua-giveaway-ephyra.html

...tak sabar pulak rasanya nak bagi mamaD terima hadiah ni...dia masih belum tau lagi  berita ni..,
sejak kebelakangan ni memang mamaD jarang baca blog ..biarlah, lagi pon dia sibuk melayan anak-anak yang semakin manja dan banyak karenah terutamanya Afni Zulaikha dan baby Mea ..

kalau sebelum ni 10 hari testimoni dengan 10 sachet Ephyra dan selepas ni 30 hari pulak..., insyaAllah yakin dengan produk Ephyra ....

p/s  terima kasih Mia Liana dan Oceanlife .

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Saturday, February 08, 2014 Nazlee Ismail 15 Comments

Salam ;

Selamat bercuti dan mari kita meriahkan lagi segmen dalam waktu tambahan ini..(Bermula 7 Januari dan berakhir 28 Februari 2014(Diteruskan).

Blogwalking dan saling Follow..itulah yang diharapkan kepada semua yang turut serta, harapan dari Pengajur segmen ini sendiri iaitu Blogger Abak yang baru saya kenali dan follow blog beliau.

Bagi saya,  ini bukan atas alasan sebab ramainya yang join tapi keikhlasan dan komited nyer tu..yang mahu ditunjukkann oleh beberapa peserta sebelum ni.  Mungkin ini adalah satu kebaikan kepada semua yang join insyaAllah.

Mari kita buktikan bersama-sama dengan  Klik baner untk join. Terima kasih.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain..

Friday, February 07, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Salam ;

...Manusia dengan berbagai karenah, kita juga manusia ...lantas hadapilah sesama kita dengan keadaan yang sesuai. Maklumkan apa yang tidak sengaja yang telah dilakukan , ketahuilah bahawa ini merupakan sunnatullah pada manusia dan kehidupan itu sendiri.

Jangan hidup dalam lingkungan idealisma sempit tetapi hidup hendaklah hidup dengan realiti kita sendiri. Kita tidak selayaknya mengharapkan kenikmatan dan kejayaan sebagaimana yang ada pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak mampu meraihnya. Oleh kerana itu, jadilah orang yang adil (mampu meletak sesuatu pada tempatnya).

Hidup bersederhana dan jauhi semua hidup berfoya-foya, pembaziran dan berlebih-lebihan sebab setiap kali badan diajak berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit.

Ushakanlah selalu membaca zikir kepada Allah sebab ia akan menjadi penjaga dan pelindung kita. Di dalam zikir ada kebenaran dan petunjuk yang akan membuat waktu kita menjadi lebih bermakna.

Aturkanlah semua kegiatan kita, jangan menghimpunkan pekerjaan untuk dikerjakan pada waktu yang sama. dan dalam waktu tertentu  luangkanlah beberapa waktu di antaranya untuk berehat agar hasil yang akan diperolehi akan lebih baik.

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita dari segi tubuh badan, rupa, harta, pekerjaan dan keluarga, semoga ada kesedaran dalam diri bahawa ...

# Kita masih lebih baik daripada ribuan orang lain.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kenapa masih ada resah dalam jiwa seseorang itu ?

Wednesday, February 05, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Salam ;

.... Nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tidaklah susah sangat . Carilah yang sayang kepada kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik di mata belum tentu bahagia. Sedap di pandang bukan boleh bagi perut kenyang...

Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan seseorang...

Akan tiba suatu masa , ..yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa juga supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah di pandangan kita sendiri sebagai suami kepada isterinya...

Yang masam nak dimaniskan, inilah cabaran.
Yang gemuk nak dikuruskan, ini juga cabaran..
Yang longgar nak diketatkan, ini memang mencabar...

# Cantik tak semestinya pada luaran.

Kemaskan diri sebaik mungkin kerana orang yang bahagia selalunya adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Oranga yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak melakukan kebaikan dan orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya.

# Segera perkemaskan mana yang lompong itu..

..tapi kenapa masih ada resah dalam jiwa  seseorang itu ?

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Catatan Blog Peribadi Boleh Buat Anda Bahagia ?

Monday, February 03, 2014 Nazlee Ismail 14 Comments

Salam..

Difinisikan dengan jelas dalam blog anda tentang apa saja yang membuat anda bahagia. Catatlah perkara-perkara yang paling membahagiakan itu secara berurutan .

Apakah kebahagian itu muncul setelah anda bertemu dengan seseorang tertentu, setelah anda pergi ke tempat tertentu atau setelah anda melakukan amalan kebaikan ?

Apabila anda boleh mengerjakan perkara itu secara rutin / konsisten / istiqamah...kemudian anda mencatat setiap perkara yang dapat membahagiakan anda itu di dalam sebuah catatan (blog umpamanya) , nescaya hanya dalam waktu seminggu anda akan memiliki satu daftar yang dapat membuat anda bahagia yang mudah diingat dan dibuat rujukan.

Kalau sesiapa sudah mulai mencatat dalam entri blog peribadinya , boleh lah godek-godek semula apa yang anda catatkan di dalam entri blog...

#saya selalu baca yang baik-baik saja yang mana entrinya lebih kepada kehidupan dan kekeluargaan... @mencari bahagia

#kebaikan yang dicatatkan bukanlah sekadar mahu menunjuk-nunjuk atau ada sifat riak dalam diri setiap blogger, malah impaknya adalah untuk panduan serta nasihat kepada semua pembaca.

Catatan Blog Peribadi Boleh Buat Saya Bahagia , Anda bagaimana?

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Segmen Jom Beramah Mesra

Sunday, February 02, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam