Borang Rayuan BR1M 3.0

Monday, March 31, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam ;

Kepada sesiapa yang belum buat rayuan boleh klik untuk muat turun (Download Borang Rayuan BR1M3.0) dan isi ruangan yang berkenaan. Boleh hantar terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Tarikh rasmi untuk menghantar borang rayuan adalah pada esok hari bersamaan 01 April 2014  (selasa) .

# aku adalah insan terpilih untuk berbuat demikian :))
# boleh pulak alasannya,  No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  ~ hemmm apasal plak ??

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

This Is How Your Plate Should Look ..

Friday, March 28, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments

....sebelum ni pun ramai yang bagi nasihat tentang penjagaan makan termasuklah isteri juga , tapi nak buat tu yang payah  dan selalunya berakhir dengan kegagalan...aku akui ini semua berpunca dari disiplin diri dan semangat juga kesungguhan yang tak kesampaian ; maka perlunya sesuatu sebagai 'pusher'...dalam kes aku Slimfast diet lah . (aku sedaya upaya tidak mahu menjadi pengguna yang taksub...tidak mahu terjebak dan menjebak orang lain..)

"Jangan Skip MAKAN. Teruskan makan sedikit tetapi banyak kali pun ok, jika tidak mahu metabolisma badan anda semakin rendah dan pembakaran lemak bertambah payah." ~MBH

adakalanya ketika berselera dan masa perut betul-betul lapar kita melayan nafsu sehingga perut jadi sendat dan padat...ini yang perlu dielakkan...ikut sunnah Nabi Muhammad SAW , makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang..insyaAllah...dan kunyah betul-betul sebelum telan makanan dalam mulut tuu ;))

..terima kasih MBH page kerana selalu memberi tunjuk ajar dan perangsang untuk lebih sihat dengan pengambilan makanan yang betul..

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pagi jumaatku. .

Friday, March 28, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

Salam ceria pagi jumaat..

lepas subuh tadi terus bancuh SFD,  ..nilah amalan sejak berbelas hari lepas.  Sebelum perut meragam baik cepat pergi kedai beli sayur dan ikan.. Kami jarang atau memang tak akan simpan stok barang basah untuk seminggu..biasanya dalam 2 hari macam tu je.

aku kerja kat sini kira beruntunglah sangat sebab ofis dekat dengan rumah..jadi biasanya aku santai dengan motor kapcai yang hanis taknak naik tu hahaaa..tak sempat berangan dah sampai kedai :))
...kat kedai ni pulak kedai baru bukak tapi dah ramai orang sebab dia punya harga kot..biasanya macam tu lah...murah mesti ramai orang.

aku kena cepat sebab nak kejar masa santai-santai pun bukannya boleh macam hari-hari cuti minggu. ...kepala ligat dok fikir nak makan apa tenghari nanti.

okay terasa nak beli lala,  kalau kat utara sana kami panggil siput retak seribu...ahaha nala punya panjang dia punya nama. Biaq pi la kann! Rm4.50 sekilo,  aku skop masuk plastik. ...bayar rm3.50 tak sampai sekilo dan beli sayur sawi secekak.. MamaD selalu pesan jangan beli banyak nanti jenuh nak habis kan...3 mulut je pun nak makan. Okay bab beli dah setel...bab nak masak serah pada yang pakar kat rumah.

dah tetntu sarapan mamaD tak sempat nak buat, aku singgah beli karipap 5 biji untuk kami berdua dan minum air limau suam tanpa gula..

#Lagi 5 minit nak ke pukul 8am, aku pecut ke ofis..memang tak sempat berangan atas motor :))

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Review SlimFast Diet selepas 10 hari ..

Thursday, March 27, 2014 Nazlee Ismail 14 Comments

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ..

okay ,  ini adalah review selanjutnya daripada saya ..sebelum itu sila baca rentetan entri blog pcl berkenaan SlimFast Diet  :

Melihat kepada bentuk kotak bungkusan 'langsing' memang menampakkan produk ini lebih mengkhusus kepada kaum wanita tetapi sebenarnya telah dinyatakan ; produk SlimFast Diet ini juga boleh diambil oleh kaum lelaki yang mahukan penampilan bentuk badan bergaya dan sihat .

Saya tak kata saya mempunyai bentuk tubuh ‘bergaya’… tapi sejujurnya teramat berpuas hati terhadap perubahan dengan penurunan berat badan dan peningkatan kecergasan . Sebelum saya mengambil SlimFast Diet, pergerakan dan kecergasan diri agak perlahan sedikit mungkin itu adalah kerana kurangnya tenaga untuk saya bergerak aktif semasa melakukan kerja dan sebagainya. Namun selepas minum SlimFast Diet beberapa hari,  badan saya terasa ringan dan lebih bertenaga.

Minum 1 sachet  Slimfast Diet setiap pagi hari membuatkan perut saya tidak terasa lapar walaupun pada sebelah malam sebelumnya perut tidak diisi dengan makanan melainkan hanya meminum air masak kosong sahaja.

Ini pengalaman saya dengan produk kurus yang bekesan ; bila selesai ambil sarapan pagi akan ada terasa gesa hendak membuang air besar.. (ia agak merumitkan keadaan pada hari pertama dan kedua ..selepas itu ia berkurangan dan keadaan kembali normal, maksudnya segala toksin dan lemak degil dalam badan sudah semakin berkurangan keluar melalui proses semula jadi..tapi harus diingat ! mesti amalkan minum air banyak seperti yang disarankan).

Berat badan saya sudah turun 5kg tau ! nak kata langsing itu mungkin tidak sesuai bagi tubuh lelaki tetapi percayalah, langsing kepada wanita pasti ada dengan mimum SlimFast Diet, ia adalah cara kurus dengan cepat dan lebih ketara akan dirasakan kepada  mereka yang ingin kempiskan perut buncit.

Mari kita baca secara lebih terperinci mengenai kandungan yang ada pada produk SlimFast Diet ;

“Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang. Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut. “ ~Produk My Beauty Herbs

SlimFast Diet (SFD) - Kordial minuman harian yang akan singkirkan lebihan lemak dan membentuk wajah dan tubuh anda kepada penampilan yang anda tidak sangkakan!

Apa lagi tunggu , tukarkan minuman harian anda kepada segelas SFD setiap hari. RM45 sahaja.

Hubungi pakar  : www.fb.com/messages/mbherbs
atau auto sms, taip SFD ke 01128090446
website : www.mybeautyherbs.com.my
page : https://www.facebook.com/mbherbs

Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kau ada... aku tak mampu !

Thursday, March 27, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

...balik seketika untuk lunch time di rumah , sudah sedia disambut dengan kebisingan suara putri-putri kecil kami. ..macam manalah mamaD boleh kawal semua perangai dorang.. boleh pening kepala..  kalau ada darah tinggi..fuh taktaulah!

Rupa-rupanya masing-masing nak tunjuk lampu jam hahaa..Jam tu mamaD belikan setiap sorang satu ..kecuali Syafi,  sebab ayah dia dah belikan awal lagi hari sebelum tu..tayang-tayang kat bebudak lain..

Ini semua sebab mamaD nak pujuk lah..kes jeles la apa lagi..

"saya...saya nak jugak mama.." kata laikha , "nanti mama belikan untuk qea  ea..mama" sampuk Aqeela .

#kalau kita yang dewasa ni ada jugak yang main tayang-tayang macam perangai bebudak tu...buat orang lain geram  pulak melihatnya ; kemain lagi latest model gajetlah..takapalah tuu, depa mampu..kan ! 

#Kau ada...aku tak mampu !

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Malu agaknya anak dara aku membonceng motor kapcai ....

Wednesday, March 26, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

Pagi tadi aku nak hantar Hanis ke Perpustakaan Awam ; katanya dah bosan cuti sekolah tak ke mana-mana.. bosan buat homework sorang-sorang... , bosan nak study sorang-sorang.. ; Dia sudah buat janji dengan sahabat baik dia yang sorang tu.

...mulanya cadang aku nak hantar dia naik motosikal je, ni kira kerja senang dan jimat sikit masa/minyak kereta  tapi boleh pulak dia kata tak nak naik motor ! huhuu  ...sebelum ni okay tapi lama dah la , last masa sekolah rendah tahun lepas.. alasan dia takut  nanti tudung kemek bila pakai helmet !!

wahhh ... dah pandai nihhh !!   terpaksa aku start kereta jugak...

lagi satu alasan Hanis... "tak best arr naik motor" ;  malu agaknya anak dara membonceng motor kapcai ...aku agak jer lahhh hi hiii.

#harap dia dan kawannya buat homework betul-betul kat library sana tu.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ephyra Testimonial ; Selepas 30 hari minum Ephyra .

Tuesday, March 25, 2014 Nazlee Ismail 5 Comments

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog pcl yang dikasihi semoga sihat selalu ye..

Saya mamaD (isteri kepada PCL) , menulis di sini apabila perlu dan diperlukan sahaja. Tak pandai sangat nak menyusun kata-kata indah tapi cuba menyampaikannya dalam penulisan yang mudah difahami oleh semua yang bertandang ke blog ini , insya Allah. Penulisan kali ini lebih khusus kepada review produk Ephyra atau lebih tepat berkenaan Testimoni Ephyra dan Rahsia Ephyra.

Saya telah diberi peluang sekali lagi untuk mencuba ephyra selama 30 hari secara konsisten. Ephyra adalah suatu jenama produk makanan kesihatan yang sangat dikenali rata-ratanya oleh muda-mudi masa kini yang mementingkan penjagaan kesihatan terutama di kalangan Bloggers itu sendiri.

Pada entri sebelum ini,  saya menginginkan lebih kecergasan fizikal khususnya dalam mengawal penggunaan tenaga dan menghilangkan rasa kemengantukan di siang hari namun dengan mengamalkan minum Ephyra secara teratur selama 30 hari, di samping ia mengekalkan hasil sebelumnya, Ephyra juga memberikan kesan yang menakjubkan seperti yang telah dihebahkan oleh ramai penggunanya. Saya secara jujur menyatakan ;

Kulit lebih anjal, kulit lebih halus dan kulit lebih cerah berseri. Saya merasakan perubahan yang begitu meyakinkan terhadap kulit terutama pada bahagian wajah.  Ephyra membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus terutama di bahagian bawah mata saya. 

Saya sangat puas hati dengan keberhasilan oleh produk Ephyra ini. Anda di luar sana usah ragu-ragu dan ramai lagi rakan-rakan kita sudah melalui frasa kegembiraan ini.  

Tiada ungkapan terindah melainkan ..Syukur alhamdulillah.
Ramai telah mencubanya dan jatuh cinta, anda bila lagi?

Jom dapatkannya sekarang... 

Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage :  www.facebook.com/oceanlife2u 
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889 SMS : 019 3999 238 
Emel : info@oceanlife2u.com

~ Diana

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berlaku Adil Terhadap Anak-Anak. .

Monday, March 24, 2014 Nazlee Ismail 10 Comments

Terdapat segelintir ibu bapa yang sengaja memberikan layanan istimewa kepada sebahagian anaknya dengan diberikan berbagai macam pemberian sedangkan yang lain tidak sedemikian.Suatu perbuatan yang kadang kita sebagai ibu bapa tanpa sedari telah mengguris hati anak-anak yang lain.

Menurut pendapat yang kuat, perbuatan seperti itu adalah haram hukumnya berlaku dalam keluarga Islam jika tiada alasan yang mengharuskannya.

Jika ibubapa memberikan anaknya sesuatu berupa ganjaran dengan sebab yang dibenarkan syarak maka hendaklah Ia berniat juga jika anaknya yang lain dalam keadaan yang sama, Ia akan memberinya pula.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah: 8 ;
"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah"

Alangkah bahagianya bila melihat anak-anak mebesar dengan sempurna, syukur alhamdulillah ...syukur ..syukur ni'mat kepadaNya yang memberi rahmat.

Bila cuti sekolah,  semua anak-anak ada di rumah..; rumah makin ceria bila kakak nina ada... hanis suka sangat nampaknya. Hanis... bila dengan kakak nina,  dia lebih aktif...lebih banyak bercakap dari biasa.

# bila adik dapat ganjaran,  akak nak jugak. ..sebaliknya kalau akak dapat pulak si adik tetap berkeras nak jugak-jugak.. Pening kepala abah dan mama melayan kamu..
(dalam hal ini kamu masih beruntung sebab kamu punya 2 beradik saja)

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku minum SlimFast Diet je setiap hari ...

Saturday, March 22, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

Berpeluh bila buat kerja luar berpanas , terasa nak cuba minuman sejuk pulak sesekali...

Aku minum SlimFast Diet je setiap hari ..jangan tak tahu kepada sesiapa yang minum SlimFast Diet memang boleh,  ..boleh buat kordial minuman sejuk. (hari ini adalah sachet yang ke 9 ; maknanya sehari lagi boleh buat perbandingan sebelumnya)

Semalam timbang berat badan kat satu mesin penimbang dekat pasar raya sini ; . ..Syukur alhamdulillah dah susut 5kg , Wohohoo.. memang menakjubkan dan ia adalah hasil kesan penyingkiran toksin dan lemak yang memudaratkan di dalam badan melalui sistem perkumuhan biasa...

(nantikan dalam entri testimoni akan datang, ....aku akan bercerita selanjutnya)

SlimFast Diet

#hahaha..mati2 depa ingat mamaD yg minum SFD tuu :)  ..biaq pi lah !

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sebenarnya aku kesian dia..dan cukup hanya dua !

Tuesday, March 18, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

...kalau isteri ada peluang dan dibukakan pintu hatinya untuk beranak lagi..syukur alhamdulillah.

Kami dikurniakan dua putri ; sudah cukup bersyukur kepadaNya.
Terdapat ramai pasangan sudah bertahun menanti namun belum lagi sampai rezekinya. Begitu bersabar menantikan zuriat penyeri rumahtangga dengan penuh daya usaha dan harapan.

Apa lagi hendak diungkap jika isteri tidak daya lagi oleh kerana trauma detik melahirkan anak sebelum ini...
Bertempis dengan  segala pertanyaan..biasalah itu kan ; ada orang lumrahnya mereka itu dari golongan yang sangat perihatin dengan sekeliling.

"Tak nak ke waris lelaki? "  ..ada juga yang bertanya dan ramai lagi yang menyapa.."Boleh lagi tu..tak kan dua jer, tak nak tambah lagi? " .

Aku senyum sambil menjawab di dalam hati ; "..kalau boleh nak sangat..tapi aku kesian pada dia."
berteka-tekilah sesama mereka dengan mengagak bahawa mungkin rezeki untuk kami mendapat anak lelaki atau anak ke tiga dan seterusnya belum tiba ...

Bagi dia pulak..sambil berseloroh dengan selamba boleh berkata ; "kilang sudah tutup laa. ..nak dapat macam mana lagi ..."

Sebenarnya merancang keluarga atas sebab tertentu dan perasaan trauma (sakit bersalin) anak seterusnya adalah sukar untuk difahami oleh kebanyakan pihak suami ., kerana 'kesakitan' itu tidak dirasakan lantas ada yang mahu menjadikan ia sebagai sebab yang tidak masuk akal untuk bertindak diluar jangkaan.

Antara kenikmatan dan kesakitan kepada seseorang ibu yang melahirkan ; nikmatnaya kalau boleh tiap-tiap tahun mahu beranak sebab prosesnya mudah barangkali  dan jika kesakitan yang dirasa hanyalah besifat datang dan pergi dalam tempoh tertentu , 'kesakitan' bertarung nyawa seolah-olah dilupa begitu sahaja..

aku tidak pernah memaksa dalam kes ini.; aku juga memahami perasaannya cuma berdoa agar dibukakan hati OlehNya ; ...namun aku juga memahami keadaan semasa dimana usia tidak akan menunggu sesiapa, maka itu jugalah logiknya sebagai sebab dan alasan untuk beranak pinak lagi..

Hanis & Nina ..2 putri kesayangan kami.

aku pernah up status di wall facebook tahun lepas ; berkenaan terdapat segelintir ibu-ibu yang mengeluh/frust bila tahu dia termengandung (accidentally) secara sah :

..di antara komen-komen 

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apa motif dia sebenarnya ..emmm..

Monday, March 17, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

[bila lelaki berdiet....]

..lucunya melihat Pcl berlari-lari anak di TS (Berjaya Time Square) semalam :)) , tak pasal-pasal dia jogging anak tangga dari satu tingkat ke ke tingkat lain hanya kerana nak 'membuang hajat' yang sudah dijangka...

saya dah bagitau awal-awal lagi; nanti takut tak sempat pulak...tapi dia kata tak apa , "boleh..boleh...  "

kami ke sana secara tak dirancang , hanya selepas melawat saudara di HKL.

kesian..kesian..berpeluh-peluh muka Pcl, rupanya tandas sedang diperbaiki dari tingkat bawah ke atas ..cuma hanya di sebelah hujung satu lagi saja boleh digunakan...huhuuu. 

tanya kat dia ; serik tak makan ubat diet ?? (merujuk kepada SlimFast Diet) .

"taklah ...cuma tandas TS ni je tak kesian kat abanggg !! "

~Pcl tu sebenarnya eksaited dan tak pernah lagi berdiet secara sistematik macam ni..selalunya belasah ikut suka hati dia... lucu pulak bila lelaki berdiet ; apa motif dia sebenarnya ..emmm..??

- Diana

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Semalam pagi adalah permulaannya untuk Slim !

Saturday, March 15, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments

..silap aku tak beritahu dia siapa yang makan...hihi; semalam pagi adalah permulaannya dan hari ni adalah hari kedua , memang sempoi lah...dah minum banyak memang selalulah ke tandas...cuma buang air kecik ajerrr.. yang besar selepas beberapa jam baru terasa..tergesa? , takda lah sangat... boleh je control hahaa..

#SlimFast Diet

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mentari suram di Pusat Angakasa Negara..

Friday, March 14, 2014 Nazlee Ismail 14 Comments

..Matahari yang dilindungi jerebu yang menebal di Banting khususnya dan Daerah Kuala Langat amnya  . Indeks bacaan dalam kategori BAHAYA;  IPU bersekala melebihi 300.

Gambar-gambar menunjukkan sebahagian dari Bangunan Auditorium, bersebelahan Banngunan Pentadbiran Pusat Data dan Arkib..

Dilaporkan juga sekolah-sekolah di Kuala Langat sudah diarah tutup hari ini.

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bagaimana anda belajar berbasikal dahulu ?

Tuesday, March 11, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

masihkah anda ingat lagi ??

atau anda masih tak pandai-pandai lagi sampai sekarang !!

..kalau ikutkan orang kampung macam aku ni..manalah mampu Abah belikan basikal...cuma yang ada hanya peninggalan aruah atok kami, bergilir-gilirlah kami adik beradik lelaki 'membelasah' basikal yang lebih sinonim dengan panggilan basikal tua .

kalau budak lelaki memang lasak...; basikal ada palang apa ada hal kan...sesekali terkangkang di palang besi memang lumrah orang belajar..

begitulah semangat kental budak kampung yang hanya tahu bersukaria..., nak fikir pasal ekonomi keluarga ..masih belum akil baligh lagi huhuuu.

dah pass naik basikal ..barulah kecek mak bapak minta belikan basikal choper...; BMX jangan harap la...

ok ; aku terkenang masa lalu... #santai petang bersama pakciklie.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tunggu saja kehadirannya... SlimFast Diet .

Tuesday, March 11, 2014 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam ...

TERUJA ...excited ; bila Blogger Mia umumkan aku terpilih antara 40 orang yang berjaya untuk proses kuruskan/kurangkan aset lebih !

klik sini
Entri sebelum ni aku dah hebahkan ; apa yang aku mohon dalam borang...nampaknya telah diperkenankan oleh tuan punya produk iaitu My Beauty Herbs. Syukur Alhamdulillah !

Tunggu saja kehadirannya... SlimFast Diet .

#Terima Kasih Mia Liana dan My Beauty Herbs

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Beriadah musim panas di Lokasi Panas?

Monday, March 10, 2014 PCL 6 Comments

...hari Sabtu lepas...pagi lagi dah ke Sungkai,  kawasan tanah rancangan Felda.

... lebih 20 tahun dulu aku pernah kali pertama  ke sana. ..pehhh!! dah tak berapa  ingat dah  apa yang aku nampak dulu, tapi satu benda !...yang pasti pandangan aku masih ingatkan rupa bentuk rumah peneroka  felda pada masa tu. Rumah papan berderet tersusun rapi di setiap blok bidang tanah..... tapi sekarang dah banyak rumah-rumah felda  tersebut sudah berubah wajah...memang mantap taraf hidup/ekonomi penduduk felda secara keseluruhannya dari tahun ke tahun.

Siapa sangka,  kalau dulunya. ...ada antara saudara mara  yang mendapat tawaran ke tanah rancangan felda pada pringkat  permulaan penempatan mereka. ...sedikit merasa gusar bersama membawa ahli keluarga keluar dari kampung untuk membina hidup baru di tempat yang baru diteroka. Ramai yang berserah kepada takdir dengan nasib kehidupan mereka. Malah ada khabarnya yang hendak 'lari' balik ke kampung asal..... Itu cerita dulu.

Nah ! ..kita lihat sekarang....sahabat-sahabat  kita ada antaranya adalah anak (genarasi ke 2)   kepada  Peneroka ,  bagaimana BAHAGIANYA   mereka dan ibu bapa mereka di sana...aku sendiri kagum dengan berkat susah payah generasi terdahulu terbukti memberikan perubahan ekonomi dan gaya hidup mereka..

....kami sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis walimatul urus sepupu aku di Besout 2, Sungkai Perak.
Dan sebelah petangnya kami menyinggah di Hot Spring Sungai Klah. ..namun ada suara-suara berkata ;

" cuaca panas-panas gini. .buat apa mandi kolam air panas !!"

...tak apalah,  apa pun telahan mereka... kami sekeluarga dapat bersama-sama bersantai di sini...selain kolam air panas , di sana juga terdapat kolam air biasa/sejuk...ramainya ratusan  manusia beriadah sambil menyejukkan badan termasuklah kami kami ni...hihi..

Beriadah musim panas di Lokasi Panas? ...kalau anda tanya apa feel ? jawabnya adalah nyaman dan segar bila usai bersauna di kolam air panas...sempoi !!

p/s ... aku ambil cuti hari ni (Isnin)..haha , selamat berkeja ye kawan-kawan semua..

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Homemade Design Sticker

Friday, March 07, 2014 PCL 6 Comments

Peminat-peminat sticker khususnya pencinta make-up kereta, anda boleh  menempah design-design sticker pilihan. Kesemua design adalah idea sendiri dan ada juga dari idea orang lain serta carian di internet. Namun, diubahsuaikan mengikut situasi dan keadaan.

HMSD ENTERPRISE dengan label HMS adalah sticker buatan tangan sepenuhnya, tanpa menggunakan mesin-mesin yang canggih.. Ini adalah untuk mengekalkan kreativiti pereka design itu sendiri dan keunikan idea... Itu kata Homemadestickers .

Para pelangan boleh menempah design pilihan dan harga pula berdasarkan warna dan juga bergantung kepada kerumitan sesuatu design kerana perkhidmatan yang disediakan adalah  100% buatan tangan.

Di sini kami memaparkan gambar contoh design yang anda boleh tempah, anda juga boleh menghantar design sendiri dan kami akan beri servis print dan tampal sticker.

Untuk keterangan lanjut , hubungi :  (En Firdzaus)
URL page: https://www.facebook.com/pages/Homemadestickers/223351557757135
URL blog: http://www.homemadesticker.blogspot.com/
Email: homemadestickerdesign@gmail.com
WhatsApp : 0192732794 / 0139671644

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Senang cakap lah ..saya ni kurang berdisiplin tentang penjagaan makanan untuk kesihatan..

Friday, March 07, 2014 Nazlee Ismail 10 Comments

[sekadar mencuba nasib isi borang online] ..

..kalau diikutkan ukuran BMI tubuh saya adalah dalam kategori gemuk (25++) memang sedikit tak membahagiakan saya hakikatnya..tetapi sejujurnya bagi orang terdekat dengan saya, mereka tak kisah semua ini namun saya tetap hendak mengembalikan penampilan saya sama atau lebih baik dari sebelum berkahwin. Fizikal yang tidak seimbang ini membuatkan saya cepat berasa letih dan mengantuk. Syukur Alhamdulillah saya mampu lagi untuk mengembirakan keluarga tersayang..syukur..syukur..

Walaupun perbezaan untuk mendapatkan BMI 23 ke bawah adalah tidak ketara namun saya gagal melakukannya dengan hanya berdiet sendiri dan sesekali bersenam. Senang cakap lah ..saya ni kurang berdisiplin tentang penjagaan makanan terutamanya.

Jadi dengan sebab ini saya berkeinginan jika pihak MBH memilih saya untuk mencuba produk Slimfast Diet ini, saya akan mulakan semangat baru dan bermulanya dengan Slimfast Diet saya akan mendisiplinkan diri dalam pengambilan makanan harian saya.

Besar harapan saya semoga pihak MBH memilih saya untuk mengguna dan mereview produk tuan/puan.

sekian , Terima kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapa MBH ? klik sini

Kepada anda yang masih tidak tahu..blur ..berjerebu :)  , sila merujuk ke ...
Giveaway SlimFast Diet : Pencarian 40 Orang Blogger (sehingga 11.59 malam 7 Mac 2014)
Read more: http://www.mialiana.com/2014/03/giveaway-slimfast-diet-pencarian-40.html

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Info Dari Ladang Ternakan Ulu Yam

Thursday, March 06, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dengan kos sara hidup tinggi, maka ramai orang berlumba-lumba untuk menambahkan pendapatan dan menaikkan taraf ekonomi keluarga khususnya..

Terdapat banyak cabang kerja , banyak bidang tugas yang harus diterokai luar dari kebiasaan kita..kadangnya luar dari kemampuan kita , tapi tak salah kita mencuba..menambah ilmu di dada..

Orang kata kalau tak tahu boleh bertanya , tak pandai teknik boleh belajar , tak reti buat kita ikuti kursus dan sebagainya..

Ladang Ternak Ulu Yam (beralamat di sini) ada mengelolakan Kursusu Jangka Pendek (Farm Biz Talk) seperti berikut ;

Waktu : Sehari (9.00 pagi ~ 5.00ptg)
Hari : Jumaat Sabtu dan Ahad
Yuran : RM200 seorang dan berkumpulan RM500.00 (3 peserta) )

Sijil Penyertaan
Latihan Teori dan latihan praktikal
Khidmat selepas latihan
Diskaun untuk pelajar pratikal dari IPTA dan IPTS (Sila bawa surat dari pihak Pentadbiran)

Intipati Kursus
Farm Talk atau Bisnes talk, bagaimana memulakan, Teknik, Pemasaran dan peluang peluang
Latihan Asas Penternakan, Teknik penjagaan dan latihan praktikal.
Khidmat nasihat selepas kursus
Bantuan PEMASARAN

Sila hubungi : Kak Cik (Zaiton Othman)
emel : uluyamfarm@gmail.com

http://www.uluyamfarm.com/

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tonton gelagat penyambut tetamu rumah kami ...

Wednesday, March 05, 2014 Nazlee Ismail 5 Comments

Tonton gelagat penyambut tetamu rumah kami ; Afni Zulaikha dan Syafi Damia.. depa ni lah antara penyeri suasana selain Aqeela dan Mea serta anak kami Hanis dan Nina.

#ceria di hari-hari bersama keluarga tersayang.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Purata sebulan jumlah Roti Canai sebagai menu pilihan .

Wednesday, March 05, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

# Purata 60 keping sebulan untuk Hanis.
# Purata 20 keping sebulan untuk Nina.
# Purata 10 keping sebulan untuk kami suami isteri sharing.

Lokasi : Rostoran Mamak ; Warung Melayu sekitar Banting dan Seri Kembangan.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jubah Untuk Lelaki Melayu

Tuesday, March 04, 2014 PCL 9 Comments

Jubah adalah pakaian longgar yang mempunyai potongan berasal dari Timur Tengah. Malah turut dikenali sebagai Abaya dan sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, kenduri dan juga pada Hari Raya.

Selain Baju Melayu yang cukup terkenal dalam budaya negara ini, jubah turut tersenarai di dalam senarai pakaian tradisional  lelaki yang cukup popular. Walaupun Jubah Untuk Melayu , secara amnya ianya bukan hanya dipakai oleh lelaki berbangsa Melayu, kaum lain juga turut gemar memakai jubah kerana ianya cukup versatile selain mudah dipakai.

Bagi lelaki yang sentiasa sibuk atau tidak suka mengambil masa yang lama apabila bersiap, jubah adalah pilihan yang tepat untuk mereka. Sekadar sarung dan dipadankan dengan beberapa aksesori seperti songkok, jam tangan dan sepasang capal sudah cukup untuk membuatkan anda kelihatan santai namun menarik.

Kini terdapat ratusan jenama yang menawarkan seleksi jubah untuk lelaki dengan variasi rekaan yang menarik. Malah kini lebih mudah bagi kaum Adam untuk mencari sepasang jubah yang menepati cita rasa dan personality mereka kerana koleksi jubah daripada pelbagai warna menarik semakin mudah untuk didapati.

Selain itu online shopping website yang semakin banyak di Malaysia memberikan ruang yang lebih luas untuk lelaki. Mereka menawarkan pelbagai tawaran menarik dengan harga yang cukup berpatutan. Shopping online kini menjadi trend dalam  kalangan pembeli di Malaysia. Pembeli mengakui membuat pembelian atas talian adalah jauh lebih mudah berbanding pembelian biasa. Anda tidak perlu lagi untuk keluar dan bersesak dengan orang ramai di pusat membeli-belah. Wang petrol, tol serta parking juga dapat dijimatkan.

Beli sahaja jubah online di internet dan buat pembelian di rumah. Sambil bersenang-lenang sahaja di ruang kegemaran di rumah, anda dapat beli pilihan anda dengan mudah. Anda juga pasti teruja dengan penjimatan masa yang dapat dilakukan!

Bagi kaum lelaki yang sedang mencari jubah online cantik,  layari www.zalora.com.my  atau lihat blog mereka iaitu The Style Loft Zalora untuk berita-berita fesyen terkini. Mereka menyediakan koleksi menarik pakaian tradisional untuk anda pilih daripada ratusan jenama terkenal antarabangsa dan tempatan.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku suka juga nak menyelit kadang tu..

Monday, March 03, 2014 Nazlee Ismail 12 Comments

....  bila Nina dan Hanis masing-masing dah memiliki smartphone sendiri mula la nak selfie ...lama dah kami perhatikan gelagat anak remaja kami... terkini , memang itu satu budaya ikutan..termasuklah depa berdua beradik nih.

aku suka juga nak menyelit kadang tu .. mamaD, dia lain sikit...malu nak ambil gambar katanya..

kami selalu memantau apa yang depa suka buat dengan phone memasing..., check dalam phone gallery depa apa yang tersimpan... , kalau ikutkan memanglah ada rasa kurang selesa bagi life depa.. tapi demi untuk kebaikan mereka dan bukannya nak mengongkong..jelas itu ditekankan secara baik...biar anak-anak faham !

Apa saja yang depa download dalam phone depa...sebagai ibubapa perlu ambil tau juga.

# ..kata mamaD tak suka selfie, tapi ada jugak tuu !! ....dan ada saja nampak suami dia menyelit di mana-mana :))

12 Comments: