Baju nipis nampak bayang ..

Monday, June 30, 2014 Nazlee Ismail 20 Comments

Allahuakbar !

...Aku suka membelek-belek fb kepunyaan seorang guru/cikguku ;  ..antaranya telah copy paste berkongsi di sini..harapannya agar jangan sampai ada (sesama kita)  yang mementingkan diri tanpa menghirau situasi sekeliling dan keadaan semasa...

versi pantun ..

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH.

# ..yang dah terbaca tahun-tahun sebelum ni ..harap azam mereka ada penambah baikan.
# ..yang baru terbaca, macam aku ni ...sesamalah membaiki diri ; baru masuk hari kedua kan, ..tak sempat lagi ke sana kan .

..teringat akan kata-kata al-Ustaz yang dijemput memberi tazkirah bulanan di sini ;  katanya...
 " saya sudah 2 tahun tak pergi ke bazar ramadhan..., kalau boleh la kita sesama cuba mengelakkan.."

*semuanya bernafsu nafsi belaka , sebab kat situ dah macam pesta..; pesta makan melimpah ruah , pesta fesyen menjolok mata !

perkongsian ini bukan untuk berkempen supaya jangan pergi bazar... tapi,  semua kita berharap kepada orang-orang yang 'mengimarahkan' bazar ramadhan tu (muslimin/muslimat khususnya) lebih peka dengan tuntutan agama kita.

------------------ ;; -----------------------

Q ; macam mana saya nak cari keperluan berbuka puasa?
A ; tepuk dada tanya iman, kalau boleh jalan tundukan pandangan ; mata tutup (pegang tangan isteri) ... :)

Q ; kaw mampooo ?
A ;  insyaAllah.. cuba la dengan berazam .

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Memang dah lama dok perati jer..

Monday, June 30, 2014 Nazlee Ismail 12 Comments

Serius nii...pcl belum cuba !!  ; memang dah lama dok perati jer...geng blogger minum susu kambing Nutri Goat Miracle 8 dengan gaya dan caption memikat hati di Fb dan Ig mereka..teruja pon ada..tak sabar tunggu sahur esok...

Minggu lepas lagi susu tersebut dah berada di tangan pcl namun...hari ni baru dapat green light untuk mulakan projek minum susu (sahur esok) ...

tunggu lah.. pastinya ada kebaikan mengamalkan minuman/makanan sunnah nabi di bulan Ramadhan mulia ini.

instagram @nazleeismail

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Perancangan Ramadhan; Gandakan amalan dengan bersedekah.

Sunday, June 29, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments

..maaf ye kawan-kawan yang singgah sini ; aku harap apam balik gambar bawah ni takda lah sampai membuatkan anda terleleh air liur..haha..

Apam Balik jer Ponnn  !!  sabar ea..

Sedekah apam balik pun OK apa..!

tazkirah subuh tadi, aku nak berkongsi di sini semoga memberikan manfaat kepada kita semua insyaAllah..

tazkirahnya macam ni , aku tulis balik apa yang aku faham dari penyampaian al ustaz .. ;

"dah mula ramadhan ; mulakan dengan perancanga buat sedekah dalam diri setiap orang..., setiap hari mesti ada sedekah yang mesti kita akan buat, ..."

ustaz bagi contoh ; dengan beli / buat apam balik hari ni (sebelum berbuka) kita bungkuskan dan singgah ke rumah jiran tetangga , berikannya sebagai juadah untuk berbuka.. , kalau jiran kita tu kaya raya dari kita..kita kata padanya "ini hadiah dari saya" , untuk jiran dikalangan asnaf/miskin/sama dengan kita.... kita kata "ini sedekah untuk juadah berbuka" ..

Perancangan kita adalah untuk mendapatkan pahala sedekah (memperbanyakkan amalan/pahala) iaitu dengan mengharapkan setiap orang yang berpuasa itu makan dari hasil pemberian kita tadi ...pahalanya akan dapat kepada kita. (memberi makan orang yang berpusa itu besar pahalanya). Kalau seisi rumah tersebut memakannya..alhamdulillah .

pss... ; kita ni bukan tahap Wali Allah  ; itu pasal setiap apa yang kita buat adalah hanya mengharapkan pahala dari Allah swt untuk di bawa ke mati.. ; para Wali Allah , mereka beramal semata-mata untuk mendapatkan keRedhaan dan Rahmat Allah swt...jauh beza dengan kita-kita yang biasa ni.  wallhua'alam.

okay...nanti, kalau la ke bazar ramadhan...beli lah untuk jiran sama :) . Tak perlu beri banyak/mahal...namun ikhlasnya tetap ada.

kalau masak sendiri laaagi bagus !

#perancangan hari ke hari dan kalau boleh biarlah berterusan ..target banyak mana anda mahu bersedekah ?, hanya anda yang tahu !.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kisahnya Hanis dan Nina..

Sunday, June 29, 2014 Nazlee Ismail 10 Comments

Hanis tak banyak cakap orangnya..bila ada kakak nina di rumah buat dia nampak ceria ...kalau tak susah nak dengar suaranya, dia akan cakap bila perlu saja...

..dua putri kami , nina dan hanis berpuasa bersama di hari pertama di rumah ; petang semalam sibuk je ajak jalan-jalan cari makan..macam lah sebelum ni tak pernah makan luar..haha kan saje je !

...ramainya orang di pasaraya ..tempat-tempat makan sesak ..memasing macam nak lepaskan nafsu makan siang hari terakhir Sya'ban yang berbaki sebelum 'diikat'  sempena bulan mulia Ramadhan tiba...macam gitulah nampaknya..

Lepas berbuka kat rumah malam nanti , nina akan balik ke asramanya...tinggallah hanis sorang-sorang...takdalah gurau senda mulut bising dua beradik ni..

#Salam 1 Ramadhan .

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pencarian Blog List Sebulan Ramadhan 1435H @nazlee.com

Saturday, June 28, 2014 Nazlee Ismail 24 Comments

Assalamualaikum..

Kepada Blogger yang berminat untuk blog kesayangan mereka disenaraikan dalam Blog List Ramadhan 1435H di blog ini , sila lah mendaftar URL blog anda di kotak komen entri ini.

(langkah mudah ; dengan komen/letak url blog sahaja ..jika nak komen lebih pun boleh..apa salahnya ) *update

Blog List khas ini adalah untuk semua blog berbahasa Melayu sahaja. (Blog GA/segmen dan seumpamanya adalah terkecuali)

Tempoh berada dalam Blog List adalah selama sebulan Ramadhan.

Tempoh penyertaan ; terbit entri ini sehingga sampai esok malam 30 Syaaban / 28 Jun 11:59 pm .

Ok dah TAMAT ! *update

10 Perkara Yang Ada Pada Ramadhan

1. Puasa
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharap-harapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Hadith Riwayat al-Bukhari )

2. Gandaan Pahala
Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan

3. Berita gembira
Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga)

4. Amaran
Hilangnya pahala puasa
Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad)

5. Zakat Fitrah
Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga.

6. Solat Tarawih
Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya

7. Lailatul Qadar
Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan.

8. Al-Quran
Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini.

9. Keredhaan
Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan.
Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita.

10. Aidilfitri
Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini.

Dengan 10 perkara mengenai Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti ini, Semoga kita lebih berilmu dan bersemangat untuk mencapai Redha Allah. Salam Ramadhan buat rakan blogger, pembaca blog ini dan seluruh umat islam.

Sesungguhnya, Ramadhan boleh menyebabkan kita dirahmati, Ramadhan juga boleh menyebabkan kita dilaknat

Semoga rahmat Allah yang sentiasa berada di sisi hidup kita, dan semoga Ramadhan kali ini terbaik pernah kita lalui

Ya Allah mudahan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik kepada kami dengan segala amal ibadah. Jika ini adalah Ramadhan terakhir maka Engkau anugerahkan kepada kami keampunan dan kerahmatan sehingga ke hari pertemuan dengan Mu. Ameen

#sumber perkongsian ~ salinan  terima kasih.

24 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jadikan tahun 1435H ini Ramadhan yang terbaik untuk diri kita..

Saturday, June 28, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments

...alhamdulillah, semakin kita menghampiri bulan Ramadhan yang mulia mudah-mudahan kita dapat memasukinya terus sehingga berjaya mengakhiri Ramadhan dengan sempurna penuh ketaqwaan kepada Allah swt.

Ahlan Ya Ramadhan-Kedatanganmu dinanti, Pemergianmu ditangisi.

semangat Ramadhan...insyaAllah !

Di kesempatan yang masih ada untuk menanti tibanya bulan umat Islam ini bersamalah kita menanam azam dan tekad serta target apa yang ingin kita capai sepanjang Ramadhan ini terutama peningkatan dalam aspek ibadah, akhlak dan keilmuan kita.

Moga kita semua dapat memanfaatkan kedatangannya yang hanya sekali setahun dan menempuhi madrasah Ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaya memperoleh ‘ijazah’ insan bertakwa di akhir nanti. Marilah jua sama kita memanjatkan doa moga kita sempat untuk dipertemukan dengan Ramadhan kali ini , *beberapa minit lagi masuk waktu maghrib dan mula lah kita berjuang hingga ke garisan penamat bulan Ramadhan.

Kita jadikan tahun 1435H ini Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui dalam kehidupan kita.Ya Ramadhan kami menanti kehadiran mu…!

 Selamat menyambut Bulan yang penuh barakah...

p/s ...makluman kepada semua ; blog list ramadhan masih dibuka...nak join boleh letak/komen kat entri dia. (sini)

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

IKEA - June Sale campaign with Nuffnang Malaysia.

Saturday, June 28, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments

IKEA-June Sale campaign with Nuffnang Malaysia

sejak 27Jun lagi Nuffnang Malaysia sudah mula  iklankan kempen IKEA-June Sale di blog-blog pilihan mereka.

*(tengok iklan terpapar dalam blog ini ~ klik untuk mendapatkan info selanjutnya)

#Tahniah kepada Blogger yang terpilih beriklan dan memilih terus setia bersama Nuffnang Malaysia.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Alahai anakku ; Hanis cukup risau..

Friday, June 27, 2014 Nazlee Ismail 16 Comments

...Hanis Umairah ; anak manja mama..dia cukup risau sebab abahnya kena datang ke sekolahnya ..jumpa guru kelas dia petang nanti.

Bukan abahnya sahaja ....tetapi melibatkan semua ibu/bapa/penjaga keseluruhannya.

Kebiasaannya..lepas peperiksaan penggal memang dapat surat jemputan dari sekolah, semua sekolah dalam Malaysia rasanya telah mengamalkan konsep sama...suatu tindakan yang harus diberikan pujian kepada pihak sekolah..

Hanis.... ; Risau dia bukan apa...cuma takut aku bebel lebih dengan cikgu dia tentang 'perangai' sebenar... Cikgu tanya dan aku selalu berlebih cerita.. sebelum-sebelum nilah..kesian dia. Alahai anakku..
*semalam nampak dia bisik sesuatu kepada mamaD...ada masej rupanya ; sesuatu yang aku terlepas pandang..

MamaD siap pesan dengan aku masa sarapan tadi.. "..nanti masa jumpa cikgu , 'cool' sikit jangan cerita sampai rasa 'down' dia pada cikgu pulak... "

Aduuuh..taktau pulak anak aku terasa macam tu..

#..baru aku ingat tentang musyawarah dalam keluarga itu penting sangat !

Kekadang anak-anak tak mau cakap banyak pada bapanya...lebih-lebih lagi permasalah dirinya / sekolahnya ; anak gadis terutamanya lebih merujuk kepada ibu..biasalah tu kennn !

Okayy...

*Dlm meeting tergiang ngiang pesanan mamaD tu..

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PERASA RASPBERRY YANG UUUUUUMPHHHHH !!

Thursday, June 26, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments

Slim Fast Diet , produk keluaran My Beauty Herbs ;

Jus Bunuh Lemak Paling Lazat...PERASA RASPBERRY YANG UUUUUUMPHHHHH......tak perlu menutup hidung lagi semasa meminumnya !

Minumlah kordial sedap ni. Saksikan sendiri bagaimana jarum timbangan menurun dan membuatkan anda lebih rasa sihat, muka terbentuk dan badan lebih Firm!

SLIM FAST DIET - Menurunkan berat dan turut memantau selera !! Pilihan yang tepat dengan pelbagai  keistimewaan antarannya ;

Mengawal paras kolestrol
Membuang lemak tidak baik sebelum sempat diserap ke dalam badan
Mengawal glukos darah
Membuang toksin dari kolon
Melegakan sembelit
Meningkatkan metabolisma

a) Harga Jualan SlimFast Diet RM45.00 Semenanjung Malaysia, RM49.00 Sabah/Sarawak 
b) caj pos ; 
 Semenanjung 1-2 kotak = RM7  , 3-4 kotak = RM9 more please ask* 
 Sabah/Sarawak 1-2 kotak = RM10 ,  3-4 kotak = RM12 more please ask* 

 Tunggu apa lagi buatlah pesanan melalui Dropshipper My Beayty Herbs : 

Email : nazli.angkasa@gmail.com 
whatsaap : 0174009726 
fb pm : Nazlee Ismail (klik sini)

---------------------
Q ; nak tanya cara terbaik minum SFD dlm bulan puasa ..minta cadangan sis MBH ?
A ; Hai sir, boleh minum semasa buka puasa atau semasa mengambil sahur ya.
Q ; .. takut sebab siang hr berlaku kekurangan air dlm badan kalau makan selepas sahur. (info).
A ; Sir ambil masa buka puasa...

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Reader's Digest tawar cek RM625,000

Wednesday, June 25, 2014 Nazlee Ismail 35 Comments

Woww...!! , kalau lah betul
...siapa yang nak tolak rezeki kenn !

Pagi tadi selepas dari mesyuarat ; balik ke meja ..ada sampul surat yang lain sikit dari biasa..tebal semacam jer..dan banyak chop sana sini ..ada tertera PRIZE ON HOLD ! , surat dari Reader's Digest.

Korang tau !...aku berpeluang dan tersenarai dalam finalis untuk dapat cek bernilai Rm625,000. dan juga kereta, yang hairannya..mana dorang dapat details akuu ?? .

aku tak cuak sangat sebab sudah dimaklumkan sebelum ini dengan kehadiran surat pertama dari mereka.
*Rider's Digest ni memang dah lama aku 'kenal' sejak zaman sekolah menengah lagi...strategi mereka nak dapatkan pelanggan majalah keluaran mereka secara berkala.

Cuma , buat aku tergagap sikit bila sesekali didesak oleh mamaD..dia macam teruja pulak suruh aku ikuti kesemua arahan dalam surat tu. Aku tau bukan mudahnya ..orang nak bagi duit yang jumlah banyak macam tu..Pasti ada syarat yang ditetapkan..

maaf cakap , 'perangkap' mereka mungkin mengena ! ...katakan lah dalam Malaysia ni dorang sudah hantar surat ke 1 juta orang .., sasaran dorang andaikanlah dalam 10 ke 15 peratus untuk melanggan majalah mereka. Congaklah tengok ? ..banyak tu..ken !

Ini tidak salah , dan aku tidak mengatakan Reader's Digest telah membuat naya penerima surat....cuma kita ni sebagai penerima seharusnya berfikir banyak kali...adakah atau mungkinkah ia betul berlaku? jika was-was baik tak payah dan abaikan saja..

#pendapat aku je lah...*hati-hati membuat pilihan.

Q : Anda ada pengalaman dengan RD? ...boleh kongsikan.

35 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bicara tentang usia dan kegemukan ..

Tuesday, June 24, 2014 Nazlee Ismail 21 Comments

Adakah anda menerima kegemukan sebagai lumrah dan takdir bila usia meningkat ?  Tidak semestinya..ken !

Sebenarnya kegemukan ketika usia meningkat adalah disebabkan kurang aktif bersukan atau senaman disamping makan berlebihan.

Memang ada orang secara genetik menjadi gemuk, orang-orang ini memang sukar untuk menurunkan berat badannya berbanding dengan orang yang genetiknya kurus. * usah gusar kepada yang berbadan besar dengan kurniaan Allah swt itu, ..seharusnya lebih bersyukur kerana kesihatan anda lebih baik dari orang yang kurus.

kita bicara tentang usia dan kegemukan eh... please ya, jangan ada yang terasa hati dan jauh hati dengan pcl okay ;).

stok susu kambing #ngm8 #nutrigoat dah tiba...
tunggu review pcl nanti fb/ig/blog
insyaAllah dalam masa terdekat.

Pemakanan yang teratur dan seimbang serta sihat harus diutamakan. Senaman yang konsisten dilakukan dengan baik dapat mencegah kegemukan di usia tua. 40an dah bukan belia lagi.. dah kira tua tu ..ken? selalu lah sedekah senyuman..agar awet muda ;  senaman untuk rahang dan dagu :) *ok lahhh.. dah tu.

Selain daripada faktor alamiah yang menyebabkan meningkatnya jumlah lemak dalam tubuh badan, terdapat beberapa perkara yang menyumbang pertumbuhan lemak tersebut :

.. makan macam orang lain makan ; timbang berat badan ...hasilnya macam yoyo ! naik banyak berkilo, turun sikit..bergram saja haha kenn ! kena ubah pola makanan. Pola yang tidak berubah seperti orang-orang muda yang berusia 20-30an adalah satu amalan yang salah, walaupun orang tua tidak banyak makan seperti mana orang-orang muda .

Selain tu semakin tua, semakin kurang aktiviti sukan..ini lumrah bagi masyarakat orang kita khususnya. ; jika nak buat perbandingan dengan bangsa lain...jauh beza. Tapi tak semua ....sekarang dah semakin ada kesedaran timbul dalam setiap orang tetang penjagaan kesihatan sedari awal / muda lagi...tak lah dah tua baru terhegeh-hegeh jogging. *(masa berkualiti lebih tertumpu kepada melakukan amal ibadat, itu sebaiknya disamping kesihatan kena jaga).

Dengan bertambahnya usia, setiap orang akan kehilangan sebahagian dari otot-ototnya sementara lemak akan bertambah di bahagian tertentu dalam tubuh badan mereka. Maka tak hairanlah nampak benjol sana sini.. *dah terhantuk baru nak terngadah...; okay..aku selalu perhatikan gelagat orang bila duduk sesaja..

#Bila perhati gelagat orang , akan nampak dalam diri sendiri macam mana?..peringatan untuk diri yang semakin menuju kertua nih..huhuu.

#Cuba sibukkan diri kita dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Dengan kata lain, kita harus berusaha dengan penuh kesedaran dan kemahuan untuk memanfaatkan kemampuan untuk melakukan sesuatu.

#Bahagia akan datang bila kita melakukan sesuatu yang indah, hanya kemalasan menumbuhkan kesedihan.

21 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Datang gym bukan nak bagi otot besar..

Monday, June 23, 2014 Nazlee Ismail 16 Comments

...ada seminggu lagi lebih kurang hari kita nak masuk ke bulan Ramadhan..
Bulan Ramadhan banyakkan amal ibadat dan masa sama kesihatan perlu dijaga..senaman ringan perlu ada ; aku punya hasrat lah kan..mudah-mudahan Allah swt berikan kekuatan beristiqamah dalam beramal dan kesihatan nih.

Minggu lepas ada geng kerja ajak datang gym setiap petang lepas kerja...katanya nak warm-up buang peluh yang lama-lama tersimpan..ahh macam tak logik je dia cakap macam tu.. ; APA..dia tak pernah berpeluh ke sebelum ni? haha..

Kejap lagi pukul 6 dah janji tunggu di gym kuarters. Guna peralatan di gym sini sememangnya percuma.
Bawah ni gambar petang semalam.. Serious!...mamaD tak bagi aku letak gambar dalam blog buat gaya mulut macam ni..

Okay jer kenn !!

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog PCL kali ni tampil dengan wajah baru ...

Monday, June 23, 2014 Nazlee Ismail 24 Comments

Assalamualaikum... salam ceria hari isnin ..

*(pagi lagi dah masukkan gambar ke Instagram dengan wajah something gitew...haha)

okay..

Blog PCL kali ni tampil dengan wajah baru , template dari New Blogger Themes ; memilih Tungsten yang mempunyai 2 kolum iaitu sebuah template Blogger Responsif sepenuhnya dengan skim warna yang digemari. Kalau sebelum ini, background pilihan adalah warna oren...namun hitam juga keakhirannya menjadi pilihan pcl.

Template Tungsten Blogger mempunyai featured content slider, drop-down menu navigasi, butang sosial, sidebar kanan dan lebih banyak ciri lagi... tak habis aku nak selongkar kesemuanya...

dari semalam lagi menggodek dan pagi ini secara rasmi ia bersiaran di www.nazlee.com.

insyaAllah,  dengan harapan template ini akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada tuan blog, dan memberi nafas baru kepada pembaca yang setia berkunjung di sini sejak dulu lagi...terima kasih diucapkan.

..aku telah print skrin beberapa buah blog seperti gambar-gambar di bawah yang mana kelajuan paparan blog mereka diuji untuk aku buat perbandingan...

..dan , gambar bawah ini menunjukkan blog PCL ; loading below 10 seconds , anda juga boleh test speed kalau nak tahu prestasi loading blog anda. (klik).

#perubahan layout / susun atur widget akan berlaku dari semasa ke semasa dan loading time blog adalah bergantung kepada penambahan/pengurangan widget yang difikirkan perlu/tidak...*just info.

24 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Susu Kambing !

Friday, June 20, 2014 Nazlee Ismail 25 Comments

..alhamdulillah yang dinantikan sudah ada di tangan;  terima dengan selamatnya #ngm8 nutri goat !

Yeah...sat lagi nak balik rumah , masalahnya nak kendong mendalah tu naik basikal.. haha camana tuh!

OK ! ..kekal aktif selalu..

Alahhh... 2 kotak susu kambing jer pon..bukannya nak tanggung  kambing sekor !! wakaka..

25 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Basikal Hanis jadi mangsa..

Friday, June 20, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments

..okay ; tak sangka aku boleh buat kayuhan setiap pagi ke pejabat..

Selalunya aku ambil masa pecut dari rumah 10 minit sebelum jari aku sentuh finggerprint scanner record  ---> 07:59

Aku bukan nak santai-santai makan angin; bagi keluar peluh pagi adalah matlamatnya....
Pandangan dan sapaan kawan-kawan jadi semangat untuk aku teruskan berkayuh lagi walaupun di masa bulan Ramadhan nanti...insyaAllah .

Aku sanggup buat sebab jarak rumah ke tempat kerja aku dekat jer...
#nostalgia zaman sekolah rendah bermula..
...basikal hanis jadi mangsa ; Oren !!

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mini Lowyat ?

Wednesday, June 18, 2014 Nazlee Ismail 20 Comments

Keghairahan membeli gadget semakin menjadi jadi, apa lagi dengan wujudnya 'mini lowyat' di lokasi kami ni.. Dari segi penjimatan kos, masa dan kepuasan ; tetap ada perbezaanya namun itu bukan alasan bagi shopaholic untuk setia di depan  komputer melayari web web kedai online.

"dah berpuluh unit smartphone dan aksesori sudah terjual melalui perkhidmatan 'mini lowyat' yang terwujud secara tidak dirancang...mungkin? "

Kebiasaannya kejadian serbu 'mini lowyat' seperti gambar-gambar di bawah itu berlaku  hanya pada waktu rehat sahaja..... ; tidak mengganggu sama sekali waktu kerja masing masing...; ini aku akui ...dan mereka adalah pegawai yang komited dengan tugasan memasing ..

Dalam reramai tu , aku la salah seorangnya yang dah selamat sambar satu gadget ! emmm..buat selfie macam dah jadi kemestian pulak !! haha..

ni la dia gadget ; bluetooth untuk guna bersama monopod
semasa selfie.. ~ lupa pulak nama ke benda nih :)

#harus diingatkan ....kena bijak membuat pembelian secara atas talian (online) ; jangan main serbu ajer..kitorang kat sini ada pakar tau , ... yeahh.... Shah Lowyat  terbaik !

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Giveaway Cash RM150 MrJocko

Tuesday, June 17, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments

Halooooo...nampak ringgit tu ?? , aa harr ...kasi klik gambar tu la kalau mau join , bukan mudah tapi tak la susah sangat... jadi blogger memang murah rezeki kalau kena gayanya...

Macam blogger penganjur GA nih, MrJocko rezeki berlebih beliau dapat,  lalu berkongsi dengan pembaca blog dengan cara ini...

korang jangan lepaskan peluang yang ada , join giveaway ni sebelum tamat tempoh pada 22 Jun 2014 .

tu jer...nak balik kerja dah...k baii !

p/s thnks Deno...pcl terjah dari blog deno.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Melembutkan hati suami/isteri/anak yang degil, yang tak mahu solat..

Tuesday, June 17, 2014 Nazlee Ismail 24 Comments

Assalamualaikum wbt..

mudah mudahan tidak terjadi di kalangan keluarga terdekat kita..apa yang disebutkan pada tajuk entri ini. ..Sesuatu yang kita inginkan adalah kebahagian dalam sebuah ikatan kekeluargaan ; jika hijrah kita cuma diri kita sahaja,  ingin membuat amalan kebaikan bersendirian...kita lupa pada ahli ahli yang lain. macam mana tu?

kita mohon doa kepadaNya agar dapat dilembutkan hati untuk bersama-sama kita.., jangan jemu untuk berusaha...insyaAllah.

di sini saya kongsikan Kelebihan Surah Taha ayat 1-5 sebagai doa untuk menghilang rasa malas mengerjakan solat, degil dan melawan kata ibubapa.

doa pelembut hati dan pendinding diri ~ Surah Taha (ayat 1-5)

setelah membaca doa ini 3x hendaklah dihembuskan ke muka yang tersayang anda semasa mereka sedang tidur nyenyak, apabila mereka sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu.

semoga memberi manfaat, berkongsi dari sini.

24 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Instagram PCL ; mai la follow ...

Monday, June 16, 2014 Nazlee Ismail 27 Comments

assalamualaikum... cakap pasal akaun InstaGram aku dulu dah pernah ada sekitar Dec 2012...senyap lama , masa tu malas nak update, habis padam kebanyakan gambar-gambar yang telah dikongsikan..

dan sekarang ni ...aku dah mula balik dengan IG,   salah satu sebabnya nak pantau anak-anak terutamanya, dorang ada IG , dan sangat aktif terutamanya anak sulung kami....biasalah bebudak zaman dorang sekarang ni...Kita kena ikuti tapi bukan nak mengongkong mereka  *anak harus faham tentang ni ..(kalau ibu bapa tak tau apa degan dunia IT, jangan pula mengata mereka kolot dan seumpamanya pulak...jangan sekali-kali tau !)

Smartphone baru dah oder , belum ada ditangan lagi ....ada smartphone baru, semangat pun baru :) ..dan mahu aktif semula dengan Instagram ni.. dan inilah sebab yang keduanya.

okaylah...dan satu lagi last ! ... kepada sesiapa pembaca blog ni yang ada hati nak follow IG pcl boleh la ...silakan  @nazleeismail

#instagram = instan-telegram , sosial media untuk berkongsi gambar secara spontan ~ guna sebaiknya dengan berhemah.

p/s ..terima kasih kepada yang sudah follow. (saya tiada masalah untuk follow ig anda) .

27 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PEHA BESAR? LENGAN BESAR? PERUT BUNCIT?

Sunday, June 15, 2014 Nazlee Ismail 22 Comments

Jika diibaratkan ia seekor ayam, maka bahagian yang paling 'best' untuk diratah ialah 'drumstick' ..close-up sikit ;  ahaha ha..tak payah lah yer.
___________________________________________

Masalah PEHA BESAR, LENGAN BESAR dan PERUT BUNCIT  pada susuk tubuh anda boleh di atasi dengan kaedah slim kan bahagian tersebut menggunakan produk My Beauty Herbs iaitu kordial SFD (Slim Fast Diet).

Fahami mengapa kita menghadapinya.
Contoh : Bagaimana SLIM-kan peha yang besar/gelebeh.

Kita pelajari struktur peha kita. Seperti gambar di atas, ada beberapa lapisan yang membentuk peha.
1) Lapisan pertama : Kulit
2) Lapisan kedua Lemak (warna kuning)
3) Muscle (warna merah)

Apabila kita makan tanpa seimbangkan dengan senaman yang berpatutan, warna kuning itu akan semakin tebal dan membuatkan bahagian badan kita besar. Kesimpulannya : Kita perlu pantau pengambilan pemakanan kita dan seimbangkan dengan senaman ringan yang berpatutan. 

Tidak boleh pantau selera mahupun tidak tahu kalori/makanan yang perlu dan tidak perlu diambil?
Mudah saja caranya  - Minum sahaja 1x kordial SFD setiap hari. SFD akan dengan semulajadi memantau selera anda, memberikan nutrisi seimbang untuk badan anda, anda akan lebih cergas, rasa sihat dan bertenaga. 

Yang bestnya - ukurlah bahagian badan anda selepas 10 hari. Anda pasti tersenyum lebar dengan kepuasan tinggi...haaa tak pecaya cubalah  ; Selamat Mencuba !

*Produk Kesihatan Untuk Lelaki dan Wanita

a) Harga Jualan SlimFast Diet RM45.00 Semenanjung Malaysia, RM49.00 Sabah/Sarawak 
b) caj pos ; Semenanjung 1-2 kotak = RM7    ;   3-4 kotak = RM9 more please ask* 
 Sabah/Sarawak 1-2 kotak = RM10   ;  3-4 kotak = RM12 more please ask* 

Pesanan boleh melalui Dropshipper My Beayty Herbs : Email : nazli.angkasa@gmail.com ,whatsaap : 0174009726 , fb pm : Nazlee Ismail (klik sini)

22 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Happy Birthday Nur Hanis Umairah (13) .

Saturday, June 14, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Hanis Umairah ~ iras muka abah dia ?? 

Mygurls ~ Nina , mamaDiana, Hanis

 ..dah 13 tahun umur anak perempuan aku nih..., manja sememangnya sebab dia yang kecik sekali. , anak kami hanya ada dua orang ni sahaja buat masa ni...;  tahun depan terpaksa masukkan dia ke asrama sekolah dia dengan persetujuannya juga.., maka berpisah lah seketika kami dengan dia nanti...itu pun kalau ada kekosongan asrama tahun depan.. , sebab apa kami nak jugak-jugak masukkan dia ke asarama...emmm hanya Hanis Umairah sendiri boleh jawab ! .. tapi untuk kebaikan pembelajaran dia,  kami sebagai ibu bapanya  lebih perihatin dan berikan keutamaan dalam menagani masalah study dia...

elok lah , kedua-dua beradik ;  Husnina dan Hanis tinggal di asrama ..kalau boleh buat sesuatu yang membanggakan keluarga . Harapan kami sebagai ibu bapa ~ ingin melihat kamu berjaya sebagaimana yang kamu impikan ...

Hanis Umairah ; Selamat Hari Lahir semoga sentiasa menjadi anak yang sentiasa beriman dan beramal solehah .

"HAPPY BIRTHDAY"

hadiah besday yg ke 13 ~hanis 2014

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mengajak pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt..

Friday, June 13, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Assalamualaikum wbt..muslimin dan  muslimat !

...orang yang selalu terlibat dalam kegiatan masjid akan memperoleh nilai dari ayat yang muhkamat, memperoleh teman yang lurus, ilmu yang benar, rahmat yang ditunggu-tunggu, memperoleh kalimah yang bermanfaat dan mendapat taubat yang tulus..,  oleh itu dekatilah masjid dan orang-orang di dalamnya..

Mengajak anda dan diri ini pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt ; mendekatkan diri kepadaNya .

Ramadhan semakin hampir , ramai dikalangan kita akan memanfaatkannya untuk memulakan perubahan dalam diri terutamanya sesuatu yang ke arah  lebih baik dari sebelumnya..

Kalau siapa yang masih belum ada permulaannya, mulakan lah hari ini...kerana setiap perubahan itu perlukan permulaan. Jangan bertangguh...kelak diri sendiri yang rugi , ..beribadatlah selagi badan punya kudrat masih sihat dan kuat.

Jagalah perintah Allah, perkenalkan lah diri kepada Allah,  ketika kita dalam keadaan longgar nescaya Dia akan mengenali pada saat kita dalam kesusahan. Minta lah kepadaNya.

Jadilah orang yang bahagia.., orang yang bahagia adalah orang yang mengambil pengajaran daripada hari kelmarin, menghalang dan mengawasi terhadap diri sendiri, menyiapkan diri untuk alam kubur dan selalu berasa diawasi oleh Allah baik pada saat terang terangan mahupun tersembunyi..

wallhualam.

program tazkirah ini tidak disiarkan di mana-mana chanel tv ...harap maklum !

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selfie bersama Angah Judin dalam program rakaman takbir raya ..

Thursday, June 12, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

..ada juga rakan se agensi merangkap rakan blogger aku di program rakaman takbir raya JAKIM/RTM pagi tadi..., sempat berselfie dengan Angah Judin, mungkin ramai geng blogger terutamanya KBBA .. (Kelab Blogger Ben Ashaari) sudah mengenalinya.. Beliau bertugas di kampus di Kuala Lumpur.

PCL bersama Angah Judin
pcl di depan bersama staf Angkasa
Angah Judin ...juga di depan bersama staf Angkasa

..pagi lagi dari pejabat Angkasa, Banting menuju ke JAKIM, Putrajaya...sampai kira-kira pukul 9 lebih...sarapan dan touch-up muka lebih kurang oleh  juru make-up..terus kami ke set rakaman..., tak mudah rupanya 'kerja' dorang... kena banyak kali testing...tapi segalanya berjalan dengan lancar..

Vokalis mengetuai takbir raya hanya diperlukan dua orang sahaja... seorang dari Imam Kampung (Kampung Sungai Lang Tengah, Banting) dan sorang lagi Ketua Pengarah ANGKASA..., back-up  tak dapat mangalunkan suara , hanya sekadar back-up sahaja :(   ...penat test vokal dalam kereta sorang-sorang dari semalam lagi..kah..kah.. ;)

Apa pun semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...bagi yang hendak menyaksikan di TV siarannya adalah pada malam (hari Raya) ..raya puasa dan juga raya haji turut disiarkan berulang kali kata penerbit..di RTM ye.. :)

Program tamat sebelum 12pm dan kami dijamu makan tengahari sebelum balik ke pejabat .

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Semangat nak Takbir !

Thursday, June 12, 2014 Nazlee Ismail 5 Comments

..ye awalmya pcl sampai opis pagi ni.. okay, hari ni ada rombongan Raya ke JAKIM, ..program rakaman Takbir Raya !

semangat tu terlebih..macam nak pegi nikah pulak !. mamaD pepagi dah pos wall fb dia.. "..butang baju abang mana pah ?" hahaha...macam bisalah kan..selalu baju butang tak kejumpaan pepagi ni.. well..

ok bai ...

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Fahami minat pasangan anda ..

Wednesday, June 11, 2014 Nazlee Ismail 16 Comments

haa tengok tu model payung merah....

...hokkay !...takde nya model model.. , sebenarnya aku nak bagitau yang kami ni tengah bersantaian ditepian sungai... Sungai Langat yang banyak dalamnya terdapat ikan patin. Inilah moment semasa menanti ..., menanti dengan kesabaran yang tinggi , bila lah mata kail nak disambar patin...

Model Payung Merah ...tak boleh belah !!
fahami minat pasangan anda ...insyaAllah.

....bila petang sikit membawa ke malam barulah satu per satu joran mengena , bila dah 'mengena' kegilaan terus melanda...

#kakipancing memang takleh tido malam asyik teringat jer bila nak sembat joran lagi !

#masa-masa sebegini lah kena bawa isteri...biar dorang tau / saksikan macam mana...dan tak lah membebel jika sekalipun mereka tak berminat.

#fahami minat pasangan anda ...insyaAllah.

Lokasi : Sungai Langat , Banting  (belakang tapak pasar malam) .