Motosikal lama Ayahandaku..

Thursday, July 31, 2014 Nazlee Ismail 10 Comments

Okay...sebelum bertolak dari kampung  #abahselfie sat..haha bukannya apa , ada benda nostalgik kat belakang rumah tu....

Pemandangan sawah padi yang baru sudah siap dituai..memang meriah, meriah orang kampung berhari raya dengan hasil padi ; tahun ni pendapatan masing masing agak lumayan..senyum je orang2 kampung ..kalau ditanya bebudak dapat collection duit raya banyak tak?

...biasa , kurang lagi dari tahun lepas...ehh macam mana tu?

BERJIMAT CERMAT MUNGKIN !

Alhamdulillah..walau mewah sekarang tak semestinya nak dihabiskan masa tu jugak kan..

Dalam gambar ; motosikal Honda CG125, dah jadi 'tukun darat'...motosikal tu la aku belajar tunggang...haha serius nostalgia lagi motorsikal ada clutch tuu..dah berkarat tapi body masih steady...acah jerk !

Lepas bergambar terus balik San Pedro..

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Raya 3,4 Syawal di Perak.

Thursday, July 31, 2014 Nazlee Ismail 5 Comments

Assalamualaikum...

Salam pagi Syawal ke 4 hari ni...alhamdulillah moga ceria semua pengunjug blog aku ni.. yes good ..terbaik !...masih mabuk rendang? Termakan banyak masa rumah terbuka??..apa pun di samping menjaga hubungan silaturrahim sesama kita...kesihatan kena jugak dititik beratkan...senang dan selesa untuk kita buat sesuatu yg lebih utama iaitu beribadat mendekatkan diri kepada Allah swt.

Pcl kini berada di kampung halaman @ Kampung Parit Teluk Pial, Jln Baharu Parit Buntar Perak.

Baru petang kelmarin tiba di Parit Buntar setelah menghadiri mini reunion exschoolmate sekolah menegah kami iaitu SMK Seri Perak Parit Buntar.

Okay cerita sikit bab mini reunion ni ; ..bermula dari group whatsaap kami plan dan ianya menjadi kenyataan walau jumlahnya kecil...sebab mungkin ramai punya komitmen dengan kerja dan famili terutamanya yg tak dapat dielakkan..meriah itu tetap terpancar di wajah memasing kaminyang hadir kerana di antara kami ada sebahagian rakan yang sekian lama terpisah kini bertemu muka semula secara realiti...keakraban dalam membentuk ukhuwah berpanjangan.... ukhuwah fillah abadan abada . Walau dalam sekala kecil namun ianya tetap bermakna bagi kami.

Untuk makluman pembaca blog ini, ..perjumpaan kami kali ini adalah yang ke dua di lokasi sama...dan keseluruhannya sudah berlalu 4 kali perjumpaan kalau tak silap ....(pcl join yg ke 2 dan yg terkini).

Kalau boleh upload..aku akan kongsikan gambar beberapa keping kat blog ni..tp kalau tak dapat upload...blh tengok kat wall fb aku nazlee ismail (ada yg blm jadi friend..blh la , silakan add).

Okay...sebelah malamnya , malam tadi sambung beraya kat rumah adik....anak yang best bab raya ni....kita yang tua ni kena ajak depa kenal sanak saudara .

Pss...sejuk suasana pagi di kampung , tapi sayangnya capaian internet amat lah dukacita..namun blogger ini gigih juga berkarya....*clap..clap..clap.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

NUFFNANG CPUV ; tengah galak !

Wednesday, July 30, 2014 Nazlee Ismail 15 Comments

Assalamualaikum...

Susah nak dapat dan saksikan kegalakkan CPUV Nuffnang yang berlaku di musim cuti ...
Maksud aku ; ramai blogger cuti blogging...cuti buat entri di blog masing masing.

Kepada blogger yang sentiasa perihatin dengan advertiser nuffnang ni ..anda memang la selalu dok bukak check tengok apa perkembangan terkini kan?

Sesuatu yang sering terjadi ...bila blogger rajin update..blognya akan jadi perhatian para pengiklan walaupunn...haha walaupun orang tak ramai yang sudi singgah baca di waktu ini..

Blog jadi sunyi sepi..aku akui, aku juga begitu....maklumlah kan , salah satu punca line internet lembab, blogging guna handphone...susah dan kebanyakan blog memang tak mesra iklan...entah la..blog ini pon aku sendiri tak pandai nak buat .

Jadi...kesimpulannnya, siapa rajin dia ada peluang @ anda buat anda dapat..dapat menarik perhatian mereka..

Terima kasih nuffnang !.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Abah Selfie lagi black & white

Tuesday, July 29, 2014 Nazlee Ismail 6 Comments

Assalam...

Malam ni rasanya ada masa nak tengok gambar yang banyak dalam kad memori henfon..

Rajin sungguh anak anak aku berposing ..suka sangat berselfie.

#abahselfie jugak... black & white

Ini malam raya ke 2, ...dah tak tau nak beraya ke mana.

Tadi baru lepas menjadi pak supir kepada gegirls kat rumah ni nak shopping tudung kepala...katanya.

Okalah..dapat beli satu helai tudung , jadilah...sebenarnya nak hilangkan rasa bosan tu...santai santai di Aman Jaya Mall..

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pagi 2 Syawal ..

Tuesday, July 29, 2014 Nazlee Ismail 4 Comments

Hari ni masih lagi kat Sungai Petani..
Pagi lagi cuaca mendung menanti hujan turun..

Kalau sebelum ni ..cuaca di Kedah adalah sangat panas dan kering..ada pun hujan sebelum malam terakhir ramadhan sekali..tapi panas membahang dalam rumah yang padat dengan ahli keluarga  berkumpul untuk menyambut Syawal tiba.

Alhamdulillah..turun juga hujan dengan lebatnya...sempat #abahselfie satu gambar tadi...

Yeah...nampak sangat muka dah naik tembab sebab tidur selepas makan banyak pada raya pertama semalam.....haha kan kan..

Beraya di kampung mana boleh nak diet bagai...kesianlah kan kepada orang yang sediakan juadah tu..*alasan

Salam Syawal ke dua...selamat berpuasa sunat kpd yg mengerjakannnya.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

RAYA PERTAMA DI SUNGAI PETANI

Monday, July 28, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Assalamualaikum..

Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga...dari diriku sendiri ; ampun maaf kosong kosong terutama kepada bloggers dan readers blog ini .
Semoga raya anda begitu bermakna kali ini bersama mereka yang tersayang..
Dari MamaD, Nina dan Hanis...pon sama juga..

Ibumertua dari semalam lagi dah siapkan rendang ayam dan itik masak samah untuk dihidangksn bersama ketupat daun palas ; juga nasi himpit.

Selepas takbir raya dan solat sunat hari raya di masjid SgLalang...aktiviti kami dimulakan dengan makan bersama keluarga ; bermaafan; bergambar dan berkunjung ke rumah sanak saudara..

Tahun ini...dan kebiasaannya pun pakaian raya kami adalah tidak sedondon warna macam sesetengah keluarga lain.

Raya pertama sememangnya meriah..dan ianya aku gambarkan melalui foto di sini..

P/s...susahnya nk upload entri bergambar di kala internet waktu puncak..tak tau bila boleh lepas..haha mana yg ada ajelah...banyak kali dah cuba ni..kesiannya aku..

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Meriahnya kalau...

Sunday, July 27, 2014 Nazlee Ismail 4 Comments

Pagi ni ke pasar Taman Ria Sungai Petani...beli ayam, santan dan kerisik..

Harga ayam proses rm7.80 sekilogram..beli 3 ekor, aku tak sempat nak rakam gambar kesibukan rakyat taman sekitar sibuk membeli belah..

Okay pulak hari rezeki murah...dapat diskaun ...tinggal rm7.00 sekilo jadinya total rm39.50...pi kaunter tokeh tu bagi diskaun lagi lima kupang...huhu sempoi deal dengan orang mudah urusan ni..doakan depa semua cari rezeki sambil beramal.

Santan kelapa rm10.00 sebungkus plastik besar..tak tanya pulak berat berapa kilo..pakcik tu kata..."santan ni ori..perah terus masuk plastik..." ..maksudnya pekat lah tu..tak campur air banyak...tapi pakcik tu kira rm18.00 saja untuk 2 bungkus yang dibeli..

..dah pakcik tu bagi diskaun, aku beli kerisik pulak....haaa kali ikut harga sebenar.

Semuanya kos disponsor oleh akak ipar yang baru sampai pagi tadi..

Meriahnya kalau...

Hurmm... memang tak dapatlah rasa masa macam dulu dulu..nak ayam tangkap dalam reban sendiri...nak santan , kopek buah kelapa pokok sendiri...perah sendiri.....terasa lebih nikmatnya.

Ye lah kan...zaman dah berubah. Terima saja dizaman mana kita berada..dan ikut rentak, jangan menidakkan sesuatu yang benar berlaku..

Anak remaja sekarang pun dah tak macam dulu... pandai ke kacau dodol?

hurmm...makan dodol pon tak hingin..sadisnya ! ..kesian opah susah buatkan untuk cucu cicit makan ...tak dijamahnya..

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bagus ada simpan gambar lama..

Saturday, July 26, 2014 Nazlee Ismail 3 Comments

Assalam..

Bila dah kelamaan lepak di rumah mertua...memang tak tau nak buat apa; mengemas...konon la tapi lebih kepada menyelongkar sebenarnya..haha.

MamaD tunjukkan album gambar lama yang telah diconteng oleh budak nakal masa kecik kecik dulu...sapa lagi kalau bukan Nurhusnina, anak sulung kami.
Melihat gambar dua beradik..teringat saat keghairahan melihat depa membesar depan mata..sekejapnya masa berlalu pergi..

Anak kami nina "buaih" (lasak) ..serius tak menang tangan nak kawal dia sorang..kesian mamaD pening kepala ... Hanis pulak, dia pendiam sangat...sampai ke mana saja nak berpelukan dengan mama..

Ada gambar tahun 1996..jejaka baru kahwin masa tu..walaweii. ...tak boleh lupa kisah lama,. Bertapa terujanya masa tu datang KL masuk MINES main ais/salji sama sama mamaD..

Bagus juga ada gambar lama...banyak kenangan indah ; menggamit memori silam..

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tolong cepat sikit ..

Friday, July 25, 2014 Nazlee Ismail 14 Comments

Salam..

Penat menunggu anak dara bersiap siap...nasib baik tak tiga ke empat orang ..bertabah la aku menunggu. MamaD awal lagi dah siap sebab dia nak balik kampung rumah mak dia la..hurmm.

Pesanan ; kalau anak perempuan anda masih kecik lagi..ajari mereka supaya bersiap pantas.. biasakan jangan bagi kaum lelaki menunggu lama.. :)

Parit Buntar ke Sungai Petani.., aku memandu ikut jalan lama..saja nak tengok suasana kampung sepanjang perjalanan...alunan lagu Sudirman ; Balik Kampung di radio ...terasa mood riang riang ria raya..

Lepas jumaat kami tiba di Sg Petani..setelah singgah sana sini.

Syukur alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Anda beraya/ di mana sekarang?

Doa juga..dengan ucapan selamat memandu dan berhati hati di mana jua anda berada. SEMOGA PERJALANAN ANDA JUGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI.

Psst.. mak mertua aku nak masak mee rebus tulang untuk menu berbuka hari ni...walah. Sempoi !!

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Balik kampung ...macam sempoi je kali ni..

Thursday, July 24, 2014 Nazlee Ismail 20 Comments

Alhamdulillah..

Malam tadi sampai dengan selamatnya di kampung halaman ; Parit Buntar Perak.

Sempat singgah dulu, cuci mata tengok orang membeli belah di Pusat Bandar sini. ..saja nak sesak sesakkan keadaan .

Syukur alhamdulillah.. apa yg dirisaukan pasal mengantuk masa memandu telah aku lalui..tak ada langsung rasa mengantuk tu lagi. Tidur kena cukup sebelum kita hendak memulakan perjalanan...dan co pilot kena banyak bercakap dengan kita..tu biasa kan!

Alhamdulillah..alhamdulillah..
Malam nanti pulak nak gerak ke Sungai Petani selepas tarawih di sini.

Mak ; jamu lauk kampung sedap masa bersahur subuh tadi..

Balik kampung ...macam sempoi je kali ni sebab ambil cuti awal dari kawan kawan lain..

#selfie pepagi..itu memang untuk  kerja blog/ig/fb....entah la macam sempoi je pepagi hirup udara nyaman di kampung.

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tukar plan...

Wednesday, July 23, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Okay...semalam aku kata nak bertolak balik kampung terus dari Seri Kembangan selepas ambil Nina..

Hari ni plan sudah tukar..., Nina balik awal..dah ada kat rumah pun , hari ni dia takda kelas dan nampaknya perjalanan kami dijangka awal sikit la..

Baru plan nak ambil cuti separuh hari bersantai tidur dulu ke....tapi ada kerja belum selesai pulak...

Harap malam ni perjalanan tak memenatkan..mata boleh bertahan dari kemengantukan..

Terima kasih atas doa keselamatan perjalanan kami sekeluarga dan perkongsian komen anda dalam entri sebelumni...

p/s.. kerja pon dah tak ada mood..

p/ss.. hanis dan nina lagi tak sabar nak balik kampung; ...melihat mereka gembira membuatkan kami rasa bahagia..

p/sss ..petang lepas hanis balik sekolah kami bergerak ...iftar di RnR PLUS lah nampaknya..

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Risau memandu jarak jauh..

Tuesday, July 22, 2014 Nazlee Ismail 24 Comments

Wuuhh..terujanya depa nak balik kampung..maklum la kan dah lama tak balik kampung halaman..rindu tu memang tebal la kan..

Bag pakaian semua dah ready pack dari semalam lagi. ..alasan takut nanti ada saja barang ketinggalan kalau packing dalam keadaan kalut..

Aku dah plan awal lagi, ..dan setiap tahun pon sama lebih kurang plan cuti raya kami....Senang dan mudah sebab destinasi kami satu arah perjalanan..Perak rumah kampung aku dan Kedah rumah kampung mamaD.
Aku ambil cuti mulai hari Khamis ni sampai la hari Isnin minggu satu  lagi pada 4  Ogos tu..lajak sehari sebab dah tau...nanti mesti penat memandu di kala trafik jam..

Rabu malam kalau tak ada perubahan ,  kami ke Seri Kembangan jemput Nina di asrama dan terus gerak malam tu jugak.. ; suatu yang menjadi kesukaran...dan teramat risau bila mata tak tahan mengantuk memandu waktu malam, lagi la dalam keadaan perut kekenyang selepas berbuka.

Serius mengantuk ni memang 'penyakit' aku sejak dulu lagi bila pegang stering kereta je..mula lah mata cepat kuyu ...dah nampak macam mr.bean bawak kereta masa ngantuk...jenuh jegei bijik mata hahaa ...

Masa tu mengantuk tapi masalahnya bila berhenti kereta nak lelapkan mata sekejap dekat RnR..boleh pulak mata ni tak mau lena..susah... memang kadang tu tak tau masa mana sesuai aku nak memandu dengan keadaan selesa dan selamat. (mohon doa kalian la..semoga perjalanan kami nanti selamat pergi dan balik..risau pulak.)

Co pilot sebelah tak boleh drive..tapi dia bagi support dengan banyak bersembang..sambil mulut kunyah kekacang..minum minuman bertenaga; itulah yang aku dapat buat sesebelum ni..

dah lama rasanya tak drive jejauh memalam ...
ingat nanti kalau Nina dah cukup umur untuk dapatkan lesen ..memang aku suruh dia ambil lesen cepat , boleh la ganti tempat aku.. kan..

Boleh la jadi boss..rehat menyandar kat seat belakang dengan mamaD..

Semoga Perjalanan Kami Selemat Dalam LindunganNya ~ mohon doa kalian juga.

24 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sembang pasal rokok waktu berbuka semalam..

Monday, July 21, 2014 Nazlee Ismail 15 Comments

[Sembang teh tarik lah kekononya semalam..]

"Abah kena ucap terima kasih berbanyak tau kat mama"..

Okay...

"Ingat tak dulu... dulu masa kita kapel ; ma x leh bau rokok...merajuk bila abah pegang rokok"...
"Ma tak bagi abah isap rokok sebab x suka la... x suka bau rokok..nampak samseng je.."

Yela..terima kasih banyak banyak..ingat senang ke nak berenti rokok masa tu..member abah pun terkejut tau...bila nak menikah je dah nekad berenti rokok..mati matian tau .

Takut tunang lari..hahaha.

"Alahhh..kalau tak buat macam tu , tak tau lah apa jadi sekarang ni"
"Ehh..senang pulak berenti rokok tu?? "

Kena ada semangat..
Kena ada pendorong..

"Tak teringin dah ke...."

Emmhh..dulu memula memang ketaq tangan ni bila bau asap member isap rokok lepas makan nasik..

"Ni dah ok , tak heran dah kan !"

Untunglah ada penyelamat....untunglah abang tak macam  lembu : 

>>>Benarlah, lembu tidak faham apa yang manusia cakapkan..

#Entri dulu-dulu, aku pernah entrikan..sila baca ; ada petua nak berenti merokok .

Nov 29, 2010
bukan bermaksud untuk menjauhi perokok itu kita mesti menjauhkan diri daripada mereka berterusan..tengok tempat lah ye..time dorang merokok kita mintak diri la..jangan kita bersekongkol sekali...dorang hembus kita ...
Dec 16, 2013
ReplyDelete. Replies. PakcikLie PCL December 16, 2013. @Fatin ; ..kalau tak bekenan dgn tabiat merokok bakal suami tu cakap awal2..nasihatkan dia semoga dia berhenti jd perokok..banyak kelebihannya.. Delete. Reply.
Jun 10, 2014
Melarikan diri dari rumah, merokok, menagih dadah, melacur, melawan cakap orang tua malah yang lebih sinis di masa ini ialah….menganggap ibu bapa mereka lebih kolot , tak sporting langsung !. ~ nauzubillah.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nasi kari kambing sudah..

Saturday, July 19, 2014 Nazlee Ismail 18 Comments

Salam..

Dah lewat petang kan..tak apakan tunjuk makan makan..
Ni  cerita semalam punya okay...iftar kat kedai mamak di Seri Kembangan; tujuan utama nak cari lauk kari kambing dengan nasi beriani ...kira menu nasi kandar la berbuka semalam.. alhamdulillah , not bad rasanya sedap dan memuaskan hati..

Elok sampai pun dah dekat nak waktu berbuka puasa..ambik nina kat asrama dia dan terus terjah tempat biasa..

Nasi dan kari kambing semata mata..macam nak penuh pinggan tu nampak kan...dah biasa makan kongsi kongsi dengan mamaD ; ...walauponn !! hahaa.. mamaD dan hanis order keow teow goreng mamak dan nina pulak ...dia order nasi goreng biasa.

...dah tau dah ; last sekali aku jugak yang kena habiskan..daripada membazir. ..tapi untung jugak kali ni tak banyak berbaki...lega rasa.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

ZULAIKHA...

Friday, July 18, 2014 Nazlee Ismail 15 Comments

Salam...

Lama kan tak cerita pasal dak Laikha ni kan..;  tadi tengahari waktu rehat pcl balik rumah sekejap...rehat rehat sebelum ke masjid....meriahnya la rumah mamaD sebab bebudak tu semua dah banyak cakap..

Si Laikha ni lagi la...mulut dia boleh tahan macam orang tua tua bercakap petah sangat..balik je kita ..ada saja benda nak dicakapkan...pcl suka layan..suka ambil gambar ..rakam video..haha suka tengok dan melayan gelagat bebudak rebina..

Ni hari #abahajaksemuaselfie..sebab ada.yang rindu nak tatap gambar bebudak ni kan...

Okay lah...jap lg petang nak jemput akak nina kat asrama pulak.....n mamaD , hanis ajak berbuka makan nasi kandar...kat mana sedap area Seri Kembangan? ...redah je lah kebetulan nak ke sana..

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ehh ..aku nak tuju kat sapa nih !!

Thursday, July 17, 2014 Nazlee Ismail 19 Comments

...maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah tali silatirrahim orang yang memutuskannya dengan anda.

Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda.

Jika mampu melakukan semua ini, kemungkinan besar anda akan memperolehi kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan hari hari.

Perbanyakkanlah mengucap 'la haula wala quwwata illa billahil a'li lil a'zim'.., kerana kalimah ini dapat melapangkan dada anda, memperbaiki keadaan, perkara yang berat menjadi ringan dan akan menjadikan diri anda diredhai oleh Allah swt.

kalimah agung yang di dalamnya terdapat rahsia kebahagiaan dan ketenangan

Perbanyakkan membaca istighfar, kerana dengan beristighfar akan mendatangkan rezeki, kelapangan, keturunan yang baik, ilmu yang bermanfaat, mudah lagi dimudahkan serta dapat menghapuskan dosa.

Terimalah dengan ikhlas apa yang ada pada diri anda, termasuk wajah, bakat, rezeki, keluarga dan persekitaran....semoga anda memperolehi ketenteraman dan kebahagiaan..

#..memamg aku suka bicara pasal bahagia,..bagiku bahagia diri kita... juga akan membahagiakan orang sekeliling terutama orang yang terdekat dengan kita..

Ehh ..aku nak tuju kat sapa nih !! ...

*untuk diri sendiri dan semoga bermanfaat kepada  pembaca di sini juga..

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila Aircond Kereta Perlu Diservis..?

Wednesday, July 16, 2014 Nazlee Ismail 18 Comments

Nak balik kampung...nak jalan jauh baru teringat nak buat pemeriksaan kereta..servis la tuuu !!

Kelmarin pcl dah buat aircond kereta bagi sejuk....tapi takda la sampai tahap beku huhu..

Terkejut jugak formen kereta tu... dia kata aku pakai sampai habis gas..kosong ! ..dia nak servis tapi aku tak kasi...aku cakap gas habis sebab aku guna kesemuanya sampai limit 5 tahun tapi dah over..then dah tentu habis langsung kan..dan tahun ke 7 dah usia kereta aku tu....

Please ye kawan kawan terutama driver wanita..jangan hanya pandai start hidup enjin..hidup aircond ...rasa sejuk then happy forever.. hurmm tak ada masalah ok la.

Aku nak kongsikan ; tanda tanda aircond perlu dihantar servis :~

© Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' nak bergerak.

© Bila ON aircond sekejap rasa sejuk dan sekejap tak rasa..angin saja.

© Bila jalan jauh...2,3 jam perjalanan aircond buat hal..keluar angin  bau tak fresh.

© Bila ON aircond,  kipas radiator berpusing perlahan / tak pusing.

INI lah masa yang sepatutnya servis ~ lepas servis aircond pasti anda rasa kelainannya.

Sila ajak suami anda atau anda sendiri buat servis aircond 2@3tahun sekali *(ni utk kereta usia lebih 2 thn).

Kos untuk servis tak mahal sampai
ratusan ringgit..itu kalau tak ada parts yang perlu diganti....biasanya tak perlu ganti barang kecuali kebocoran berlaku pada radiator cooling coil.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nasi Lemuni Ayam Madu Golek..

Tuesday, July 15, 2014 Nazlee Ismail 14 Comments

Assalam..

Meh tengok ayam madu lepas digolek letak baik punya atas pinggan..

Ini lah hasil plating untuk menu hari ini ;
Nasi Lemuni Ayam Madu Golek.., nasi lemuni mamaD masak seperti biasa..ala ala nasi lemak dan cuma tambahkan air kisaran daun lemuni....nasi berwarna seakan kehitaman sedikit namun rasanya dan baunya tetap menyelerakan.

Pokok lemuni memang aku tanam khas untuk buat nasi lemak ni...Selalunya di hari bukan bulan Ramadhan , nasi lemuni dihidang bersama sambal udang atau sotong .... tapi untuk kali ini ada kelainan...dan kelainan itu ialah adanya ayam madu..luar dari kebiasaan, menu tambahan sambal petai..

Alhamdulillah..

Walah.. :)

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kasi sejuk beku boleh?

Tuesday, July 15, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

..hhahaa elok sangat la kan duit bonus raya masuk ini hari..memang dah ada yang menanti...kepanasan kami dalam kereta hitam tu..

Memang dah tiba masa kena masukkan gas...bukan tambah ye; masuk penuh terus sebab dah kosong dalamnya..

Risau jugak la kan takut ada kebocoran paip aircond tu...dah pakai lebih 6 tahun dan ini kali baru aircond buat hal..

Alhamdulillah dah selesai baru tadi...sejuk nyaman rasanya..

#ujian panas dunia..dah mengelabah semacam!

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bab Rumah Tangga : masih banyak perlu dipelajari..

Monday, July 14, 2014 Nazlee Ismail 10 Comments

Keluarga adalah merupakan guru terawal bagi anak anak, keluarga jugalah yang paling banyak mempengaruhi anak anak.

Segala sesuatu itu semuanya bermula dari rumah di mana ibu bapa yang menjadi cermin diri kepada anak anak.

Keluarga banyak mempengaruhi kanak kanak dan remaja hinggalah mereka dewasa.
RAMAI yang kita perhatikan sekarang ini, kepincangan keluarga telah memberi impak besar terhadap perkembangan seseorang.

Memang begitu berat rasa tanggungjawab ibu bapa terhadap anak anaknya..., sejak dari dalam kandungan lagi zuriat harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Apabila sudah lahir ke dunia bertambah berat lagi tanggungjawab yang wajib digalas oleh ibu bapa. Selain dari menyediakan tempat tinggal dan makanan yang berkhasiat untuk anak anak, ibu bapa juga harus tahu menjaga dan mendidik anak anak demi masa hadapan mereka.

Kasih sayang  harus diberikan demi menjaga kestabilan emosi anak anak. Peratusan tinggi anak anak dewasa yang sihat fizikal dan mentalnya adalah  tergolong dari mereka yang ibu bapanya mengamalkan layanan serta kasih sayang yang seimbang .

Asas kekeluargaan yang kukuh dapat membantu anak anak mengseimbangkan antara dunia realiti dan fantasi. Mereka dapat membezakan yang mana baik dan sebaliknya.

Kalau kita lihat dunia maju sekarang ini, cabaran untuk  mendidik anak adalah satu tamparan hebat kepada ibu bapa muda yang masih baru kenal dunia kekeluargaan.

ILMU KEIBU BAPAAN adalakanya diwarisi dari orang terdahulu dan ada masanya perlu dicari dan dipelajari walau umum tahu bahawa ilmu tersebut tidak pernah termasuk dalam subjek khusus di  sekolah sekolah.

Kalau dapat luangkan masa membaca dan menyingkap kembali sirah Rasulullah saw dan menjadikannya contoh setiap sisi kehidupan termasuk dalam ilmu kekeluargaan rumah tangga. Maka itu adalah contoh terbaik yang perlu diamalkan.

Ilmu rumah tangga masih banyak perlu kita pelajari..

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bab Rumah Tangga : Masakan kegemaran keluarga..

Sunday, July 13, 2014 Nazlee Ismail 17 Comments

AKU rasa ada dikalangan anda adalah isteri dari wanita yang bekerjaya..mana kan ada cukup masa nak memasak bagai...kan, lagi-lagi korang yang tempat kerja jauh dari rumah..nak redah traffic jam lagi, balik pon dah sampai rumah pukul berapa entah ...penat pon tak hilang lagi nak masuk ke dapur pulak iyer dak..

meh PCL nak kongsi sikit...*suara mewakili suami mungkin ada persamaannya....

MASAKAN KEGEMARAN suami tak semestinya kena sediakan hari-hari..ulang masak sesekali pon tak apa, janji dia tau yang korang memahami selera kesukaannya...kalau tak tau masak, pon bukan jadi masalah...janji korang ada kemahuan nak belajar.....senang je..macam ni caranya ;

# Tanya mak mentua dulu *(jangan segan pulak!) , "anak emak ni suka makan lauk apa?" *(suami pula selalu akan kata.."tak kesah la sayang masak apa pon abang makan je..")
okay..belajarlah masakan kegemaran suami tu walaupon korang tak berapa gemar..jangan ikut mulut korang aje..

# Kalau dah selalu sangat makan kedai, tengok-tengok la sama suami cedok lauk apa..
Lepas makan , balik kat rumah nanti boleh la intai-intai dalam buku resipi *(google je ..)

# Cuba sempatkan masa di hari minggu masak untuk suami ...kelamaan nanti jadi pandai la memasak
masakan kesukaan dia..

# Masak di dapur bersama-sama *(guna ayat power sikit masa ajak suami tu..haha)..bila berada kat dapur, baru suami tau bertapa susahnya nak sediakan makanan kesukaannya..ajar sampai pandai , kalau dah pandai..tau masak....mintak la suami masakkan  untuk korang pulak. *(cakap la nak test rasa masakan dia pulak.. ,  kalau dia tak tau jugak..jadi lah kalau dia tolong temankan kat dapur... dah cukup memadai tu....membahagiakan jiwa!)

Ini satu peringatan mesra ; jangan selalu ingat dalam kepala...asal masak sudah...lepas tanggung jawab hari ni. Terima teguran suami dengan hati yang ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki lagi kualiti masakan tu..

Bersabar dalam mencari bahagia..

Bawah ni ada senarai makanan kami sekeluarga mengikut kesukaan memasing ; khusus untuk IFTAR bulan Ramadhan tahun ini...Alhamdulillah. sudah 15 hari Ramadhan ..sebahagian menu sudah disediakan bersama ;

PCL
  1. Bihun goreng 
  2. Mee goreng mamak
  3. Nasi lemuni mamaD
  4. Nasi kandar kambing
MamaDiana
  1. Nasi Ayam stim
  2. Bihun Sup soto
  3. Laksa goreng berlada
  4. Moi sup (bubur nasi berlauk)
  5. Serawa durian
Nina
  1. Nasi pattaya & tomyam
  2. Nasi goreng USA
Hanis
  1. Murtabak mee segera (jenama SEDAP) & Roti canai
  2. Koew teow kungfu
  3. Char koew teow
  4. Telur masak kicap & nasi putih
  5. Daging masak merah & nasi putih
char koew teow 
mee kuah
keow teow bersalut telur utk kuah hokian
mee kungfu
murtabak mee segera
nasi lemuni
koew teow goreng 
pulut serawa durian
laksa goreng

17 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Santai petang dengan baju Kelab Blogger dan WhatsApp !

Saturday, July 12, 2014 Nazlee Ismail 14 Comments

..Sebahagian ahli group wassap kelas masa form 1 dulu kini sudah bergabung semula..
Ramai antara kenalan yang masih blur..siap tanya siapa dia dan siapa kamu ??..masing masing menggamit memori silam..penat skrol bila sesekali terlepas theard .. khabarnya nak buat gathering Raya ke-3 ; moga dipermudahkan olehNya segala urusan tersebut..  ~ group # Ex SMSP73 

Tambah lagi satu group whatsapp *invited group .. #Kopitiam KBBA ...lagi ler panjang berjela threadnya...sesekali ketinggalan , mau kena scroll-up! ,  more then 5000 notifications  untuk satu malam  ..gila galak berborak sakan !
Kadang naik pening sampai tak terlayan..; mujur kita ni *ahli baru tak seramah tamah mereka yang dah lama berada dalam group ..sesekali tunjuk muka sebagai memberikan komitmen keberadaan kita ni dalam group tersebut..

Okay..ini lah lebih kurang kerjaan aku hari Sabtu cuti yang terluang nih..., dari pagi sampai ke petang ...berwasap dengan geng lama sekolah dan geng blogger.

Sesekali berhenti sekejap aktiviti wasaap tu ..tolong mem mamaD pasang langsir, vakum lantai...rileks gitu haha..

Bila malam menjelma , masa masa yang ada sudah tak sempat...kita kena meriahkan masjid pulak la kan..perlu hidup bermasyarakat dengan orang sekeliling / luar rumah jugak..sahabat maya itu sebahagian dunia moden kita..kena ingat tu !

#peringatan untuk diri ini..

Bila dah join group...mesti ada baju tshirt ..aku baru je dapat semalam...dan biasalah kena bergaya #selfie dulu.. hihi.

Okay aku tunjuk kat sini ; dengan rasminya pcl berada dalam group #Kelab Blogger Ben Ashaari.. walah !

...pakai snow cap...tiru gaya Ben Ashaari  !!