Chicken Chop mamaD ; ...menu orang rajin

Saturday, January 31, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments

Sembang blog pasal makan dan menu memang sapa pon boleh, aku suka snap gambar makanan..ada gambar adalah cerita, tak ada gambar pon ok tapi lagi best kalau selit sekeping gambar....

ha nindia cerita dia..tadi mamaD masak khas untuk hanis yang gemar makan chicken chop sejak kebelakangan ni...bagus la dari selalu makan roti canai, tapi..tu dia lah kan parah wallet pcl kalau oder makan di luar selalu.

homemade chicken chop mama
mamaD, dia memang kreatif bab masak..cari resipi; tapi semua orang boleh buat asalkan ada bahan rujukan dan ada kemahuan nak masak sendiri.

grill chicken chop black paper memang yummy, lebih sedap dari restoran punya..jimat banyak dah tu. Beli Ayam proses seekor baru berapa jer..hurm kalau oder sepinggan chop dah berapa ??

Hidup nak makan bukan nak berkira sangat tapi semua benda kena berkira-kira jugak pasal penjimatan Rm, berjimat sementara masih ada..berbelanja ke jalan yang lebih bermanfaat..banyakkan bersedekah; nasihat untuk diri ini juga.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Body aii ni semakin sado ..

Saturday, January 31, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Pagi ni sarapan kami sempoi alhamdulillah..selalunya pepagi Sabtu, hari minggu ke cuti cuti gini..kekedai makan la pekena roti canai dan sebagainya..restoran mamak macam dah wajib singgah ..huh .

atkins mamaD buatkan aku sendiri terikut rentak dia. Telur ayam separuh masak sorang dua bijik dan letak sikit ikan bilis goreng sebagai ganti kicap masin.

okay la kan...memang terbaik setakat ni haha, rasa kenyang gak kalau dah terbiasa..boleh buat kerja ; nampaknya body aii ni semakin sado haha ..huh sila jangan percaya ; tapi the best part yang aku suka ialah...part dah kurang banyak ambik nasi dalam sehari ..suatu perubahan yang bagus untuk tahun ni :p

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bukan cakap kosong ; mamaD .

Friday, January 30, 2015 Nazlee Ismail 1 Comments

Petang tadi tekak mamaD dah tak selera makan kat rumah katanya.. asyik makan lauk yang lebih kurang sama ; ayam , ikan sayur , telur..udah ler tak ambik nasi langsung sejak 2 minggu lepas. Apa yang buatkan dia bertahan ??

..belanja mamaD sate daging pure tanpa lemak @ Jalal Sate Sg Lang.

Itu hari dalam entri yang lepas,  mamaD kata sebab kaki dia tak mampu bawak diri..tu satu sebab dan ada lagi selain tu..hurmm.

Orang berjanji kena lah kotakan...kan, janji dengan diri sendiri ...hurm, lagipon dia dah terlajak cakap dan kenalah buktikan dia mampu buat..bukan cakap kosong tau...hahaha.

Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. amin.

Post gambar sate dalam Instagram....kesian kat @kujiens teringin pulak dia, sudah dipesan beli oleh anak tapi menghampakan katanya emmm  alahai maaf lah ye akak Blogger Kujie,  mudahan la ada rezeki untuk Kujie di lain hari...

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baju Kelab Blogger terkini..

Friday, January 30, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Cantik dan sedap dipakai, kali ni baju T dari kain jersi terbaik dari Kelab Blogger Ben Ashaari & Cosmoderm .

Cuba pakai sebelum dan selepas solat jumaat tadi. Nampak lebih... ahh segan nak bagitau kat sini ; 
Dah buka untuk tempahan?? 

..sila pm Ben atau Angah Judin untuk lebih details.

#KelabBloggerBenAshaari
#Cosmoderm

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Air Garam rupanya...

Friday, January 30, 2015 Nordiana Saad 6 Comments

Lama rasanya tak minum teh tarik mamak sejak atkins ni..hah dah rindu kat teh mamak tu , nak buat sendiri tak sesedap depa punya.

Ada tu ...rahsia depa yang kita tak tau, cara bancuh dan campuran teh. Memang tak dapat sama la sebab kat rumah cuma ada teh biasa..tak ada umphh langsung.

google
Mama cuba jugak buat sesekali dengan cara ni; ok. Ingat lagi orang tua2 dulu punya petua masakan sedap ialah dengan garam dalam menu depa... "tambah garam secukup rasa supaya naik lemak rasanya"
rupanya geng mamak pon buat benda sama, pernah tengok depa bancuh teh, kopi, milo dan segala macam jenis yang ada dengan sebatang sudu kecik panjang. 

Sudu yang sama diguna berulang kali dan diletak dalam gelas khas berisi air ; air dalam tu adalah air garam (cuba rasa ..haha) serius memang air penyedap rasa tu sebenarnya...pasti ada rasa air garam masuk masa setiap kali bancuhan...no wonderlah teh tarik mamak biasanya lemak manis...
cuba la buat sekali tengok ! , pcl memang letak garam sikit masa dia buat jus karot susu dan air jagung kesukaan Hanis...memang sedap lemak manisnya.

Orang kita yang meniaga pun ada buat...tapi mungkin sekadar celup/rendam sudu dalam air kosong saja. Bukan teknik yang sama dengan mamak...
ala...best sangat ka makan minum kedai mamak tu, kalau boleh la..kita buat apa yang depa buat sendiri kat rumah..takyah lepak mamak ..
~diana

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan gelak kat aku..aku cerita aje.

Thursday, January 29, 2015 Nazlee Ismail 15 Comments

Pcl ada kat KL pepagi ni hadir kursus yang bukan pasal kerja sekarang tapi adalah kerja untuk bisnes perlancongan..so, aku ambil cuti lah..

naik LRT dari Salak Tinggi tadi..kah kah lawak la..pertama kali tu...nak jolok kad tiket pon tak tau kat mana..ceh, mana biasa kan selalu aku bawak kereta jer..

pagi sampai petang aku kat area Pasar Seni nih..sebenarnya ada tujuan lain nak buat selain hadir kursus. Buat 2, 3 kerja sekali dalam seharian ni..

Harap semuanya beres..

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Van Eksekutif Untuk Disewa

Wednesday, January 28, 2015 Nazlee Ismail 0 Comments

Van Eksekutif Untuk Disewa (14 tempat duduk)

Bagi anda yang memerlukan kemudahan Van Sewa, dari Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu khususnya) dan destinasi yang disebutkan, berikut adalah senarai kadar harga yang dikeluarkan Oleh Xcell Travel & Tours Management Sdn Bhd.

Sila berhubung : 

+6010 – 928 2086 ( GHAFAR ) 
+6011-255 20355 ( SHAMSUL ) 

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lambaian Mea..

Wednesday, January 28, 2015 Nordiana Saad 2 Comments

lambaian Mea ..sibuk nak ikut mama mengantar Syafi skool ; depan rumah je.
issh haa...rindu lama tak blogging..ingat lagi Wordless entry setiap hari Rabu..tapi ni dari pagi lagi mama dah up 2 entri..koh koh..terlajak pulak, then pcl the owner terus menyepi.. ke mana kah??

(ok...sekarang budak Mea ni dah kroh..kroh...penat sangat la tu) ...emm mama pon, tidoq sat time gini bagus untuk kesihatan..kerja kat rumah biasa la..kan. (tidur Sat Saja !)

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sekarang ni tak macam dulu lagi, kehidupan semakin berubah..

Wednesday, January 28, 2015 Nordiana Saad 6 Comments

hari ni mama berceloteh dalam blog pcl ni..lagi dan lagi sampai mama malas nak berceloteh dan berhenti dengan sendirinya at any time .
bila dah diberi kebenaran oleh tuan punya maka...ini lah jadi, jangan la kaget lak yer..hemm.

Cencaru belah belakang  (masih dalam peti sejuk) .
dalam peti sejuk dah siap ikan jaket (cencaru) saiz sederhana untuk dipanggang ajaibkan sat lagi.. , mama tak busy sangat sebab dalam rumah ni hanya ada Syafi dan Mea,  dua2 budak kecik yang tak buat perangai sangat..senang lah mama buat kerja ni.
Pcl..katanya dah tak ada hati dengan blog dia ni, malas la tu nak update, buat biz marketing travel & tours dia lah tu... . Kadang tengok kerja opis dia pon entahlah ..macam banyak jer.
Orang keje gomen tu nampak jer banyak kerja tapi rasanya tak seteruk dia kerja swasta dulu.. 'kurus kering' menanggung bebanan kerja yang melambak ! ..kesian.

tak apalah, syukur alhamdulillah...sekarang ni tak macam dulu lagi, kehidupan dah berubah lebih baik.. dan yang bestnya setiap waktu makan tengahari kami sempat makan bersama..

hemm , dekat2 jam 12 nanti baru nak mula memanggang, pastu nak siapkan Syafi Damia ke sekolah...dah dua hari pcl tolong hantarkan Syafi sebab 'driver' dia, ..kata emaknya orang tu balik kampung cuti jemput/hantar budak sekolah..(suka la Syafi naik motor ngan pcl) . Si Mea pulak sibuk nak ikut Syafi..nak ajak keluar rumah haha..(time tu lah yang agak kalut sikit...pastu dah rileks sikit) .

~diana

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kita isteri... kena mengalah selalu.

Wednesday, January 28, 2015 Nordiana Saad 6 Comments

"Mengalah" is the right word sebenarnya...coz, y kita kena mintak maaf if kita tak salah? Lebih baik kita senyap, walapun kita rasa kita betul...tak guna 'api' kita lawan ngan api..,  (^_^)

Bila keadaan dah reda.....itu la time yang sesuai untuk kita sama2 analyze mana silap masing2...then, baru la bermaaf-maafan... (jangan amik masa lama)

this one lagi better coz akan membuatkan kita lebih memahami each other for the next .....

ni petua rumah tangga , bahagia yang kita cari.. in shaa Allah.

setuju ?

~diana

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Diet sebab kaki kadang tak mampu bawa diri jalan jauh..

Tuesday, January 27, 2015 Nordiana Saad 4 Comments

gulai/kari jenahak

ok..gulai kepala ikan jenahak, nampak sedap kalau makan dengan nasi panas...emm kan! , tapi mama tak ambik nasi untuk beberapa ketika dalam tempoh ni...tempoh apa? ...ha mungkin ada yang dah tau mama tengah diet atkins.

sebab apa nak susah payah nak tinggalkan sesuatu yang dah bertahun kita amalkan makan nasi setiap hari tanpa gagal? ...sebabnya untuk 'sihatkan' kaki mama ni bila berjalan banyak rasa sakit di bahagian lutut. Usia makin meningkat  mama faham lah..tapi tak mau la lagi bertongkat sebelum waktunya..eh sampai tua lah tak mau ! Mama diet atkins sebab kaki kadang tak mampu bawa diri jalan jauh..

meratah lauk?, kalau nenek dulu memang tak bagi makan lauk banyak sebab takut tak cukup makan berhidang ramai-ramai... tapi la ni sendiri masak , tiap hari makan lauk...stok beras dah jadi lambat habis .

Yang bestnya Pcl memang supportive...dia sokong mama, sama-sama tak makan nasi, dan kalau makan pun cuma seperempat pinggan saja sehari....wahhh ! caya lah kan.

hanis takpa...dia layan roti canai beli selalu .

~Diana

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ben n the KBBA gangs..nampak gayanya aku tak boleh nak join la..hurm.

Saturday, January 24, 2015 Nazlee Ismail 8 Comments

alhamdulillah..walau badan rasa kurang sihat tapi semangat nak makan bersama keluarga tetap ada.., ada orang bila demam tak selera nak makan , apa lagi kalau hidangan yang disediakan oleh orang yang sedang berdiet...

MamaD dalam diet atkins, tak makan kabohidrat hanya protin dan sayuran saja..allahuakbar dah berapa hari berlalu..cekal sungguh semangat dia.

badan aku memang tak larat nak bergerak, lenguh badan terasa akibat batuk dan selsema yang tak hilang sejak beberapa hari. Hari ni, malam kalau ikut plan ada gathering blogger buat potluck kat rumah Ben..nampak gayanya tak boleh nak join la..hurm.

okay, dah bosan taktau nak buat apa..blogging pun dah ke laut sangat..hurm nak share apa yang mamaD buat untuk menu dietnya.. toqwa sumbat orang sebelah utara cakap..haha atau pun tauhu sumbat ; sumbat sebolehnya sampai nampak padat dalamnya..memang kenyang walau tanpa makan nasi..terbaik, ada lagi makanan selain itu mamaD buat tomyam seafood.

yang pasti dalam menu tu semuanya tanpa/sikit kabohidrat dan tanpa gula.

orang demam macam aku ni makan tomyam memang berselera..pedas masam lagi sedap, tak ada gambar pulak..

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila mama'D berdiet ??

Thursday, January 22, 2015 Nazlee Ismail 7 Comments

Bila mamaD dah mula berdiet, aku terpaksa jua turutkan untuk bagi sokongan.., kita ni sebagai penguat semangat depa untuk terus bertahan.

Kalau tengok pada menu harian tu nampak menu diet Atkins , kurang atau hampir tiada karbo dalam menu kami sejak seminggu yang lepas.

Aku jugak yang cadangkan plan diet macam tu.. cuma makan lauk dan sayur tanpa nasi .

Kalau baca testimoni, perkongsian diet atkins..ramai yang berjaya kurangkan berat badan dan ramai juga yang "kelaut" ..hurm, kena ada semangat lebih paling tidak pon dalam 2 minggu pertama.

Sedikit info tentang diet atkins ni ;

Atkins Diet adalah sejenis kawalan pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert Atkins bagi membantu individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan.

ini menu makan tengahari tadi, gambar dari fb mamaD :)

 menu kebiasaan bagi pengamal diet atkins. ; homemade nuggets , telur dadar sawi rolls dan timun jepun.

Aku secara tak langsung berdiet atkins jugak la..

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila mama'D ada masa terluang..

Wednesday, January 21, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

semalam Hanis beria tunjuk kat mama'D gambar instagram ;  seluar jeans boleh buat bag...

"adik boleh ke bawak pi sekolah?"

"boleh... untuk telekung solat"..kata Hanis.

kebetulan minggu ni mama free time cuma jaga Syafy sorang je sebelah pagi sahja, petang Syafy dah skool.

maka terjadilah  sebigini..

pagi tadi dengan semangat dia bawak ke sekolah.

Yang menakjubkan tu...gigih jahit tangan (tanpa mesin).

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mencandat Sotong ; Terkini, tekong maklumkan boleh mencandat awal mulai bulan Mac ni..

Tuesday, January 20, 2015 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam, info untuk Pakej Candat 2015

Sila dapatkan harga dengan call/whatsapp 0174009726 (nazlee)

*Pakej 2015 (Bulan April - Oktober)

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

Peralatan Candat disediakan (utk tambahan jika ada boleh bawa sendiri)
Jaket Keselamatan
System GPS
Spot Light
Kemudahan dapur
Kemudahan tandas/bilik persalinan (pakej 1,2 dan 3)
Air batu dan Air mineral
Tekong berpengalaman lebih 10 tahun
Taklimat teknik mencadat yang betul
Bertolak (5pm) dan balik waktu subuh (7am di jeti)
Setiap Group diberi 1 Chalet/Bilik percuma untuk menyimpan barang
Makan percuma
Bot berlesen
Bertolak dari Jeti LKIM Chendering Kuala Terengganu.

Bot size 40 kaki sesuai untuk membawa penumpang pergi mencandat.

Terkini, tekong maklumkan boleh candat  awal mulai bulan Mac ni.. ramai yang dah mula buat tempahan. Tempah awal bagi mengelakkan tempahan penuh (kalau boleh sebulan awal dari tarikh mencandat)

Jika anda berminat, boleh membuat tempahan segera ; tel/whatsapp 017 4009726 nazlee
CARI HOTEL DI TERENGGANU (klik sini)

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

The Atmosfera Seri Kembangan ; meneruskan langkah ..

Wednesday, January 14, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments

Selesai berkelana dengan haiwan-haiwan jinak di Farm In The City dan selepas pekena ais kacang dan cendol di sana kami sekeluarga melangkah pula di The Atmosfera terletak beberapa meter sahaja berhadapan lokasi tersebut.

Langkah mula terasa kian longlai sebab sudah lama pusing-pusing berjalan kaki dan lepas ni di sini juga nak jalan kaki.. Hanis, Nina okay lagi..tapi kesian lah kat mamaDiana ; sakit lenguh peha pulak !! 

Aku 'parking' kereta berhadapan sebuah gambar 3D mural art membuatkan Hanis teruja. Dia memang dah lama teringin ke sini, begitu juga dengan Nina .."asyik tengok kengkawan insta jer post gambar 3D...mana aci" ..kata Nina.

Sejak tahun 2013 lagi The Atmosfera sudah dibuka kepada  umum untuk lawatan dan kemasukan adalah percuma.
Kita datang dan siap sedia dengan kamera dan lakukanlah gaya bergambar mengikut kreativiti tersendiri.

The Atmosfera ni sebenarnya adalah terdiri dari lot-lot kedai dan parking sahaja..kosong dan kini suasananya semakin sunyi walaupun pada hari cuti seperti hari Sabtu kenjungan kami di sini.

Aku tulis apa yang kami saksikan..tak sempat bergambar dengan kesemua lukisan dinding yang ada..kaki sudah minta direhatkan...hurm.

Apa hal pulak dengan skuter ni ..huh!!

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mendidik anak-anak untuk menyayangi dan mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi di Farm In The City Seri Kembangan.

Tuesday, January 13, 2015 Nazlee Ismail 10 Comments

Mendidik anak-anak untuk menyayangi dan mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi kami sekeluarga berpeluang ke Farm In The City, Seri Kembangan hari Sabtu lepas. Ada juga beberapa haiwan yang Nina dan Hanis tak pernah tengok dan  sentuh. 

Membelai haiwan jinak dan merasai pengalaman itu hanya di sini tempatnya jika di bandingkan dengan zoo di kebanyakan tempat, haiwan hanya boleh dipandang dari luar sangkar/kandang mereka sahaja.

Mengembalikan aura positif anak-anak dengan terapi keindahan persekitaran nyaman semulajadi, damainya kalau kita berasal dari kampung boleh juga sesekali balik ke kampung halaman untuk menikmati suasana damainya. Ada lagi ke sesi 'beramah mesra' bersama opah dan atok ?? .. menemani cucu-cucunya memberi makan ayam, itik, kambing dan sebagainya lagi haiwan peliharaan di kampung. 

Jarang sekali,  sebabnya tak semua di kampung mereka itu jadi pengembala.  Farm In the City telah membawa peluang-peluang tersebut dengan konsep gabungan Haiwan, Tumbuhan dan Alam untuk mendekatkan pengunjung yang datang...cuma "atok dan opah" saja tidak disediakan..hurm haha.

Tidak semua jenis binatang bebas untuk disentuh oleh para pengunjung, anda jangan salah faham tentang haiwan jinak di sini, kalau nak cari Harimau, Singa, Beruang, Badak Sumbu dan binatang buas lain memang tiada di sini. Ada juga binatang dikandang dalam cermin kaca untuk keselamatan pengunjung.

Farm In The City ini telah mula beroperasi dalam 3 ke 4 tahun lepas. Ramai juga yang tidak tahu akan kewujudannya,  mungkin tidak mendapat maklumat secara terus kepada umum,  mungkin juga cuma hanya mereka yang 'rajin' menggunakan carian google akan mendapat info sedikit tentang ini atau dari kenalan yang sudah berkunjung di sini.

Anda yang suka akan konsep zoo haiwan jinak, konsep tanaman sayuran kampong dan konsep kampung di Malaysia ini boleh lihat dan datang terus ke sini pada siang hari sahaja. 

Dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang (weekdays), 9.30 pagi hingga 6 petang (weekend/public holiday/school holiday) dan ..

Tutup pada hari Selasa kecuali (weekend/public holiday/school holiday) dengan harga tiket Rm30 untuk dewasa, Rm25 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Thank you, Mr Jack! beliau  menemani kami sekeluarga jalan-jalan di kawasan sekitar, penerangan beliau memang best ! , Sangat berterima kasih kepada Pihak Farm In The City sendiri melalui Kelab Blogger Ben Ashaari yang sudi menaja tiket lawatan kami sekeluarga.

Info : 

Facebook : https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia
Tel : 03 8941 2099 / 3099
Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor Malaysia.

10 Comments: