Air Garam rupanya...

Friday, January 30, 2015 Unknown 6 Comments

Lama rasanya tak minum teh tarik mamak sejak atkins ni..hah dah rindu kat teh mamak tu , nak buat sendiri tak sesedap depa punya.

Ada tu ...rahsia depa yang kita tak tau, cara bancuh dan campuran teh. Memang tak dapat sama la sebab kat rumah cuma ada teh biasa..tak ada umphh langsung.

google
Mama cuba jugak buat sesekali dengan cara ni; ok. Ingat lagi orang tua2 dulu punya petua masakan sedap ialah dengan garam dalam menu depa... "tambah garam secukup rasa supaya naik lemak rasanya"
rupanya geng mamak pon buat benda sama, pernah tengok depa bancuh teh, kopi, milo dan segala macam jenis yang ada dengan sebatang sudu kecik panjang. 

Sudu yang sama diguna berulang kali dan diletak dalam gelas khas berisi air ; air dalam tu adalah air garam (cuba rasa ..haha) serius memang air penyedap rasa tu sebenarnya...pasti ada rasa air garam masuk masa setiap kali bancuhan...no wonderlah teh tarik mamak biasanya lemak manis...
cuba la buat sekali tengok ! , pcl memang letak garam sikit masa dia buat jus karot susu dan air jagung kesukaan Hanis...memang sedap lemak manisnya.

Orang kita yang meniaga pun ada buat...tapi mungkin sekadar celup/rendam sudu dalam air kosong saja. Bukan teknik yang sama dengan mamak...
ala...best sangat ka makan minum kedai mamak tu, kalau boleh la..kita buat apa yang depa buat sendiri kat rumah..takyah lepak mamak ..
~diana

6 comments:

  1. MASAKKANNYA PUN SEDAP...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tak suka minum teh mamak.. tak baik untuk kesihatan. selalu minum buat sendiri je, yang garam tu Nurul tau dulu masa belajar ade kawan dari kedah bgtau, mak dia buka restoran, buat air letak garam skit even tanak nasi pun sama

    ReplyDelete
  3. tak minat sangat minum teh mamak. huhuhu :)

    ReplyDelete
  4. ohhh dapat tips... he he he
    tambah garam...

    ReplyDelete
  5. garam memang terbaik. saya suka makan secubit garam sebelum makan

    ReplyDelete
  6. yeke.. baru first time dengar..huhuhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.