Antara Suka dan Tanggungjawab ?
![]() |
Good luck mamaDiana. U can do it !! |
Hanis tu memang manja sebab dia bongsu, takda adik la hanis tu (sebab mama dia tak nak beranak lagi dah..). Hanis boleh ada adik tapi adik angkat lah.., sekarang ni pon dah ramai adik angkat mulai sejak tahun 2010 lagi (Bartisha, Aqeela) dah besar mereka dan tak dijaga oleh mamaD lagi, kini yang masih diasuh oleh mamaD ialah (Laikha, Syafi dan Mea). Mea adalah adik kepada Aqeela.
Antara suka dan tanggungjawab, hurm..boleh pening kepala mamaD bila memikirkanya. Ada dua orang bayi lagi akan menyusul selepas beberapa bulan akan datang dalam tahun 2015 ni, seorang lahir bulan Disember 2014 (adik kepada Bartisya dan Syafi) dan seorang lagi baru lahir semalam (adik kepada Laikha). Ibu-ibu kepada bayi berkenaan sudah menyatakan hasrat mintak dijagakan selepas habis berpantang nanti.
Mengasuh anak orang macam jaga anak sendiri..tapi tanggungjawab dalam tempoh masa 8 ke 9 jam sehari tu sangatlah berat, berat mata aku yang memandang berat lagi bahu mamaD yang menjalankan tanggungjawabnya. Apa yang dikhuatiri adalah banyaknya peristiwa yang kurang sedap didegari sejak akhir-akhir. Apabila berlaku kemalagan (nauzubillah). Pengasuh tetap dipersalahkan... . Ini yang membuatkan kami risau nak 'tolong' jaga anak orang. Alhamdulillah sejak dulu lagi semuanya baik-baik sahaja namun kerisauan tetap ada. Berserah saja kepada Allah swt.
Buat kerja LILLAH HI TAALA. Semoga 2015 memberi kecerian yang lebih bermakna...
Good luck mamaDiana. U can do it !!
rasa nak je jadi pengasuh bayi.. macam seronok je.. tp tu laa..takut apa2 jadi kang kite yg kena..lg 1, nak keluar berjalan susah.. hehehe..
ReplyDeleteada tu silap ibu sendiri tapi salahkan pengasuh ... ermmm
ReplyDeletebukan semua org boleh jadi pengasuh....
ReplyDeletebiasanya pengasuh ni jenis orang yg sangat penyabar....bukan senang nak jaga anak org secara berjamaah....
InsyaAllah... Buat kerja dengan ikhlas akan menjamin kebahagian dalam hidup didunia dan diakhirat.
ReplyDeletemacam sronok jew...heheheh...
ReplyDeletebukan semua org boleh jadik srg yang penyabar...
jom follow saya http://vitaminsihatmommyzila.blogspot.com