Diet sebab kaki kadang tak mampu bawa diri jalan jauh..

Tuesday, January 27, 2015 Nordiana Saad 4 Comments


gulai/kari jenahak

ok..gulai kepala ikan jenahak, nampak sedap kalau makan dengan nasi panas...emm kan! , tapi mama tak ambik nasi untuk beberapa ketika dalam tempoh ni...tempoh apa? ...ha mungkin ada yang dah tau mama tengah diet atkins.

sebab apa nak susah payah nak tinggalkan sesuatu yang dah bertahun kita amalkan makan nasi setiap hari tanpa gagal? ...sebabnya untuk 'sihatkan' kaki mama ni bila berjalan banyak rasa sakit di bahagian lutut. Usia makin meningkat  mama faham lah..tapi tak mau la lagi bertongkat sebelum waktunya..eh sampai tua lah tak mau ! Mama diet atkins sebab kaki kadang tak mampu bawa diri jalan jauh..

meratah lauk?, kalau nenek dulu memang tak bagi makan lauk banyak sebab takut tak cukup makan berhidang ramai-ramai... tapi la ni sendiri masak , tiap hari makan lauk...stok beras dah jadi lambat habis .

Yang bestnya Pcl memang supportive...dia sokong mama, sama-sama tak makan nasi, dan kalau makan pun cuma seperempat pinggan saja sehari....wahhh ! caya lah kan.

hanis takpa...dia layan roti canai beli selalu .

~Diana


4 comments:

  1. semangat sungguh ni isteri pcl berdiet. chaiyok chaiyok :D

    ReplyDelete
  2. sama la sue pun kontrol makan sebab tumit dan buku lali sakit bila jalan jauh dan berdiri lama,doktor pun suruh turunkan berat badan huuhuuuu

    ReplyDelete
  3. Ni nukilan MamaD ke ni ??? Semoga MamaDcepat sembuh OKEYY ..

    ReplyDelete
  4. Semoga mamaD cepat kurus... dan sihat ! amin...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.