Ikan kering kena basuh ke?

Friday, January 09, 2015 PCL 19 Comments




Ya ..ada yang cari dalam carian google tentang permasalah tersebut baru-baru ni sebab nak tau samada ikan kering kena basuh atau tidak sebelum digoreng.

Ada dua sebab suri rumah buat macam tu...basuh ikan yang sudah kering? , aku cakap ni bagi pihak mamaD, dia basuh sebab nak pastikan ikan tersebut bersih sebelum digoreng itu yang mustahak dan satu lagi basuh sebab nak kurangkan sikit kemasinan garam pada ikan kering tersebut.

Ada orang panggil ikan kering dan ada juga sebut ikan masin ...sama saja sebenarnya.

Jadi,  ini lah jawapan untuk carian anda kepada yang mencari di sini. MESTI KENA BASUH/CUCI BERSIH .

Selain ikan kering/masin, begitu jugak ikan bilis, udang kering, sotong kering dan seumpamanya.

Kalau belacan pula..ada suri rumah siap bakar lagi , tujuannya adalah sama iaitu kebersihan bebaskan dari habuk kotoran yang memang tak nampak pada mata kasar.

wallhualam.

Anda bagai mana?  ..ke tak reti makan ikan kering ..hurm.

19 comments:

  1. kalau saya,basuh dahulu sebelum masak,sama jugak macam ikan bilis

    ReplyDelete
  2. lebih baik basuh. sebab proses pengeringan ikan tersebut sangat terdedah. Lalat hinggap laa, habuk boleh singgah. tuu pendapat mimin.

    ReplyDelete
  3. kalo jue basuh dulu la.. mana la nak tau masa depa tengah kering2 ada lalat2 ker.. so better kita cuci kasi hilang kotor dulu.. :) jue ni kalo balik kedah mesti beli kat tanjung dawai.. belambak kat sana.. hehehe

    ReplyDelete
  4. saya suka ikan kering...ikan kering jenis kat atas tu kena goreng garing2 baru tak liat:)

    ReplyDelete
  5. memg selalu basuh dulu..sebab nak bagi kurang masih sikit.. kalau belacan tu memg bakar dulu bagi hangit2.. baru rasa dia kick..

    ReplyDelete
  6. Good sharing...nampak simple je entry ni, tp sangat bermanafaat bg mereka yg tak tahu dan pernah buat silap...betul belacan pun kena di bakar sbb ia ada 100% bahan mentah yg belum dimasak...bila bakar sebenarnya selain dari jamin kebersihan lagi sedap tau dimasak...

    ReplyDelete
  7. kalau saya memang basuh la kecuali ikan perkasam hahahaha...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum pcl, sheila pun bakor belacan dulu. hehehe.. yee, ikan kering memang kita basuh sebab nak kurangkan rasa masin. kekadang siap rendam dulu. hahhaha masin sangat kang, tak rela nak ngunyah ;p

    ReplyDelete
  9. biasanya saya pon akan basuh jugak ikan masin sebelum digoreng....

    ReplyDelete
  10. basuh laa dulu baru rasa yakin nak makan selepas digoreng..hihi

    ReplyDelete
  11. kalau nani basuh dulu. tak yakin pulak nak goreng teruss ;D

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum PCL...betul tu...mama pun biasanya kalau nak masak mesti nak basuh semuanya...bahkan bila nak guna periuk atau apa2 barang dapur mesti biliskan dgn air dulu baru letak kat dapur atau gunakan padahal barang2 tu semuanya dah bersih...dah terbiasa buat tu yg nak basuh dulu jer...:)

    ReplyDelete
  13. kalau acik pun memang akan basuh dulu..

    ReplyDelete
  14. Assalam abg nazlee,
    BETUI3
    semua yang kering2 wajib basoh ikan ka, sutun ka, udang ka
    SEMUA hokeyh
    belacan pun eloknya bakor
    Ni ajaran my mom :)

    ReplyDelete
  15. Kena lah basuh eh.. kalau tak masin bolehnlah tahan...tapi kalau kotor terkena debu ke...lalat singgah kem.emm...ikan masin cik akak retu lak makan...hihi

    ReplyDelete
  16. biasa mak saya basuh dulu =)

    ReplyDelete
  17. semestinya bash dulu... sbb masa proses pengeringan tu tak tahu kekdahnya...

    ReplyDelete
  18. apepun kena basuh dulu..sebab ianya dijemurkan tahap kebersihan tu kita tak tahu.

    ReplyDelete
  19. Sbb saya pernah tgk bagaimana ikan2 kering ini dijemur, maka saya kena basuh .. hoho .. melainkan beli ikan masin jeruk, yang tu lain sikit. Samada boleh terus digoreng atau rendam dahulu.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.