Jemaah Tabligh ; Siapa yang songsang dan sesat?

Thursday, January 08, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

Lepas solat maghrib malam tadi ada tazkirah di masjid, malam tadi dan bermula dari semalam lagi ramai jemaah luar...aku perasan muka-muka orang sini.



Kebanyakannya dari mereka pakai jubah dan kopiah dan ada sebahagiannya berserban, bila bertegur sapa mereka kata datang dari Sri Petaling, jemaah tabligh berta'aruf keluar selama 40 hari . singgah di setiap masjid-masjid atau surau dalam 3 hari dan pergi ke masjid lain..mengajak orang ramai sekeliling untuk berdakwah mengikut sunnah Rasulullah SAW, begitulah lebih kurang ringkas penjelasan seorang kawan lama yang berasal dari Sg. Petani dalam kumpulan mereka.

Apa yang aku sendiri tahu pasal kumpulan tabligh ni ialah ; Tabligh yang bermaksud ‘menyampaikan’ merupakan gerakan sukarela mengajak orang lain melakukan ibadat dan berdakwah serta mengimarahkan masjid.

Tuan imam masjid sangat berbesar  hati menerima dan memuji kedatangan mereka kerana tujuanya adalah untuk mengimarahkan masjid dengan berdakwah, berta'lim dan qiamullail, alhamdulillah. "mudah-mudahan masjid terang dengan rahmat Allah" katanya.

Tetapi malangnya ada segelintir kalangan manusia seumpama "melarikan diri" . Usai solat berjemaah dan mengaminkan doa terus hilang angkat kaki..seolah seperti melihat sesuatu yang menakutkan. Kebiasaannya jika ada usrah atau tazkirah jemaah masjid ini boleh tunggu dan dengar ustaz ceramah penuh khusyuk....

Allahuakbar...nampak ada juga pak lebai perlahan-lahan lari keluar, apa lagi anak-anak muda  maka tinggallah beberapa 'kerat' muka orang kampung termasuk imam, bilal dan siak.

ehsan dari google
Mungkin ada satu tanggapan negatif terhadap orang orang tabligh ini. wallhualam.

Apa yang negatifnya..aku pon tak faham !  Cuma dengar tazkirah percuma ilmu Allah yang mahu disampaikan oleh mereka...bukan nak ikut, turut serta mereka keluar .

Takut terpengaruh dengan dakyah songsang? sesat?  Masya Allah, Allahuakbar .

Yang tak mendengar tak dapat ilmu, sementara aku ada di tempat kejadian..tak nampak pon dimana songsangnya mereka.

Siapa yang songsang?



11 comments:

  1. Bagi pendapat Sha, kita percaya apa yang kita percaya... nak kata songsang tu entahlah... sha selalu jugak dengar khutbah dari radio atau TV... yang rasa lain macam tu Sha tanya hasben yang dah biasa bergaul dengan siak semua ni....

    Sebenarnya jangan takut, dengarkan aja... ada benda kalau kita tak reti, tanya pada yang lebih reti..

    Sha pernah berhadapan tabligh yang biadap masa pergi cameron itu hari :)

    ReplyDelete
  2. Saya ada dengar orang tua-tua cakap, mereka ini bila terlalu taksub dengan jemaah tabligh, kerap meninggal anak-anak isteri berbulan-bulan tanpa nafkah. Ada juga yang tak peduli kat ahli keluarga sebab banyak sangat keluar berdakwah.Niat mereka nak berdakwah itu bagus, tapi ramai orang-orang tua tak setuju sebab mereka hidup nomad dan ramai yang guna barang-barang masjid (utk tidur/makan/dsb) tanpa izin.

    Dan pengalaman saya tengok jiran yang join tabligh pula (team yg terlalu taksub), anak-anak mereka tak dihantar bersekolah sebab pada pandangan mereka, sekolah-sekolah di Malaysia ini cukup sekular dan merosakkan akhlak anak. Sebab tu semua anak-anak jiran (7 orang semuanya) hanya duduk di rumah je.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa study ade jer tabligh yg dtg rumah ke rumah sewa student... dr jauh nmpak, kitorang dh bertempiaran lari... sape yg kena ceramah dpn pintu dgn tabligh mesti kena gelakkan dek kengkawan... hahaha... kenangan zaman nakal2 dulu...

    ReplyDelete
  4. Tu la pcl..anim pun tak mengerti kenapa kita mesti lari atau menyorok bila tahu jemaah tabligh ada. Wallahi, besar ganjaran pahala yang mereka dapat atas dakwah yang disampaikan. Masa kat Kuantan dulu rajin jemaah tabligh datang dari rumah ke rumah. Anim sendiri nak sangat dengar diaorg beri tazkirah tapi kalau suami takda di rumah memang tak dapat nak dengar la huhu

    ReplyDelete
  5. Kat sini pun ada juga uncle...depa datang dari sana...dan salu datang ke rumah. Dari satu rumah depa ceramah depan pintu...

    ReplyDelete
  6. pakcik mimin pun ada pergi tabligh selaam 40hari . bukan senang dia nak berdakwah tinggalkan ank bini kat rumah. sbb kadang2 islam pada ic je

    ReplyDelete
  7. As slm alaikum. Para jemaah ini mengajak pd agama, belajar sunnah, perbaiki diri kerana Allah, usaha atas iman. Sesungguhnya nikmat yg paling besar bila kita dpt mengenal Allah, mati dlm keadaan beriman. Kalaupun ada seorg dlm jemaah nmpk mcm salah maka kesalahan itu hanya pd dirinya shj, bukan pd seluruh jemaah yg membuat usaha dakwah & tabligh ini. Pepatah inggeris kata, 'Islam is perfect, humans are not. Blame the person, not the religion(deen)'.

    ReplyDelete
  8. kafdang kadang ada segelintir masyarakat kita ni cetek sikit pemikirannya, banyak terpengaruh dengan drama swasta agaknya.

    ReplyDelete
  9. Mungkin mereka takut sebab mereka rasa belum bersedia. Takpe, kita doakan semuanya bersangka baik :)

    ReplyDelete
  10. Saya pernah ada pengalaman ikut keluar jemaah tabligh.. Aktiviti mereka penuh dengan ibadah, tiada satu pun berbentuk pemujaan kepada benda lain.

    Saya tak faham kenapa ada org kata mereka sesat. tapi tang mana sesat tu yg tak tau..

    memang ada yg negatif, tapi janganlah kita ambil yg negatif dan menggambarkan itu adalah mereka. berlaku adil..

    mereka ini penyambung tugas nabi, iaitu berdakwah. kalau kita tidak mampu untuk beramal, jangan kita menghalang orang lain untuk beramal..

    wallahualam..

    btw, terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  11. Tabligh

    Mereka tak sesat . Mungkin mereka sesat jalan nak balik ke rumah. Sepatutnya mereka " pelihara diri mereka dan keluarga mereka dari api neraka " .
    Selepas itu jiran , 10 kiri ,10 kanan, 10 depan dan 10 belakang , kemudian bergerak ke sekeliling kampung. Selesai bertabligh orang kampung then baru keluar tabligh kampung jiran pula.
    Pengalaman saya di SATUN THAILAND.
    Ramai jemaah tabligh saban hari datang ke rumah saya untuk mengajar keluar . Saya kata saya dah hampir setahun keluar tinggalkan kampung halaman untuk mengajar Bahasa Melayu di Satun. Saya hari hari datang masjid . Mengajar tanpa gaji tapi untuk berjihad , saya melakukan kerja sebagai Travel Agen untuk menyara Anak dan Isteri.
    Saya bertanya , bolehkah tuan melakukan seperti saya ? Mereka bersalam dan berlalu pergi.
    Kekadang saya ke masjid dengan memakai T-Shirt dan Jeans dan kopiah putih bila tidak kesempatan untuk balik ke rumah. Selepas solat saya didatangi oleh seorang jemaah Tabligh menegur cara saya berpakaian. Saya jawab kat luar tu lebih ramai yang berpakaian kemas tapi tak bersolat. Kenapa tak menegur ? Dia berlalu pergi tanpa sepatah jawapan.
    Saya tak faham , apa yang mereka nak TABLIGHKAN ? Sepatutnya mereka ke disko atau pasaraya dan mengajak orang bersolat . Bukan ke rumah rumah yang penghuninya selalu ke masjid.
    bersambung......

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.