Kenali Baginda Rasulullah SAW Sepanjang Masa..

Saturday, January 03, 2015 Nazlee Ismail 9 Comments


perkarangan Masjid Putrajaya, sekitar sambutan
Maulidur Rasul 1436H 

Salam Maulidur Rasul.. 12 Rabiul Awwal 1436H.

Secara khususnya Nabi Muhammad SAW tidak pernah manganjurkan untuk melakukan apa-apa upacara tertentu bagi menyambut ulangtahun kelahiran baginda. Selepas kewafatan Rasulullah SAW juga, para sahabat dan tabi'in tidak juga melakukan yang sedemikian.

Sambutan Maulidur Rasul dilakukan adalah untuk memperingatkan kita umat Islam kepada Nabi Muhamad SAW, menambah ketakwaan dan keimanan.



Kelahiran Rasulullah SAW

Abdullah bin Abdul Muttalib telah berkahwin dengan wanita terhormat dari kalangan Quraisy iaitu Aminah binti Abdul wahhab bin Abdul Manaf bin Zahra al-Zuhriyah, namun sebelum sempat anaknya dilahirkan dia telah meninggal dunia di Yathrib dan tidak lama selepas itu isterinya telah melahirkan anaknya.

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal 570 Masehi, tahun itu juga dikenali sebagai tahun gajah. Bapanya, Abdullah bin Abdul Muttalib merupakan salah seorang anak kepada Bani Hasyim yang bertanggungjawab dalam menyediakan air kepada para haji di Mekah.

Apabila bapanya wafat, datuknya Abdul Muttalib telah bertanggungjawab menjaganya dan selepas kematian datuknya, bapa saudaranya pula bertanggungjawab membesarkannya.

Ketika usia kecil, sebagaimana adat kaum Quraisy, Nabi Muhammad SAW telah dihantar untuk diasuh dan disusui oleh ibu susuannya iaitu Halimah al-Sa'adiyyah. Rasullullah SAW telah membesar dalam suasana dan budaya pendalaman bagi mempertajamkan bahasanya.

Ketika Rasullullah SAW berusia 6 tahun, ibu susuannya pula meninggal dunia. Pada kebiasaannya Rasulullah SAW bersama-sama saudara susuannya akan menjaga kambing dan ia merupakan kelazimannya bagi masyarakat Badwi. Suasana inilah sebenarnya telah memberi kesan besar kepada dirinya di samping mencorakkan sifat-sifat terpuji antaranya sifat kasih sayang, lemah lembut serta pemurah.



9 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul PCL..

    ReplyDelete
  2. Salam maulidur rasul pcl n keluarga

    ReplyDelete
  3. Ni wakil organisasi ape ek?
    Memang tak tadi?

    Salam maulidurrasul...

    ReplyDelete
  4. Dialah yang digelar Al Amin :) salam mauliudr rasul pcl :D

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul PCL :)

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul.. Harap kita semua sentiasa berzikir dan berselawat keatas Nabi SAW

    ReplyDelete
  7. hai pcl,salam kenal,tq dtg blog saya-en tempe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.