Kesian mereka yang ternanti BONUS KERAJAAN yang dikatakan ?

Monday, January 05, 2015 Nazlee Ismail 11 Comments

Nantikan pengumuman rasmi daripada Jabatan Akaun Negara, selagi tiada kenyataan dan pekeliling rasmi jabatan tersebut maka tarikh bayaran bonus 2015 kakitangan awam akan berjalan seperti tarikh yang telah ditetapkan sebelumnya (22 Januari 2015)



nasib la kan ...ada orang yang cuma mendengar khabar angin, berita palsu tentang bayaran awal bonus kaki tangan kerajaan..berhabis belanja sakan hari sebelumnya sebab dah tahu Isnin (5 Januari 2015) nak dapat bonus katanya..alahai kesian.

Info sebegitu buat orang yang mengharap wang bantuan/bonus untuk membeli keperluan berasa kecewa..

Siapalah mereka yang meghebahkan info palsu tersebut?..tak selidik dulu kesahihannya. Buat naya dan permainkan perasaan orang yang sangat-sangat memerlukan.

Jangan mudah percaya bulat-bulat info dari sumber yang kurang pasti.

Terdahulu, info yang tersebar berkenaan pembayaran bonus kaki tangan awam dan bantuan khas pesara yang bakal diterima pada hari ini 5 Jan 2015 adalah berasas namun disebabkan kesilapan teknikal, pembayaran tidak dapat dilakukan.

Walau bagaimana pun, tarikh baru akan dimaklumkan oleh pihak yang bertanggunjawab. InsyaAllah ..bawa bersabar ye.







Info Terkini dikemaskini pada 2 petang : "Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.." BHonline

11 comments:

  1. huhu,,tapi bahagian pertahanan dah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini juga yang saya tahu..
      harap yang lain sabar menunggu kan

      Delete
  2. Tulah..sengaja bikn sentap..hahaha..cik akak tunggu duit bonus nie uncle..haha

    ReplyDelete
  3. PCL: 5 hb Januari dpt bonus tu bukan berita angin, saya sendiri dengar pengumumannya oleh Menteri di TV. Cuma masalahnya arahan buat bayaran 5 hb tu dibuat last minit, Unit Kewangan tak sempat buat arahan bayaran kpd bank... Kalau kerajaan bagi masa tentu masalah ni tak timbul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya jugak mungkin tak sempat, patut lah ada sebahagian jabatan dapat seperti yg dikatakan oleh Fizizaidi komen di atas.

      ada kemungkinankah esok atau lusa? BHonline kata kakitangan awam Johor dapat esok?

      Delete
    2. Yg terbaru sebenatar tadi saya baca kenyataan dari Timbalan Menteri Kewangan, bonus kakitangan kerajaan akan dapat pada 15 Januari ini..

      Delete
  4. ada yg dh dapat lg awal...mungkin ikut negeri or jabatan masing-masing

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... PCL,

    Bonus kerajaan yang ditunggu2 oleh kakitangan kerajaan lebih2 lagi memerlukan.

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Ada yang dah dapat..tengok negeri jugak kot..

    ReplyDelete
  7. takpelaaa....at least dapat, cepat atau lambat tu terpulang kpd si penerima.
    bg saya, jgn terlalu berharap sebab takut frust gile kalau tak dpt....
    redha dan berharap dapat survive sampai tiba masanya....

    ReplyDelete
  8. Tu laa ada dgr jgak..tp bersabar lah .

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.