Mendidik anak-anak untuk menyayangi dan mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi di Farm In The City Seri Kembangan.

Tuesday, January 13, 2015 PCL 10 Comments


Mendidik anak-anak untuk menyayangi dan mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi kami sekeluarga berpeluang ke Farm In The City, Seri Kembangan hari Sabtu lepas. Ada juga beberapa haiwan yang Nina dan Hanis tak pernah tengok dan  sentuh. 




Membelai haiwan jinak dan merasai pengalaman itu hanya di sini tempatnya jika di bandingkan dengan zoo di kebanyakan tempat, haiwan hanya boleh dipandang dari luar sangkar/kandang mereka sahaja.







Mengembalikan aura positif anak-anak dengan terapi keindahan persekitaran nyaman semulajadi, damainya kalau kita berasal dari kampung boleh juga sesekali balik ke kampung halaman untuk menikmati suasana damainya. Ada lagi ke sesi 'beramah mesra' bersama opah dan atok ?? .. menemani cucu-cucunya memberi makan ayam, itik, kambing dan sebagainya lagi haiwan peliharaan di kampung. 

Jarang sekali,  sebabnya tak semua di kampung mereka itu jadi pengembala.  Farm In the City telah membawa peluang-peluang tersebut dengan konsep gabungan Haiwan, Tumbuhan dan Alam untuk mendekatkan pengunjung yang datang...cuma "atok dan opah" saja tidak disediakan..hurm haha.








Tidak semua jenis binatang bebas untuk disentuh oleh para pengunjung, anda jangan salah faham tentang haiwan jinak di sini, kalau nak cari Harimau, Singa, Beruang, Badak Sumbu dan binatang buas lain memang tiada di sini. Ada juga binatang dikandang dalam cermin kaca untuk keselamatan pengunjung.




Farm In The City ini telah mula beroperasi dalam 3 ke 4 tahun lepas. Ramai juga yang tidak tahu akan kewujudannya,  mungkin tidak mendapat maklumat secara terus kepada umum,  mungkin juga cuma hanya mereka yang 'rajin' menggunakan carian google akan mendapat info sedikit tentang ini atau dari kenalan yang sudah berkunjung di sini.

Anda yang suka akan konsep zoo haiwan jinak, konsep tanaman sayuran kampong dan konsep kampung di Malaysia ini boleh lihat dan datang terus ke sini pada siang hari sahaja. 

Dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang (weekdays), 9.30 pagi hingga 6 petang (weekend/public holiday/school holiday) dan ..

Tutup pada hari Selasa kecuali (weekend/public holiday/school holiday) dengan harga tiket Rm30 untuk dewasa, Rm25 untuk kanak-kanak dan warga emas.


Thank you, Mr Jack! beliau  menemani kami sekeluarga jalan-jalan di kawasan sekitar, penerangan beliau memang best ! , Sangat berterima kasih kepada Pihak Farm In The City sendiri melalui Kelab Blogger Ben Ashaari yang sudi menaja tiket lawatan kami sekeluarga.


Info : 

Facebook : https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia
Tel : 03 8941 2099 / 3099
Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor Malaysia.



10 comments:

  1. Seronoknya bila bermesra dengan haiwan....
    sekali lagi, satu keluarga yang sangat bahagia :)

    ReplyDelete
  2. ramai dah orang review tempt ni tapi saya tak pergi pergi lagi :D

    ReplyDelete
  3. pernah pergi dulu. memang terbaiklah.

    ReplyDelete
  4. Konsepnya macam saya kat taman haiwan kat Langkawi yang pernah saya dan anak2 pergi .. bagi makan haiwan, belai haiwan .... pegang burung ...

    Hari tu ada wife bawak anak2 jalan kat seri kembangan ni, tapi tak terpegi sbb tak tahu lokasi dia.

    ReplyDelete
  5. Mmg suka sgt tmpt ni... persekitaran dia mmg susah nak dpt kat tgh bandar ni...

    ReplyDelete
  6. suka tgk burung hantu tu comel.....dia tido ke?

    ReplyDelete
  7. Dua hari lepas, anak saya tanya, macamana rupa tahi ayam. Aduh! nak kena bawak ke sini juga gamaknya

    ReplyDelete
  8. Kalau cik akak pergi mungkin mampu tengok he..hihi..penakut sangat..haha

    ReplyDelete
  9. syok kannnn... dapat tajaan lg memg best. ^_^

    ReplyDelete
  10. Assalam abang nazlee,
    hat menatang dua hat mola tu iols geli :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.