Mudah saja cara aku nak blogwalking ..

Tuesday, January 06, 2015 PCL 12 Comments


Ni cerita pasal BLOG PCL sempena Tahun 2015 ni,  kena rajin sikit kalau boleh la jika diberi keizinan-Nya untuk aku blogwalking ke blog sesiapa saja yang terlintas.

Mudah saja cara aku nak blogwalking, pertamanya utamakan kepada yang sudi kunjung blog kita dan suka juga tinggalkan komen.

Keduanya, bila aku ke facebook, pilih beberapa blog yang update semasa..nasiblah blog mana yang aku klik dan yang pasti ada blog baru dan tak pernah singgah sebelumnya.




Seterusnya lagi.. Instagram juga ramai dikalangan blogger yang jadi follower aku ; ada info link senang lah nak terjah blog mereka..tengok gambar di instagram boleh nak kenal dengan pemilik blognya...itu bagi akulah.

Jadi, mulai dari sekarang...aku akan masuk kan link blog yang rajin berinteraksi dalam ruangan komen walaupun kadang tu aku tak reply komen mereka..yang setia ; menghargai mereka yang sepatutnya.

Dan melalui google plus pula, aku dah lama tak hirau benda nih..kesian, dulu ada kotak komen khas untuk google plus tapi blog macam berat jer loading bila ramai yang komen di situ... . Aku buangnya untuk lebih keselesaan aku sendiri dan akhirnya google plus terpinggir namun dari situ juga aku dapat banyak kenalan blogger...sesekali ada juga melawat juga ke sana.

Mudah saja cara aku nak blogwalking , kira azam blogging lah tu hahha...

letih nampak muka tu...penat berjalan masa sambutan Mulidur Rasul bebaru ni di Putrajaya, bila duduk berehat terlintas nak buat apa dengan blog..dan blogwalking. Apa yang penting kita blogger kena bijak bahagi masa untuk dunia dan juga akhirat yang utama, insyaAllah.

Sampai ke tak pcl ke blog anda??

"dak kan...tak pa, hangpa tuggu ja aku mai nanti sat !!"



12 comments:

  1. betul..ida kalau join contest senang skit nk bloglking

    ReplyDelete
  2. Haha... sama juga...tapi bloglist macam tidak bernyawa je tu kan uncle....siap cik akak add fav blog kat hp..haha.

    ReplyDelete
  3. lma tak mnyinggah sini.. ada juga singgah duk tgok hisyam merepair keta..

    ReplyDelete
  4. yup.. sama gak.. kadang masa tak mengizinkan nak ber blogwalking.. tapi hari ni PCL dapat kunjungan dari teman.. sebab? heee.. tajut entri tu menarik teman nak klik n baca.. heee

    ReplyDelete
  5. dah lama abg nazlee tak mai blog kami.. hahahha

    ReplyDelete
  6. azam tahun 2015 yang simple. hihi. guna jugak cara PCL

    ReplyDelete
  7. Saya pun rajin ke sini kan.. ? :)

    ReplyDelete
  8. yes..good idea.. untuk blogging kini lebih mudah

    ReplyDelete
  9. sy rajin like like like.. btw ini idea terbaik utk blogwalking

    ReplyDelete
  10. Assalam abg nazlee,
    sila kunjung blog sha jugak he3
    sha jenih suka tengok bloglist punya listing
    asai ada update insyaAllah sah singgah & komen

    ReplyDelete
  11. samalah saya pun....
    sy berblogwalking....dgn tujuan nak bersahabat dan meluaskan network blog...
    belog sy pun makin selow lepas bertahun bersawang....
    TQ Nazlee sbb rajin jugak komen dan singgah blog sy... :)

    ReplyDelete
  12. Ok pasni akan rajin terjah sini ..hehehe lama tak terjah..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.