Sekarang ni tak macam dulu lagi, kehidupan semakin berubah..

Wednesday, January 28, 2015 Nordiana Saad 6 Comments

hari ni mama berceloteh dalam blog pcl ni..lagi dan lagi sampai mama malas nak berceloteh dan berhenti dengan sendirinya at any time .
bila dah diberi kebenaran oleh tuan punya maka...ini lah jadi, jangan la kaget lak yer..hemm.

Cencaru belah belakang  (masih dalam peti sejuk) .
dalam peti sejuk dah siap ikan jaket (cencaru) saiz sederhana untuk dipanggang ajaibkan sat lagi.. , mama tak busy sangat sebab dalam rumah ni hanya ada Syafi dan Mea,  dua2 budak kecik yang tak buat perangai sangat..senang lah mama buat kerja ni.
Pcl..katanya dah tak ada hati dengan blog dia ni, malas la tu nak update, buat biz marketing travel & tours dia lah tu... . Kadang tengok kerja opis dia pon entahlah ..macam banyak jer.
Orang keje gomen tu nampak jer banyak kerja tapi rasanya tak seteruk dia kerja swasta dulu.. 'kurus kering' menanggung bebanan kerja yang melambak ! ..kesian.

tak apalah, syukur alhamdulillah...sekarang ni tak macam dulu lagi, kehidupan dah berubah lebih baik.. dan yang bestnya setiap waktu makan tengahari kami sempat makan bersama..

hemm , dekat2 jam 12 nanti baru nak mula memanggang, pastu nak siapkan Syafi Damia ke sekolah...dah dua hari pcl tolong hantarkan Syafi sebab 'driver' dia, ..kata emaknya orang tu balik kampung cuti jemput/hantar budak sekolah..(suka la Syafi naik motor ngan pcl) . Si Mea pulak sibuk nak ikut Syafi..nak ajak keluar rumah haha..(time tu lah yang agak kalut sikit...pastu dah rileks sikit) .

~diana

6 comments:

  1. sedapnyaaa ikan cencaru bakar ^__^

    ReplyDelete
  2. saya pun suka cencaru belah belakang dengan pemangang ajaib,, senang kerja kan,, tak lah ikan tu hitam legam,,

    ReplyDelete
  3. sedap tu....makan panas2 memang best

    ReplyDelete
  4. wah.. sedapnya ikan cencaru tu.. nasib baik saya dah makan tengahari tadi..

    ReplyDelete
  5. Mata tak mampu nak fokus membaca... lebih terfokus tengok ikan tu je PCL... aduhhh sedapnya gambar...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.