The Atmosfera Seri Kembangan ; meneruskan langkah ..

Wednesday, January 14, 2015 Nazlee Ismail 13 Comments


Selesai berkelana dengan haiwan-haiwan jinak di Farm In The City dan selepas pekena ais kacang dan cendol di sana kami sekeluarga melangkah pula di The Atmosfera terletak beberapa meter sahaja berhadapan lokasi tersebut.

Langkah mula terasa kian longlai sebab sudah lama pusing-pusing berjalan kaki dan lepas ni di sini juga nak jalan kaki.. Hanis, Nina okay lagi..tapi kesian lah kat mamaDiana ; sakit lenguh peha pulak !! 


Aku 'parking' kereta berhadapan sebuah gambar 3D mural art membuatkan Hanis teruja. Dia memang dah lama teringin ke sini, begitu juga dengan Nina .."asyik tengok kengkawan insta jer post gambar 3D...mana aci" ..kata Nina.


Sejak tahun 2013 lagi The Atmosfera sudah dibuka kepada  umum untuk lawatan dan kemasukan adalah percuma.
Kita datang dan siap sedia dengan kamera dan lakukanlah gaya bergambar mengikut kreativiti tersendiri.





The Atmosfera ni sebenarnya adalah terdiri dari lot-lot kedai dan parking sahaja..kosong dan kini suasananya semakin sunyi walaupun pada hari cuti seperti hari Sabtu kenjungan kami di sini.

Aku tulis apa yang kami saksikan..tak sempat bergambar dengan kesemua lukisan dinding yang ada..kaki sudah minta direhatkan...hurm.


Apa hal pulak dengan skuter ni ..huh!!

13 comments:

  1. dah banyak rasanya tempat yang buat macam ni kan...

    ReplyDelete
  2. ambk gmbr sini kena bergambar ikut hasil lukisan tu... baru cun meletup...

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa....saya yg dekat pon belum sampai lagi...hikssss

    ReplyDelete
  4. macam macam gaya boleh nampak. stylo semua anak2 pcl

    ReplyDelete
  5. alamak...ruginya.. dkna tak tau pun ada kat seri kembangan..ingat jauh dari farm in the city ..

    ReplyDelete
  6. wah nice tempat ni..heeeee next time boleh pergi

    ReplyDelete
  7. Assalam abang nazlee,
    memang cantek la drawing tu

    ReplyDelete
  8. cantiknyaaa. nak terjah jugaklahh nanti :D

    ReplyDelete
  9. sekarang ni memang dah trend dah benda2 ni.. kat shah alam ni pun dah banyak dah...

    recently cuba ke Sungai Buluh.. celah2 bedah kedai di situ dah mula ada..

    ReplyDelete
  10. pernah sampai sini dulu. tp x update kt blog huhu.

    ReplyDelete
  11. paling real lukisan anak tangga tu..mau langgar dinding kalau tak perati betul-betul :)

    ReplyDelete
  12. Nak kena riki tempat nie nanti ..

    ReplyDelete
  13. nak pergi jugalah..kreatifnya..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.