APA ITU EFG ?

Saturday, February 28, 2015 PCL 18 Comments


okay..tergesa sikit hari ni bab nak update blog ni, kita kalut pasai nak betulkan SEO..ramai cikgu cikgi yang nak bantu membantu dalam komuniti blog EFG, ..tahniah kerana komuniti baru ini sudi memperuntukkan masa, melayan karenah 'kami yang masih belajar ini'.

aku angkat tangan bab SEO ni...angkat tangan...angkat tangan...hanya mampu menjamukan selera mata mereka dengan hidangan menu tengahari melalui instagram @nazleeismail...yeah, kesian...mereka asyik sangat dengan coding html ..huh respek lah sambil makan sambil edit code bagai..

Untuk korang yang masih belum tahu apa itu EFG ..mai sini nak habaq mai..



bagus kalau korang join kami blogger di ExchangeFeedGroup ;

EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking . 

Semuanya masih diperingkat permulaan dan perlu ada penambah baikan untuk semua..., setakat  beberapa minggu berlalu nampaknya semakin memberi manfaat kepada yang sudah berada dalam kominiti ini.

Blogger baru digalakkan..dan blogger lama dipersilakan juga. Kita dalam ni adalah serupa ; menjadi pemberi dan penerima ilmu-ilmu tentang  blogging.

Nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan EFG, silakan ...nombor ada tertera di banner atas.

okay ..jangan bosan di hari Sabtu, mai kita tengok apa menu yang disedikan oleh mamaD ;



 Chicken chop mamaD, Sup berlado pcl, coslow nina dan salad oleh hanis. :)  ..alhamdulillah.


18 comments:

  1. Jom bersama EFG, kelas SEO dari pagi sampai malam. Respect dengan semua ahli! Semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks to Irra dan Aniss atas penubuhan EFG; memang menakjubkan...;)

      Delete
  2. Haishhh nani ni tercicir banyak ni. *nangesssss*hahahaha. sedapnyaa chicken chop mamaD ^^

    ReplyDelete
  3. EFG terbaik semua tidak kedekut ilmu. Bila bersatu akan jadi lebih kuat. Berperang perlukan strategi baru berjaya.

    sedapnya menu PCL hari ini

    ReplyDelete
  4. sodapnyaa chickne chop T.T yeahh lets join EFG!!

    ReplyDelete
  5. vote for EFG . terbaik ahh . pape pon chicken lagi torbaikkk . hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah EFG banyak membantu baik yang baru maupun yang lama,apa yang penting ???kerjasamaaaaa....huwaaa sedapnya chicken chop... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..huaaaa huaa chicken chop dah habiss hehe

      Delete
  7. gulpp... bila tengok balik gambaq tu terliur teruih...huhu... mamaD terbaikk..hikhik... yeahh EFG torrbbbaikkk :D

    ReplyDelete
  8. Efg ..terbaikk..semua bagi komitmen dan kerjasama sesama ..semoga penubuhan efg akan memberi keuntungan dan manfaat utk kita semua..wah wah wah western food tuu..mintak sikit lapar la hehe

    ReplyDelete
  9. Baru dengar tentang EFG ni... jakunnya saya, hehehehe...

    ReplyDelete
  10. group tertutup ke?kalau boleh nak intai2 dulu..heheheh..

    ReplyDelete
  11. Sya lg ketinggalan la ni..apa pun x tau.adoi..hehe

    ReplyDelete
  12. Syukur Alhamdulillah semua rakan membantu dalam EFG
    Terima kasih tidak terhingga....

    ReplyDelete
  13. go EFG go..alhamdulillah =) lepas masuk efg,,banyak ilmu dapat..rezeki pun bertambah. #EFGbukansembangkosong

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.