BELUT : PEMBEKAL BELUT HIDUP LIAR

Wednesday, February 04, 2015 PCL 14 Comments


Belut atau Monopterus albus (belut sawah) diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun HIDUP SIHAT DAN LAMA antara tertinggi di dunia.

Ini semua kerana khasiat yang terdapat pada BELUT !


Ha, kalau nak tahu apakah khasiat yang ada pada belut sawah ini, jom baca..


Khasiat belut

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalori, berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.

Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapati pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah.  Caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia.



Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan, memakan belut membantu menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.




Wow, siapa sangka spesis yang seakan-akan ular ini mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada kesihatan manusia ya.

Lepas ni, boleh lah kita tukar menu selera. Pengamal Diet juga digalakkan (terutamanya Atkins Diet)

Harga pasaran Belut Sawah dikatakan begitu tinggi nilai kerana ianya sangat mendapat sabutan, ada ketikanya stok belut sukar didapati di pasaran kerana ianya datang bermusim.



Pembekal Belut Di Pasaran

Saya ada informasi di mana anda boleh mendapatkan Bekalan Belut Sawah Secara Borong (Untuk peniaga runcit atau pengusaha restoran) (Minimum order 50 kilogram)

Hubungi no ni +60 13-255 4165 Din Bangi (jual/beli belut)

Anda berani pancing belut ? ..lumayan kalau dapat banyak ekor boleh menjana pendapatan.
Untung jadi budak kampung kalau rajin..hihi

>>semua gambar dari sumber google.com

14 comments:

  1. Selalu yg berkhasiat ni la payah nak di makan. Geli tengok belut pcl.. Ikan keli irra tak makan pon sebab geli gak..hihihi

    ReplyDelete
  2. Ena suka makan belut bakar. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. arghhh anis xboleh la tgk belut.. rase mcm ular je..geli...huhuhu

    ReplyDelete
  4. yeeeeeeeeeee... banyak khasiat yang terdapat dalam seekor belut........

    ReplyDelete
  5. belum pernah cuba lagi merasa belut ni PCL

    ReplyDelete
  6. Huhuhuhuhhu tak pernah makan dan tak makan huhhu..Tapi bagi yang suka bolehla dapatkan kat situ situ situu kat atas tu hahaha ...

    ReplyDelete
  7. Belut liar ok, belut ternakan yang risau nak makan. melainkan yang ternak adalah muslim

    ReplyDelete
  8. Saya ada menjual belut secara kecil kecilan...kawasan kuala terengganu..
    0139577517

    ReplyDelete
  9. Belut mmg sgt sedap...goreng dgn halia bwg putih kunyit hidup dan garam....ditumbuk dan gaulkan.pastu goreng...pehhhhh

    ReplyDelete
  10. As salam.. nak tnye, berminat nak tau.. area mne ye boleh dapatkan Bekalan Belut Sawah Secara Borong ni? sebab tengah survey2 je nie.

    ReplyDelete
  11. Tuan..ada lagi ke bekan belut hidup

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.