Bestnya duduk di rumah jadi pengasuh ??

Monday, February 16, 2015 PCL 13 Comments

"Bukan mudah tau.."..

itu kata mamD, kalau nak ingat ke duit saja...habis lah mana saham untuk akhirat kita...aku terkedu mendengarnya. Dalam kepala ku berlegar idea...haha, pernah dengar orang sana sini bercerita...susahnya cari pengasuh anak.

Mencari seorang pengasuh yang bersifat keibuan adalah cara yang paling baik untuk magasihi anak sebagai tanda sayang kita kepada mereka.

Emak bapak bebudak zaman sekarang ni kebanyakan kedua-duanya bekerjaya, sibuk dengan tugasan di luar rumah. Mereka ini harus menyedari selama beberapa jam mereka berpisah dengan anak-anak mereka, anak-anak tersebut memerlukan perhatian dan sewajarnyalah perlukan ibu gantian untuk mengasuh. Tidak kiralah dengan menghantar anak ke pusat asuhan atau menjaga mereka di rumah sendiri atau di rumah pengasuh yang dibayar.

Mengasuh anak di rumah adalah cara yang paling selamat dengan pengasuh sedia dikenali, tapi masalahnya susah nak cari. Atau minta belas ehsan ibu, kakak atau adik perempuan sendiri menjaga itu pun kalau diaorang nak tolong jaga...tapi kesianlah kan. (kesian pon ramai juga yang buat terutama bagi cucu kepada emak jaga!) okay bab cucu dengan nenek/opah dia kita tak boleh nak bahas, memasing ada cara tersendiri.

Aku bukan nak promote mamaD, dia dah penuh fully book haha..dah tak menang tangan nanti aku pulak terabai hurmm.., bila suami tak 'dibelai' sebaiknya nanti lain pulak jadinya ..derhaka suami tu !

Sebagai sumber tambahan pendapatan keluarga, mamaD kata dia suka kerjaya sekarang ni. Jangan anggap mudah jaga anak orang..Takut tau jaga anak orang..! dah berkali aku ingatkan isteri supaya sentiasa beringat dan kalau jaga anak orang tu buat macam anak sendiri.. Nauzubillah, mohon dijauhkan dari sesuatu yang tak diingini berlaku.

[Hepi-hepi jer lah mamaD, selagi awak mampu lakukan terbaik.. ]

bagi yang tak bekerjaya tu dan banyak masa, cuba lah jadi seorang ibu yang pengasih kepada kanak-kanak untung ada rezeki jaga anak orang tapi tak semua orang boleh buat, tengok kepampuan dan mampu buatkan orang lain percaya. Sendiri kena ada kekuatan fizikal dan mental. Huh..mana boleh dapat semua tu?

Jaga anak, asuh dan didik anak-anak sendiri adalah suatu tanggung jawab yang tak ternilai harganya.

p/s dalam bab jadi pengasuh ni, ..kita kena ikut kemampuan dan bukannya kemahuan diri .



13 comments:

  1. ASSALAM BUKAN SENANG NK JADI PENGASUH YG PENGASIH NI...HANYA ALLAH YG MMBLAS BUDIBAIK IBU2 PENGASUH LG PENGASIH NI..

    ReplyDelete
  2. I left my job to raise my own kid..

    ramai yang codemn dan padang serong...but this is our sacrifice for our own kid...sekali seumur hidup... :)

    ReplyDelete
  3. Stuju ngan PcL ..bukan senang nak jaga ank org lain ni..kita jaga dah elok dah ok dah baik macam mana sekalipon bila tiba bab tak puas hati di kalangan orang yang menghantar anak ke tangan kita ni mmg ada..kita buat baik di balas tak baik pon ada..sebab orang ni macam2 peel perangai dia.Tapi anak2 jagaan mamaD ni ok jer kan parents diaorg ngan keluarga pcl pon ok jd tak jd masalah la kan hehehe..apa2 pon salute ngan mamaD..Lya tak mampu nak jaga anqk orang sebab anak2 lya sedang membesar perlukan perhatian lbh..

    ReplyDelete
  4. tapi ada jugak yang hantar anak pada pengasuh jadi naik kepala...

    ReplyDelete
  5. Betul tu uncle...bukan senang nak jaga anak orang nie..
    Kena juga banyak bersabar..hihi...cik akak baru sehari jaga anak kakak..mahu menangis rasanya..hahaha.....

    ReplyDelete
  6. sanggup jg anak sendiri je...huhuuuuu

    ReplyDelete
  7. susah sekarang ni nak cari pengasuh yang betul2 jaga macam kita jaga..hurmm

    ReplyDelete
  8. memang susah nak jaga anak org lain.. kena beri kasih sayang dan perhatian..sebab budak2 nie nak kan perhatian..

    ReplyDelete
  9. bahaya jugak pengasuh =2 sekarang ni. tapi masih ada pengasuh yg bertanggungjawab gitu :D

    ReplyDelete
  10. betul tu.. mmg penat jga budak2 ni.. hya org yg sabar jer boleh.. mcm agh tk boleh..
    suka bdk... tpi nti agh tergoreng plk budak2 tu.. hihi..

    ReplyDelete
  11. nani dulu pengasuh mak sedara ^^

    ReplyDelete
  12. Betul..bukan senang jaga anak orang..pengalaman saya la..luka yang anak dia dapat kat rumah dia,boleh pulak dia tanya saya kenapa kaki anak dia luka..hahaha..sejak tu terus saya kata tak mau jagak anak dia dah..saya takut sebab benda2 macam ni la..baru dia tau siksa nak cari pengasuh.nak buat cemana ,hati saya dah terkecik,memang tak nak dah le jaga anak dia..anak siapa2 pun saya tak mau jaga dah..jaga anak sendiri je..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.