Bijaksana dan sabar sifat pemimpin rumah tangga ..

Saturday, February 07, 2015 PCL 7 Comments


Kasih sayang adalah sifat utama milik Allah yang Dia sendiri mahu hambaNya mengenalNya dengan sifat tersebut. Sebab itu dalam apa saja pekerjaan atau amalan yang kita buat, Allah mahu dimulai dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Pemimpin kasih sayang adalah lambang perpaduan dalam rumahtangga. Ahlinya dapat bernaung di bawah pimpinannya. Kita akan rasa terbela dan terdidik melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran. Hati yang liar dari anugerah Allah akan menjadi jinak dengan kasih sayang dan keikhlasan.

Ramai di antara kita yang kehidupannya rosak dan hancur punah ranah, semuanya berpunca dari ketiadaan kasih sayang. Sebaliknya pula boleh berubah secara mendadak apabila diberikan kasih sayang, seperti hati yang gersang itu seolah-olah disirami air sehingga benih benih iman subur semula.

Kebijaksanaan Pemimpin Rumah Tangga

Tercetusnya kebahagiaan rumah tangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri 'besar kepala'. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh menyakiti isterinya.


Sifat sabar

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu boleh hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu permasalahan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diatasi dengan segera . Unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata romantis dengan pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri pengasih. (merujuk kepada sunnah Rasulullah saw)

Untuk mendapatkan kasih sayang...kita perlu memberikannya terlebih dahulu kepada mereka yang berhak untuk disayangi.

Apa yang kita beri, itu yang akan kita akan dapat ..mengharap yang terbaik dan yakinlah bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik.

In sya Allah.






7 comments:

  1. Berkasih sayang kerana Allah ..Kasih sayang yang disemai moga berkekalan hingga ke syurga..InsyaAllah ..Aaamin aamin

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik dari PCL mudahmudahan kita sama sama dapat menjadi pemimpin yang baik sabar dan bertanggungjawab

    ReplyDelete
  3. jadikan Rasulullah sebagai idola in sha allah mampu menjadi pemimpin yang baik ^^

    ReplyDelete
  4. nak disayang kena beri kasih syg pd yg berhak.. okee noted! :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.