Jangan suka-suka bercerita ?

Thursday, February 12, 2015 PCL 12 Comments


Risau sungguh dengan media sosial yang sememangnya sosial tanpa batasan.
Kita kadang dengan tak sedar diri telah melakukan kesalahan yang kita tidak rasa apa-apa kesan kebelakangan harinya.

Boleh pulak dengan senang hati bercerita hal-hal rumah tangga kepada orang yang tak sepatutnya.,
ini semua gara-gara keramahan mesranya dalam bersosial di media sosial.

Banyak buruk dari baiknya bercerita hal peribadi lebih-lebih lagi hal rumah tangga yang mengaibkan .
Untuk apa ?? saja suka-suka open minded sangatlah mungkin.

Kalau kita pernah belajar tentang adab-adab berumah tangga pasangan suami dan isteri, pasti kita tahu bahawa bercerita aib atau menyebarkan aib rumah tangga kepada orang lain sekalipun kepada ibubapa, kawan atau saudara-mara adalah ditegah (tidak digalakkan).

Sebab ditegah ; setiap pasangan adalah perlu mengatasi masalah dalaman keluarga sendiri dengan baik secara berwibawa dan tidak melibatkan orang luar.

Apa yang berlaku dalam rumah tangga ialah amanah dan aibnya tidak perlu dibuka, diceritakan kepada orang lain kecuali kepada yang 'alim,  yang ingin diminta fatwa atau mereka yang amanah dan bertaqwa serta hakim dan pihak berkuasa yang mahu menjalankan kewajipan hukum.

Boleh minta nasihat tapi cari lah orang seperti yang disebutkan. Banyak berlakunya perceraian bukan kerana 'suami pukul isteri' tetapi kerana olahan cerita drama suami memukul isteri itu telah tersebar, maka akan wujud campur tangan keluarga mertua, wujud hasutan kawan 'baik' dengan sentimen dan emosi yang lebih mengakibatkan sukarnya mendapat jalan penyelesaian.

Kita nampak apa yang berlaku sekarang, cuma ambil iktibar dari apa yang berlaku. Jadikan pengajaran

p/s ...Bukan semua orang boleh diceritakan masalah. Apatah lagi dalam laman sesawang terawang-awangan atau di forum-forum terbuka-bukaan dan chat whatsapp group berasap. Berhati-hatilah, aku ni nasihatkan untuk diri ini juga.





12 comments:

  1. Betul tu pcl. Terima kasih atas nasihat n teguran berguna..

    ReplyDelete
  2. pahammm, :) benda2 privasi baiklah dibincangkan tertutup, sama ada bertemu muka atau PM

    ReplyDelete
  3. Assalam abang nazlee,
    opsssss...isau pulop kalau melamapaui batas berceritera dalam blog
    sob3

    ReplyDelete
  4. betul sangat tu PCL, lebih aib lagi bila baca testimoni produk 'suami-isteri', habis kisah luar dalam depa shared nak lariskan jualan .. lagi naya :0

    ReplyDelete
  5. Sy setuju dan menyokong. Perlu bercerita dgn org lain takut nnt akan timbul fitnah..

    ReplyDelete
  6. walaupun tak kawen lagi, lela tetap sokong kata pcl ni .

    ReplyDelete
  7. stuju tu PCL. kadang2 sebab kita percayakan orang tu. bak kata pepatah "mulut tempayan senang nk tutup"

    ReplyDelete
  8. aib suami perlu dijaga. aib suami antara 4perkara yang membawa isteri kesyurga. begitu juga jangan mengeluh atau meminta apa yang suami tidak mampu. hiduplah besederhana

    ReplyDelete
  9. Btol tu jgn suka2 duk bercerita..Hal rumahtangga ni bkn blh bercerita sewenang wenangnyaa pada sesiapa...kena la jaga aib diri sendiri dan juga pasangan kita..kalau semua benda blh kita cerita takde privasi la hidup berumahtangga..Sangat setuju, bukan semua cerita blh kita kongsi jadi berhati2 dalam bercerita,..Sama2 mengingatkan sesama kita..thanks pcl atas teguran nasihat dan ingatan...Alhamdulillah syukur kita jika ada sahabay yang ingatkan kitabkalau kita buat silap..Jadi apa tggu lagi beringat2lah wahai sahabat...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.