Kemboja lagi cari Tongmo ?

Sunday, February 08, 2015 PCL 10 Comments


Suatu masa dulu kami takda lah teringin nak cuba sejenis makanan kemboja ini walau berlalu lalang di depan namun aromanya sangat memikat deria bau kami.. lebih kurang aroma sate yang sedang dibakar..tapi lebih 'menangkap' lagi .

Pagi tadi Nina pulak pesan nak makan sosej daging bakar yang sedap tu , minggu lepas tak jual jadi kena cari lagi minggu ni. alhamdulillah ada orang tu jual hari ni.


Beberapa minggu dorang tak ada di tapak berniaga sebab balik Kemboja katanya..

Inilah dia sosej yang dorang panggil dengan nama Tongmo.  belikan empat cucuk untuk anak-anak dengan harga Rm1.50 satu .



Cara mamam senang aje hihi..macam makan sate biasa tapi dia tak perlu dengan kuah tapi ada hirisan betik muda yg rasanya masam manis..sedap wehh !!

tak perlu naik flight, sampai ke Kemboja dah kami pagi tadi..   selamat berhujung minggu ceria bersama famili tersayang.


Lokasi : Pasar Kemboja Kanchung Darat, Banting. Selangor.
.


10 comments:

  1. He he he bonde suka pi Pasar kemboja kalau blk kg banting...

    Suka shopping Tudung n Kain ela...

    ReplyDelete
  2. Wahh dapnyerrr ,.pling best tak perlu cr sampai ke Kemboja ..nak jugak nk jugak..

    ReplyDelete
  3. betik tu mcm somtam kot... sedap!

    ReplyDelete
  4. Memang sedap sosej daging ni. Kat Kedah tak jumpa lagi la. Makan pun sebab ada kawan bawakan.

    ReplyDelete
  5. ingtkan pcl g betul2 kemboja td..huhu.. terkono suda.. nampak memang mengusik jiwa.. hihi

    ReplyDelete
  6. wah.. nampak sedap tu.. saya tak pernah mencubanya lagi..

    ReplyDelete
  7. wah.. nampak sedap tu.. saya tak pernah mencubanya lagi..

    ReplyDelete
  8. dekat banting pun ada pasar kemboja ek? makanan jer ke? kalau dekat tempat dayah penuh dgn pakaian..hehe memg best

    ReplyDelete
  9. sempoinya cara mkn dia. xpnh jmp lg ni

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.