Kisah Hanis Dengan Van Sekolahnya ..

Wednesday, February 11, 2015 PCL 8 Comments


follow


bila ada koko hanis minta dihantar, malas nak naik van ke sekolah sebabnya kena awal pagi sangat keluar rumah..lagi satu sebab tak best naik van tu..kata hanis.

"nanti abah call van lain ..ni kawan adik ada no fon pakcik driver tu" ...alasan hanis nak tukar van.

call abah tau..call tau..

bersungguh hanis nak tukar van sebab kawan sekelas tak ada dalam van yang dinaiki sekarang.

hemm nampak sangat hanis memilih kawan, dari dulu masa sekolah rendah lagi dia tak ramai kawan dan tak suka berkawan lebih dari 2, 3 orang yang betul-betul best friend dia..

ingat aku masa dulu..berkawan tak kisah siapa, anak Cina ke India ke janji boleh jadi kawan semua tapi lain pulak si hanis ni. Mungkin lebih ikut ciri ciri mamaD pemalu berbanding kakak nina...
cepat mesra dan mudah dapat kawan.

Tadi nak cerita pasal Van.., ok dah call dan ada satu kekosongan lagi..alhamdulillah suka la hanis bila dengar berita ni.

Aku setuju jugak lagi pon caj tambangnya lebih murah berbanding sekarang. Bagus kalau ada penjimatan dan keselesaan anak juga.

Pening jugak aku kalau setiap hari ada kokurikulum ..kena hantar sendiri...dah confirm tadi, hanis mula naik van baru bulan depan.

Budak sekarang manjanya terlebih , untunglah hanis kan..kalau ramai adik beradik mau tak terlayan satu satu kepala dengan karenah memasing.


8 comments:

  1. Abah akan buat apa saja tuk penuhi permintaan anak daranya. Bukan minta yg bukan2 la..ehee rindu abah..irra pon anak manja abah

    ReplyDelete
  2. Ayah memang selalu manjakan anak perempuan ek?

    ReplyDelete
  3. nani dulu pegi sekolah naik bas. darjah enam baru abah hantar.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pcl...maaf lama x singgah rumah..lately sejak dh masuk dept baru ni xde byk masa nk blogwalking ..pegi kerja x nampak matahari...balik kerja x nampak bulan...mmg mcm dh xde life dh....thanks sudi dtg singgah blog SA ..jgn serik singgah yek..

    ReplyDelete
  5. Ikutkan sahaja lah PCL, asalkan anak-anak seronok ke sekolah, tak salah pun seronok juga ada kawan naik sama-sama :)

    ReplyDelete
  6. layannn.. asalkan anak-anak nak ke sekolah. AlhamduLillah setakat ni kami dapat hantar dan ambil anak dari sekolah. :))

    ReplyDelete
  7. hihi.. xpelah pcl.. anak kesayngan gtu..huhu.. die pon seronok je ke sekolah nanti..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.