Pendapat Anda Tentang Kelahiran Bayi dan Kehilangan Nafsu Seks Terhadap Pasangan .

Wednesday, February 11, 2015 PCL 15 Comments


Seorang suri rumah yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan lalu rasa kurang senang bila mendapati dirinya mengandung. Tetapi lain pula perasaan suaminya sangat gembira menantikan kehadiran cahaya mata.

Ketika masih dalam kehangatan bermesra si isteri terpaksa menerima hakikat yang dia akan menjadi seorang ibu hanya dalam beberapa bulan saja lagi.

Dia terpaksa menanggung penderitaan sakit ketika awal mengandung, namun demikian dalam hati isterinya ada sedikit kesal kerana dia tidak begitu berkemampuan melayan suaminya seperti biasa.

Setelah tiba masanya si isteri telah melahirkan seorang bayi sihat dan comel. Si suami tambah gembira namun si isteri pula dalam dilema walau hakikatnya kelihatan gembira...

"...rasa macam tak kena la, suami ada rasa cemburu bila saya berikan anak saya menyusu badan", jelas Yati (bukan nama sebenar).

itu perasaan ibu semasa berpantang, ada lagi..

"lepas pantang...suami datang mencumbui tapi saya berasa dingin terhadapnya"

Perasaannya begitu bercelaru dan tertekan, perasaan kasih dan takut berbelah bagi.

Terdapat ramai pasangan muda kini mengalami masalah lebih kurang sama dengan Yati namun mereka tidak punya tempat untuk mengadu.

Namun begitu kita sendiri apabila berada di dalam situasi itu tidak dapat melihat apa yang sudah terjadi, tentu saja tidak nampak jalan untuk memperbaikinya.

Ramai juga pasangan akhirnya bercerai kerana terperangkap dalam alam rumah tangga tanpa seks dan kasih sayang. Dalam tidak sedar masalah yang berlaku adalah bermula dari kelahiran bayi mereka yang pertama.

Sudah diketahui umum bahawa ramai wanita yang kehilangan nafsu seks kerana hadapi masalah dalam diri dan tension melampau.

Pendapat anda (umum) , adakah kelahiran seorang bayi memberi kesan dalam kehidupan seks pasangannya?

... kita memahamai sifat seseorang dari apa yang kita nampak secara zahirnya, melihat sebahagian keluarga sangat gembira dan bahagia. Itu yang dimpikan stiap orang sentiasa berusaha namun segala perancangan itu adalah ketentuan dari Nya, Allah Azza Wa Jalla.


.


15 comments:

  1. Isteri kena berterus terang dgn suami. Baru suami tahu isi hatinya. Jadi sama2 membantu menyelesaikan masalah. Kalau masing-masing diam dan makan hati tu yg jadi masalah. Huhu berat berat..berat camana pon kena hadapi n tangani dengan tenang...

    ReplyDelete
  2. anak itu kan anugerah allah. pengikat kasih sayang suami isteri ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat Lya..ermm takde kesan ..biasa la bila dah ada anak rutin jadi lain sikit.Tapi sbg seorang isteri kita kena tahu tugas dan tanggungjawap kita pada suami...Dalam hidup b3rumahtangga ni kena saling tolak ansur..kalau dia keras awak lembutkan kalau dia sedih awak hiburkan..kalau semua nak keras kepala ssh la nak bwk berbincang..Hidup berumahtangga p3rlu ada persefahaman baru la bahagia...

      Delete
  3. Kasih Sayang lebih mesra dan bahagia akan tercipta seandainya pasangan suami/isteri melahirkan zuriat/cahayamata kene banyak membaca Dan belajar rukun rumah tangga resepi kebahagian..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pcl.. pendapat sheila. si isteri tu mungkin belum bersedia tambahan mereka dah ada anak kecil yang perlukan perhatian. si suami perlu fahami situasi baru, dan sama2 jaga anak kecil supaya si isteri tak terasa sendiri memikul tugas jaga anak kecil. hehehhee

    ReplyDelete
  5. bab ni kene open, face to face dgn pasangan bagitau isi hati/masalah memasing, InsyaAllah~~

    ReplyDelete
  6. Pada saya sama jer. Ha. Anak yang lahir tu akan menambahkan lagi kasih mesra dalam sesebuah keluarga tu. Cuma, waktu bersama pasangan itu je yang berubah sedikit. Hehehehhe

    ReplyDelete
  7. sebab tu bila berkahwin, bukan atas nafsu semata2, tapi kasih sayang dan agama.. semua perbuatan kalau dibuat dengan penuh kasih sayang, rasanya tak timbul masalah dan isteri akan kembali normal. sebab isteri hilang nafsu rasanya kerana dia rasa diperhambakan suami, kena layan tuntutan nafsu suami, at the same time kena lahirkan anak buat suami, then jaga anak dan suami... jika suami tunjukkan kasih sayang rasanya isteri akan lebih menghargai dan akan cuba buat terbaik utk suami.. :)

    ReplyDelete
  8. taktahu. tak kahwin lagii hehe

    ReplyDelete
  9. Betapa perlunya bila ijab dan qabul terangkat menjadi pasangan suami-isteri. Kena ada matlamat dan arah. Rasa kakak sewaktu kursus perkahwinan hal ini pasti ada disebut. Jika komunikasi tidak jelas dan tidak menemui persefahaman tak mustahil kecundang jadinya. Jadikan iman sebagai benteng apa pun jua. Berkomunikasi itu penting.

    ReplyDelete
  10. berterus terang dgn pasangan, ambil masa dan belajar terima hakikat, setiap perjalanan hidup ini akan ada perubahan yang dilalui.. :)

    ReplyDelete
  11. terus terang dan pentingnye komunikasi dalam sesebuah hubungan.. :) setiap anak ade rezekinye.. :)

    ReplyDelete
  12. kena saling memahami satu sama lain, jalan terbaik perlu ada perbincangan

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.